Sunday, 20 November 2011
Last blogged @ 14:08 hello semua :
sis baru perasan something tau. tadi masa dengar radio, dj tu cakap tarikh hari ni cantik [20/11/2011]. sis pon tak tahu tarikh hari ni sebenarnya. maklum je lah dah lama tak pergi sekolah. nasib dj tu ingatkan. hihi. so kepada kengkawan semua, jadikanlah tarikh yang cantik ni sebagai kenangan yang cantik juga dalam hidup anda. apa pon perkara yang kita buat hari ni, mesti kita senang ingat kan tarikh nye. simple kot. jadi, tolong lah jangan buat benda yang terkutuk hari ni. haha. OK lah. sampai sini je untuk hari ni. bye. *_* Last blogged @ 00:15 insyira tu ada bear :
sis pon nak jugak bear. insyira beli bear besar tau. sis pon nak jugak bear besar. tapi sis tak nak beli. sis nak ada orang bagi. hihi. kalau beli mesti kena pakai duit sendiri. duit sis mana banyak. tapi kan kalau ada orang nak bagi pon, sis tak kisah lah kecik ke besar. kecik pon comel jugak. best nye lah kan kalau memang ada orang betul-betul nak bagi sis bear. sis akan hargai tau. betul. sis tak tipu. haha. sis nanti akan jaga elok-elok. janji [ni memang betul-betul nak ni]. ok lah. kalau ada yang berhasrat nak bagi sis bear, terima kasih lah ye. haha. bye. *_*
Saturday, 19 November 2011
Last blogged @ 23:58 sebelum sis mula tulis something, sis nak upload gambar jap. nak tengok tak..? kalau nak tengok sabar eh. ok. tengok bawah : apa yang sis nak suruh korang tengok bukan kakitu tau. fokus kepada gambar gitar tu. jangan tengok kaki tu. ish ish ish. teruk jugak lah korang ni. mentang-mentang kaki dia lawa. ok, back kepada apa yang sis nak tanya. sis nak tanya ni tau..? boleh tak..? boleh kan je lah. sis nak tahu sama ada dalam islam gitar dibenarkan main atau pon tak. as what orang cakap islam tak boleh main alat muzik yang bertali. betul ke..? komen sikit. nak tahu lah. sis nak jugak main gitar. eh, ayat sis 'main' tu betul ke..? sorry lah ye kalau salah. ok lah. jangan lupa komen tau. nak tahu ni..? bye. *_* Last blogged @ 23:35 Assalamualaikum :
tengok title tu pon dah tahu kan apa yang sis nak cerita ni. betul tak..? sis sebenarnya nak sangat jadi photographer. wahhh, memang cita-cita yang hebat tu. fakta mengenai diri sis ni ialah sis tak suka bergambar tapi suka tangkap gambar. tapi kalau orang dah ajak bergambar sis join je. masalah sis sekarang ialah sis tak ada personal camera. kalau boleh nak lah satu tak nak share-share. hihi. gedik. setiap kali sis bukak internet kan sis suka bukak site daniel zain. kenal tak siapa beliau. hihi. bukak lah link tu. jangan segan silu. cuba tengok hasil snapping dia. memang superb. sis suka sangat karya dia. erk, karya..? apa-apa lah. gambar yang dia snap kan ada feel tau. and again sis mula mereka. dah feel segala macam penyanyi. ok lah. try lah layan hasil snapping dia. next time nanti korang layan hasil snapping sis pulak. hihi. bye. *_* Last blogged @ 23:12 hai semua. sis nak cerita kat korang sikit ni. boleh tak..? kalau tak boleh pon sis peduli apa, blog sis. haha. ok sis sambung cerita. malam ni tak tahu kenapa sis rasa sunyi sangat-sangat. sis rasa kan macam sis je sorang hidup kat dunia ni tau. huhu. kalau sis cakap macam tu mesti korang dapat rasa kan apa yang sis rasa sekarang. sis sekarang ni hanya bertemankankan radio. radio ni pon macam perli sis je. sebab apa tau..? sebab dia putarkan lagu sedih-sedih yang slow tu. bertambah sunyi malam sis ni. ok lah. nak share tu je pon. bye. *_* Last blogged @ 18:12 Pujangga :
"kalaulah anda tidak mampu menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya" *_*
