Between LOVE+FRIENDS... Who will be chosen first!
Everything starts from here...
Wednesday, 29 June 2011
Last blogged @ 19:44

hari ni hari yang paling meletihkan. erm, lawatan ke unirazak memang lah best tapi ada certain part yang tak best lah kawan-kawan. sis sekarang ni tengah sakit tangan. nak kata sis banyak menulis tak jugak. ni mesti penat makan guna tangan ni. haha. first datang je hujan. so, nak melintas jalan tu insyira hampir kena langgar motor. ek eh, motor je pon. haha. sis marah sangat dengan tuan punya motor tu. dah tahu hujan bagi lah keutamaan kat budak sekolah. tak tahu undang-undang ke..? nanti keluar jugak silat gayong sis baru dia tahu.

then nak marah-marah pulak. ish, kepada pemandu motor di luar sana, tolong bagi keutamaan kat budak sekolah melintas lah ye. sis tahu lah awak tu bawak motor, sis jalan kaki tak bererti awak boleh je laju. sis tahu awak tu nak cepat sebab hujan kan..? habis tak kan awak nak tengok sis kebasahan pulak. pentingkan diri betul. tak baik tau. bila orang pentingkan diri awak marah. huh. ok lah kawan-kawan. sampai sini je luahan hati sis kali ni. bye. *_*


Monday, 27 June 2011
Last blogged @ 23:27

hai kawan-kawan. kali ni sis nak mintak maaf sangat kat kawan-kawan kalau kawan-kawan bukak blog sis tup tup dengar lagu yang tak sedap. kalau kawan-kawan rasa lagu kat blog sis ni tak berapa sedap didengar atau pon kurang sedap didengar, kawan-kawan bagi tahu sis tau. maklum kan kat sis. tak nak kutuk belakang-belakang cakap itu lah ini lah. ok. kan tak baik kalau macam tu. lagi pon sis bukannya tahu citarasa kawan-kawan. maklumlah citarasa semua orang kan lain-lain. kalau kawan-kawan nak cadangkan lagu untuk sis pon boleh. bergantung lah ye. ok lah kawan-kawan. tak mau kutuk-kutuk blog sis tau. jangan sampai nanti sis marah.

next... sis nak perkenalkan diri sis lah. dah lama sis jadi salah seorang daripada keluarga blog. mesti kawan-kawan pon belum kenal sis sepenuhnya kan. nama penuh sis ececeh segan pulak nak cakap. haha. nama sebenar sis Hazirah Halim Yatim. sis bersekolah di smk kd10. sekarang ni sis 16 tahun. sis ni kalau kawan-kawan nak tahu, sis banyak cakap tau. sis nak jadi pensyarah. macam kawan kita sorang tu Noor Insyira Mokhtar. sebenarnya dia yang tiru sis nak jadi pensyarah. dia cakap nak ikut sis je. haha. pergi mana-mana pon dia lah yang selalu temankan sis. nak cakap kembar siam tak jugak. tadi masa on the way pergi unirazak, dia cakap nak jadi keluarga sis. insyira, insyira. macam-macam. ok lah kawan-kawan. sis mana boleh cerita banyak-banyak kan pasal diri sis. nanti orang salah guna maklumat sis. haha. bye. *_*


Sunday, 26 June 2011
Last blogged @ 21:18

hari khamis ni bersamaan 30/6/2011 sis ada ikut lawatan pergi unirazak tau. sis sekarang ni tengah excited sangat nak pergi sana. maklum je lah, selama ni tak pernah pergi sana. lawatan pertama lah katakan. bukan lah selama ni sis tak pernah pergi lawatan. maksud sis ini lawatan pertama sekolah menengah yang sis pernah ikut. daripada tingkatan 1 sampai tingkatan 4 ini baru first time tau ikut pergi lawatan. kesian..! kelab PRS pon ada buat lawatan jugak, pergi unitar. tapi sis tak daftar pergi sana sebab tak ada kawan. haha. ok lah kawan-kawan. doakan perjalanan sis dengan rakan-rakan sekolah sis pergi sana selamat. amin..!

..........

huh..! nasib baik. hari ni sis nak buat correction sikit pasal post sis yang sebelum ni. pasal lawatan tu. tadi baru cikgu cakap yang lawatan tu akan diadakan pada hari rabu ni. means lusa lah. bertambah excited lah sis. sis tak sabar dah ni. nasib baik lah cikgu cepatkan lawatan tu. terima kasih cikgu..! haha. ok lah kawan-kawan. sampai sini je sis tulis kali ni. bye. 


