Thursday, 3 January 2013
Last blogged @ 22:53
sudah malas nak mengupdate blogku ini. sejak cuti ni mentang-mentand dah tak bekerja tapi perangai macam orang bekerjaya. memang ada je kerja yang aku nak buat especially makan, tidur, minum, tidur, bangun, tv. superbly hebat hidup sis sekarang ni. bukan selalu dapat merasa macam ni. tak lama lagi sis dapat kerja memang dah tak merasa dah semua ini.
sekarang tengah sibuk dengan kelas memandu. so for, ok lah not really bad actually sis bawak kereta manual ni. sampai sis dah terpengaruh tetiba suka kereta manual. sejak dah tak ada kerja nak buat memang banyak masa lah kan namanya pergi melepak. the other days, kitorang pergi Times Square pergi main-main. pergi main-main pastilah best cuba suruh pergi belajar. ops, sis pon bukanlah seorang yang malas nak belajar. not really lah! masa pergi tu sis tak makan tau cuma ambik karipap je. so after main-main mestilah kita rasa not comfortable dengan keadaan tu. sebab masa tu lebih kurang pukul 12. berapa jam dah perut sis ni kosong tanpa sebarang makanan. mula-mula main tu best lah sampai ke mainan yang ketiga sis main sumpah rasa nak muntah sangat. disebabkan lapar sangat so kitorang take a break pergi makan. lepas pergi makan kitorang pusing-pusing satu Times Square. memang menyesal tu adalah sebab tak bawak duit banyak. baju-baju kat situ bukan nak cakap berpatutan tapi memang murah. cantik pulak tu. kitorang plan nak pergi lagi but after masing-masing nak ada duit berkepuk-kepuk lah. sekarang ni masing-masing tak berapa berkewangan sangat. tiba masanya pasti akan ku merantau satu Times Square tu lagi. hahaha. oklah, sampai sini je post sis untuk hari ni. assalamualaikum *_*
Monday, 10 December 2012
Last blogged @ 21:00
tajuk post tu bukan nak cari glamor ataupun menyindir sesiapa. tapi untuk share sikit pendapat mengenai kaum hawa yang merasakan dia perlu sempurnakan diri sebelum bertudung. bermaksud... kalau kau tak cukup sempurna kau jangan bertudung lagi. tangguhkan niat dan perbaiki perbadi diri dulu. jujur sis cakap sis sangat tak berpuas hati dengan statement tu. seolah-olah mengatakan kaum hawa yang bertudung ni tak cukup sempurna. bertudung hanya sekadar fesyen. memang ada orang yang sebegini tapi tak boleh menyalahkan semua kaum hawa sebegitu.
pada pendapat sis... semua manusia melakukan kesilapan. manusia memang tak terlepas daripada melakukan dosa. tapi kalau nak tunggu kita sentiasa buat baik baru nak bertudung, adakah anda rasa itu mungkin? ada ke manusia yang berpendapat dia tak pernah buat dosa. itu namanya takbur! pepatah mengatakan bahawa "manusia itu tidak sempurna"... #sis pon tak tahu sama ada itu pepatah ataupun bukan. jadi bila diri kita akan sempurna dan kita mula bertudung? are you start thinking? bayangkan sampai ke mati kau tak pernah merasa bertudung jadi boleh pakai ke kenyataan kau yang mengatakan "sempurnakan diri dulu sebelum bertudung"...
just want to remind you that hukum bertudung adalah wajib dan sebagai perempuan Islam kita diwajibkan bertudung dan menutup aurat... but it should be "bertudung dan sempurnakan diri". lagi afdhal! hahaha. bermakna sambil-sambil kita bertudung kita tambahkan lagi ilmu untuk sempurnakan diri kita menjadi perempuan Islam yang sebenar-benarnya. ini hanya pendapat sis dan terpulanglah pada diri sendiri nak fikirkan macam mana. yang baik dijadikan teladan yang buruk dijadikan sempadan. assalamualaikum! *_*
Friday, 30 November 2012
Last blogged @ 17:25
disebabkan rajin sangat kan nak share so many story dengan semua orang jadi sis double kan usaha untuk menulis. ada something dalam kepala otak ni yang buatkan sis tak tenang. sebab asyik nak muncul je dalam benak kepala sis. tak lama lagi sis dah nak tinggalkan alam persekolahan. dan bagi pendapat sesetengah orang ni lah saat yang diorang semua nanti-nantikan. sis pulak? argh, tak tahu lah sama ada sis suka ataupun pilu. pergh, pilu tu hebat ow aku. nanti mesti dah tak jumpa lagi kawan-kawan sekolah. dah tak dengar gelak ketawa mereka semua. dan paling tak akan dengar mesti tangisan sedih insyira. hahaha. #sebab insyira ni orangnya macam tacing sikit hal remeh pon dia boleh nangis.