Friday, 18 November 2011
Last blogged @ 17:02 lirik lagu gemuruh suara : kalau engkau jatuh, jangan engkau lemah, kerana hidup mengajar kita, jangan cepat mengalah. bina yakin diri, mampu kita lakukan, tiada yang mustahil, segalanya boleh. kita bergandingan, meraikan Malaysia! gemuruh suara, jadi bangsa berjaya, gemuruh perkasa, bawah satu bendera, nama kita bina, diseluruh benua rasa bangga, genggam amanat wira, julang panji Malaysia. genggam amanat wira, julang panji Malaysia! saya bangga menjadi anak Malaysia! *_* Last blogged @ 01:36 Khalifah Abdul Malik bin Marwan :
"semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan dirinya ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat"
Saturday, 12 November 2011
Last blogged @ 23:06 - pada suatu hari, Nasrul berada di dalam bas untuk ke bandar. dia memegang sebuah gambar. tiba-tiba, gambar itu pon terjatuh di bawah kain seorang mak cik. Nasrul: mak cik, tolong angkat kain, saya nak ambik gambar. Mak cik: apa kamu cakap..? tiba-tiba...pang!!! Nasrul pon turun dari bas itu dengan muka yang bengang kerana ditampar oleh mak cik itu di depan orang ramai. di dalam hatinya berkata "salah ke aku nak ambik gambar..? haha. *_* Last blogged @ 22:52 suami: ayang, abang nak kahwin lain boleh..?
isteri: boleh, tapi syaratnya kena belajar grammar English dulu. suami: errr..! aaa, ok. isteri: satu tu singular, dua atau lebih plural kan..? suami: betul. isteri: one car sebagai singular, two car pula sebagai plural. apa bezanya..? suami: ohhh, tambah huruf S untuk yang plural tu kan..? isteri: betul tu. sama juga lah untuk abang. suami: macam mana pula boleh sama..? isteri: satu isteri abang mampu, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang mampus, tambah S je, kan..?
#lepas daripada itu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi. haha. *_*
Last blogged @ 22:40
Biarlah orang mengata kita, jangan kita mengata.
Biarlah orang memfitnah, jangan kita melakukannya.
Biarlah orang menzalimi kita, kita maafkan sahaja.
Biarlah orang mencaci kita, doakan petunjuk buat mereka.
Bercakaplah yang memberi faedah atau lebih baik mendiamkan diri.
Kenangkanlah budi orang, lupakan lah jasa kita.
Balaslah jasa orang, lupakanlah kejahatannya.
Alangkah baiknya balas kejahatan orang dengan kabaikan.
Last blogged @ 22:30 fadhilat membca ayat kursi :
Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi.
Baca saat masuk rumah, kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu.
Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat.
Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam.
Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian.
Last blogged @ 22:20
single : jangan bersedih kerana Allah akan memberi yang terbaik nanti.
couple : jangan terlalu seronok kerana di waktu inilah saham dosa meningkat.
tunang : jangan terlalu lama kerana ia akan menimbulkan pelbagai masalah.
bernikah : jangan terlalu leka kerana telah diberikan tanggungjawab yang akan dipersoalkan di akhirat kelak.
..........
#situasi sms si A: awak da bf..? si Gadis Manis: tak da lagi, tapi ramai orang ajak saya couple. so, awak jangan terlalu mengharap. si A: aik..? maksud saya awak da breakfast ke belum. si Gadis Manis: .....grrr
#kalau benda macam ni betul-betul terjadi mesti malu kan. haha. tapi nak buat macam mana. sis rasa satu hal jugak guna ayat short form ni.
Thursday, 10 November 2011
Last blogged @ 23:46 ni post daripada kawan sis kat facebook. hope all of u enjoy reading it walaupon tak berapa faham ok.