Saturday, 25 June 2011
Last blogged @ 00:48

sis bosan lah sekarang ni. sis bukak fb kawan sis pulak tak online. erm..! sis nak buat apa ha sekarang ni. sis ingat sis tak nak tidur lagi. sis nak tidur lewat sikit malam ni. tak pelah, sis cerita je lah malam ni. sis tadi tengok cerita anaconda tau. serious best. walaupon dah tengok banyak kali, tapi tetap tak jemu. ha, sekarang ni kat pawagam ada cerita baru kan..? sis ingat sis nak pergi lah. tapi mesti mak sis tak bagi punya sebab sekolah. sis nak tengok cerita sekali lagi. tengok iklan macam best je cerita tu. kalau kawan-kawan pon nak tengok jugak cerita tu, share lah dengan sis tau...

next, nak cerita ni... kalau zaman sekolah ni mesti kawan-kawan pernah suka seseorang kan. jangan tipu sis lah. ingat sis tak tahu ke. mesti ada punya dalam hati kawan-kawan tu minat kat seseorang. tapi kawan-kawan tahu tak apa beza antara minat dengan suka..? pada pendapat sis lah kan antara kedua-dua ni tak sama tau. kawan-kawan rasa betul tak..? sis nak explain panjang-panjang pon sis tak berapa tahu sangat. so, kalau kawan-kawan tahu macam mana nak explain kat sis kawan-kawan komen lah post sis. :] bye bye... *_*



Last blogged @ 00:34

kali ni sis nak cerita pasal adik sedara sis yang baru je lahir. perempuan tau. erm..! nama dia kan Noor Dinie. kalau tak silap sis lah. tapi memang sis tak silap pon. baru je hari rabu dia lahir. maksud nama tu cahaya agamaku. wow..! kakak sis cakap lah kan, dinie tu nama lelaki. betul ke..? boleh je lah kan..? asalkan ada maksud. sis tak jumpa lagi adik sedara sis ni. esok baru nak pergi tengok. bukan sis lah yang pergi. tapi sis hantar wakil je. mak sis lah. sis suruh mak sis snap gambar dia. nanti kalau sis ada gambar dia, sis kasi share lah ye.

okokok, ada yang tengah susah hati ke kat luar tu... sekarang ni kawan-kawan semua tak payah lah susah hati sangat ye. tenangkan kan lah hati kawan-kawan tu dengan bukak blog sis. mesti kawan-kawan tenang punya lah. dapat tenangkan hati di samping mendekatkan diri kepasa Allah S.WT. InsyaAllah. kawan-kawan apa cer hari ni..? sihat ke tak..? sis harap kawan-kawan sihat wa'alafiat ye. ok, sis chaw dulu. selamat beramal... hahaha- *_*


Friday, 24 June 2011
Last blogged @ 22:20

sis tak tahu dah nak cakap apa sekarang ni. yang sis tahu sis lega sangat tau sebab akhirnya blog yang ke-4 sis dah pon siap. walaupon bukan sepenuhnya lagi, tapi tak pelah sebab sis boleh touch up lagi lain kali. kali ni sis tak boleh buat semua tu lagi sebab masa sis tak cukup lah. dengan nak study lagi. kan..? mesti kawan-kawan semua pelik + hairan kan kenapa sis cakap ini blog yang ke-4 sis..? tapi sebenarnya macam tu lah. blog sis yang sebelum ni dah rosak lah kawan-kawan. sampai 4 blog sis buat rosak. memang macam tu lah kejadiannya. sis nak buat macam mana kan. kawan-kawan pulak jangan lupa follow blog sis yang ni tau.

kalau kawan-kawan dah tengok template baru sis ni, apa macam..? cantik tak..? kali ni sejak blog baru sis asyik nak tukar template je. semua template sis rasa tak kena. tapi kali ni, sis rasa erm dah ok lah tu. tak nak tukar lagi dah. pink gitu. sis suka pink. sebenarnya template ni pon sis buat sendiri tau. kalau kawan-kawan nak tahu macam mana sis buat, kawan-kawan kenalah komen post sis yang ni. haha.  ok lah tu je kot. insyaAllah kalau rasa nak tulis nanti sis sambung... *_*



PROFILE
http://love-or-friends.blogspot.com/
Hazirah Halim Yatim | Female | Malaysian | Seventeen/2012 | 14/11/199? | SPM candidate | Be thankful for who you are because there is someone out there who wishes to be someone like you...Peace no war :D

ARCHIVES
June 2011 July 2011 August 2011 September 2011 October 2011 November 2011 December 2011 January 2012 February 2012 March 2012 April 2012 May 2012 June 2012 July 2012 August 2012 September 2012 October 2012 November 2012 December 2012 January 2013

CREDITS
©2009 ElinaLyana. All rights reserved.