nanti kan... mesti tak bergaduh lagi dengan insyira gara-gara berebut lelaki. agak lah perangai kitorang tak senonoh kan? tapi apa yang akan kitorang cakap mesti... 'pakwe kau pakwe aku jugak'. tu ayat yang paling tak boleh bla. lagi-lagi masa berebutkan abang form 6 sorang tu ha. ada ke kitorang boleh bet satu sama lain... 'siapa yang berani -hai- dengan abang form 6 tu, abang tu dia punya'. geli pulak sis bila memikirkan semua tentang itu. hahaha. perangai kami memang macam budak-budak kan. actually we're absolutely budak-budak lagi lah. mana puberty lagi. kan insyira? #tuih
tapi kan can i say that 'I dun want to see all of u lagi. our relationship will only last longer till this year je. starting from 1/1/2013 I won't admit all of u as my bff's lagi lah'... mahu sis kena kejar daripada seksyen 9 kota damansara tu sampai seksyen 5. pusing satu kota damansara semata-mata 'haziraaaahhhh, berani kau cakap macam tu'. memang lah hidup ini tidak akan aman gamaknya. tak ada lah mana boleh kami berpecah kan. kan kita ni semuanya kelab 'hazirah's and the geng'. terimalah hakikat ye sahabat ku yang memang pastilah nama kelab kena ada nama aku. hahaha. the end. #konon. tarara. *_*
Last blogged @ 16:59
tajuk entry hari ni pon sis rasa macam entah apa-apa je. tapi dah tak ada idea nak bagi tajuk so letak je lah janji sis tak kosongkan ruangan penting itu. hahaha. dah lama sis tak menulis. rindu nak taip banyak-banyak sampai orang malas nak baca. itu lah motif sebenar sis tulis banyak-banyak. sebab kan sis tak suka letak gambar segala sebagai hiasan jadi bila orang tengok ucapan kreatif yang panjang berjela ni tak jadilah orang nak baca apa yang buatkan sis bercerita itu. tak ke begitu rupanya? orang pon cuma usha lawa ke tak blog sis ni kan? memang lah saya dah agak sangat sebab tu saya touch up lawa-lawa. nampak tak itu...
ok... faktor yang membuatkan sis kempunan nak menulis ni pon berpunca daripada SPM lah. jadual yang padat dengan nak baca buku lagi tup tup blog dibiarkan selama beberapa minggu tanpa nukilan karya yang kononnya macam bagush tu. tapi bukan ke SPM pon aku dapat menulis? memang lah begitu tapi tulis masa peperiksaan SPM tu pakai pensil dengan pen. tak best kan kan kan. kalau menulis dalam blog ni pakai keyboard so tak payah nak bezakan tulisan kau lawa ke buruk sebab semuanya pakai tulisan komputer. hahaha. pandai nye sis berkata-kata. tak sangka dilahirkan dengan idea yang begitu gramatis untuk menulis. membebel je sis ni kan. ok... next
disebabkan dah lama sangat sis tak ganggu hidup orang jadi hari tu pon kemain ngada-ngada lah tangan ni pergi cakap 'hai' kat dia pakai facebook. #gila ke apa aku ni. dah lama sis add dia ada ke dia tak approve. kalau kau, kau tension tak dapat orang macam ni. hahaha #macam tak biasa buat tapi bila kena batang hidung sendiri baru nak membebel. semalam sis check facebook then tengok dia dah pon baca 'hai' sis tu tapi dia tak reply. apa lagi sis 'poke' pulak. tapi mungkin dia akan diam je kot sebab mesti dalam hati dia 'gila apa minah sorang ni'...
budak baru masuk sekolah itu kan memang lah cakap sis ni gila tapi cuba tanya dengan senior-senior yang dah pon keluar daripada sekolah tu. mesti diorang akan cakap 'aku memang dah biasa dengan budak nama hazirah ni'. hahaha. memang hidup sis ni tak lengkap kalau sehari tak kacau orang. ok lah. wa nak out so apa-apa hal yang jadi kat blog wa lu tolong inform wa ok. bye... *_*
Sunday, 4 November 2012
Last blogged @ 20:19
sekarang ni memang dah penuh kot kat kedai-kedai komputer seluruh negara pasal si windows 8 ni. masa promotion kat lowyat tadi everyone macam promote benda alah ni kat sis. but i think diorang memang dah silap orang sebab "memang aku tak suka benda petak-petak ni". hahaha... :] lagi satu sebab kita memang dah biasa pakai windows 7 sebelum ni lepas tu kalau ada pembaharuan baru mestilah kita macam !@#$%... lantak kau lah dei. so bagi yang macam tertarik or menarik... whatever pasal windows 8 ni tengok site ni... meet ur new windows.. aiceh, tetiba promotekan windows 8 kat sini. #tak terlintas pon nak promote cuma nak kasi tahu je.
semalam kena perli dengan mama 'cepat off laptop tu nanti rosak'. haha. dan sis macam dah erk... herm... ye ye tahu lah kesalahan orang sebelum ni tak payah lah nak perli lagi. then tadi adikku sorang tu cakap 'best ke laptop baru tu'. hahaha. sebenarnya sis pon bukan nak gelak terasa nak huhuhu sebenarnya tapi terpaksa jugak hahaha sebab memang dah trend masing-masing nak perli sis. I redha je. ok lah, already tired dan rasa macam nak tidur tapi terpaksa tahan sebab tak elok tidur masa maghrib. kan kan kan... :] so, wish me luck guys. hehe... *_* |
PROFILE
http://love-or-friends.blogspot.com/Hazirah Halim Yatim | Female | Malaysian | Seventeen/2012 | 14/11/199? | SPM candidate | Be thankful for who you are because there is someone out there who wishes to be someone like you...Peace no war :D ARCHIVES
June 2011
July 2011
August 2011
September 2011
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
March 2012
April 2012
May 2012
June 2012
July 2012
August 2012
September 2012
October 2012
November 2012
December 2012
January 2013 CREDITS
©2009 ElinaLyana. All rights reserved. |