Thursday, 25 August 2011
Last blogged @ 21:18
setelah sebulan berpuasa, tibalah pula masanya untuk menyambut perayaan hari raya. wow..! excitednye. tak pernah lah rasa seexcited ni. haha. semalam baru je sis rasa macam tak nak raya tahun ni. tapi bila fikir balik raya tahun ni mesti best kan sebab tahun ni first year sis beraya dengan ????. mesti kawan-kawan semua terfikir sapa orangnya tu kan. tapi lantak lah kawan-kawan nak fikir berapa lama siapa orangnya tu. tahun ni sis agak lah akan menjadi raya yang sangat meriah dalam hidup sis. erm, sis dah tak tahu nak cakap apa lagi dah ni. sebelum sis mengundurkan diri, sis nak mengucapkan selamat hari raya kepada semua kawan-kawan sis. terima kasih atas kad raya yang korang bagi kat sis. cehh, gaya menulis tu macam ramai peminat je kan.
.......... selamat hari raya semua. nikmatilah raya anda dengan sebaik-baiknya. haha. kurangkan bermain mercun tetapi boleh bermain pop pop. pesanan ikhlas ini daripada saya dan juga keluarga. lots of love - muah kanan muah kiri muah kanan balik. kalau ada kuih lebih tu jangan lupa bawak sekolah nanti. share rezeki tak salah kan. lagi dapat banyak pahala ada. tidak ke gitu you alls. haha. *_*
Wednesday, 24 August 2011
Last blogged @ 22:19
insyira ni kawan sis. nama pnuh dia Noor Insyira Mokhtar. dia ni memang suka pandang rendah kat sis tau.
haha. sorry insyira. terpaksa mengumpat kau kat sini. minggu ni kan minggu exam. so masa sejarah dengan agama sis baca buku betul-betul tau. ye lah sapa yang nak fail kan. betul tak..? dia bolehnya cakap kat sis "aku tengok time sejarah dengan agama je kau baca buku. time exam lain memang kau tak baca kan. ye lah orang dah pandai". amboi sedap betul mulut kau berbicara ye insyira. nasib lah kau tu kawan aku. haha. bukan lah sis nak cakap yang subjek lain tu senang. tapi sis rasa 2 subjek ni je sis betul-betul lemah. tu yang baca buku tu. ok lah. sis stop dulu sampai sini. bye. *_* Last blogged @ 22:12
tahu tak apa yang sis takutkan sekarang ni..? apa lagi result exam bulan ogos lah. serious lah kan sis cakap memang sis buat entah apa-apa. agaknya result pon mesti entah apa-apa kan. haha. tadi baru lepas jawab subjek ekonomi dengan perdagangan. perdagangan not bad lah. soalan senang. tapi tak de lah senang sangat. boleh lah. sampai time ekonomi. alamak. dah lah tak hafal formula. banyak pulak tu soalan kira-kira. dah macam matematik.
adoi. memang tak boleh jawab lah sis. soalan kira-kira pulak tu sis tinggalkan last sekali. lepas habis jawab semua barulah sis ingat nak buat soalan kira-kira. then, cikgu boleh pulak cakap "ok class. times up". hah. memang tergesa-gesa lah. dengan esei lagi tak siap full. tension betul tau tak. ok lah. sampai sini je sis tulis hari ni. bye. *_*
Friday, 12 August 2011
Last blogged @ 16:40
dengan bangganya setelah sekian lama tidak menulis kini sis kembali dengan macam-macam story. yes.! story yaw. tapi tak tahu nak start cerita dari mana. eh jap jap. sebelum tu kenalah ucapkan selamat berpuasa dulu kepada semua umat islam seluruh dunia. ok stop cerita pasal puasa sekarang sis nak cerita pasal tarawih. sis boleh pergi tarawih time cuti sekolah je sebab kalau pergi time sekolah waktu singkat. so mulalah tak buat kerja sekolah lah itu lah ini lah. betul tak..?
time sis pergi tarawih minggu lepas, alamak sis ternampak si dia. dah lama sebenarnya sis tak nampak dia sejak dia masuk asrama ni. nak kata best memang lah best tapi nak kata sedih pon ada jugak tau. entah ingat ke tak dia kat sis lagi. sis memang tak boleh lupakan dia sebenarnya. maklum je lah first love... haha, geli geliman rasanya bila tulis ayat macam ni. rasa macam tak percaya adakah ini aku. berpijak lah di bumi nyata. ngek... |
PROFILE
http://love-or-friends.blogspot.com/Hazirah Halim Yatim | Female | Malaysian | Seventeen/2012 | 14/11/199? | SPM candidate | Be thankful for who you are because there is someone out there who wishes to be someone like you...Peace no war :D ARCHIVES
June 2011
July 2011
August 2011
September 2011
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
March 2012
April 2012
May 2012
June 2012
July 2012
August 2012
September 2012
October 2012
November 2012
December 2012
January 2013 CREDITS
©2009 ElinaLyana. All rights reserved. |