#ayat budak-budak sekarang L: oit..! hey nuck tenal nun awack bolerh..? P: huh..? ohhh.. L: soh, awack duck manerw, umoxx awack baperw..? P: kjg, 17. L: are sal nun awack nhee sormbowng sanard..? P: huh..! =,= L: kawo ingart kawo bagush sanard kheer, berlargark, sormborng, bajet nuck marmpoz godieeyaa phuii..! P: oke. after a few minutes later : L: awack towiee arhh, saiyer memaen jheee tark betorl towiee yerhh. :) P: k. L: awack yerrh powng jungun arhh sormbowng nun tittew.. :( P: aperw bubbee ayartt koh nih arhkoe tak purhamm larhhh buncksart..! L: ape yang awak anta saya tak paham..! P: Tau pun abistu kau ingat aku paham keh bende yang kau anta setan..! Last blogged @ 11:02
semalam time tengah online facebook, ada satu post ni yang buat sis betul-betul tergelak. korang baca betul-betul post budak ni tau :
#semuanya bermula di alam chating
omputeh: helo
aku: helo
omputeh: nice to know u dude
aku: wah..! pandai-pandai pulak ko ni cakap aku dude. aku bujang lagi. memandai tol.
omputeh: what u say..?
aku: nothing.
selang beberapa minit aku buat tak tahu je dengan mamat tadi, lepas tu dia hantar lagi :
omputeh: helo. are you dare..?
aku: waklu bro..! sial tol. aku ni jantan bahalol. memandai cakap aku ni dare
haha. korang faham tak..? omputeh tu sebenarnya orang putih tau. jangan confuse ok. *_*
Last blogged @ 10:19
selamat pagi semua. hari ni korang smeua sihat tak..? hari ni sis sakit hati sikit bila dengar cerita pasal atuk sis. kesian atuk sis. ok. stop cerita sekejap pasal atuk sis. kita continue je lah dengan apa yang sis nak cerita ni. cuba korang tengok sebelah kiri post sis tu. jangan lah malas sangat nak usha. tak lama. tengok sekejap je. jeling pon tak pe. sis tak kisah. haha. yeay, akhirnya apa yang sis nak buat kiranya perubahan yang sis nak buat kat blog sis ni menjadi jugak. tu lah yang sis nak sangat. ada button facebook dengan twitter. puas mencari selama ni tau.
mungkin berkat kesabaran sis kot akhirnya sis jumpa jugak tutorial tu. haha. mesti ada yang cakap dalam hati macam ni :
"ek eleh setakat nak buat benda macam tu aku pon pandai."
ye lah. korang mestilah pandai. tapi bagi sis yang tak berapa tahu sangat bab-bab blog ni kena lah cari tutorial. tak ke gitu. ok lah. kalau korang nak ajar sis mencantikkan lagi blog sis ni, comment lah ye. bye. *_*
Wednesday, 9 November 2011
Last blogged @ 19:06
sebelum sis menulis sis nak cakap assalamualaikum dulu lah. baru perasan yang post sebelum ni tak pernah bagi salam. sis ada masalah ni. tapi masalah ni tak ada lah berat sangat. mungkin ada certain orang yang tahu macam mana nak selesaikan masalah sis ni. sis sebenarnya nak letak buton follow twitter dengan facebook. tapi tak tahu lah macam mana.
tolong lah ajar sis macam mana nak buat. apa-apa hal jangan lah lupa comment tau. kalau tak sis nak tahu macam mana. tak kan lah through call atau mesej pulak kan. unbelieveable. sis pon nak jugak blog sis cantik macam orang lain. tak nak serabai mambai. bila tengok blog orang lain sis jealous tau. sebab blog mereka-mereka ni cantik-cantik belaka. ok lah. apa-apa hal comment tau... Last blogged @ 18:51
baru-baru ni kawan sis ada tanya. "hazirah, kau tak ada post baru ke..?" dah lama dia tanya baru sekarang lah sis reply soalan dia tu eh. sis sebenarnya bukan dikategorikan sebagai blogger aktif tau. sis menulis ni pon sebab saja suka-suka. nak melepaskan perasaan, nak meluahkan isi hati. tu je pon. bukanlah nak cerita kisah hidup. hari-hari menulis. tak ke gitu. lagi pon tengok benda yang sama bosan lah. haha.
bila bukak je blog nampak tulisan between love and friends. aih, maluat jugak tau kalau tengok hari-hari. sis pon nak tanya jugak lah kan kat kawan sis tu "kalau aku menulis hari-hari, kau sanggup ke membacanya..?" hihi. kan dah terkena balik. sis tahu sebenarnya korang tengok blog sis pon korang rasa bosan kan. sebab bukan ada apa. tak ada yang special pon. tuan nye tengok pon bosan apatah lagi orang lain. so, sis mengharapkan satu je. follow lah blog sis yang tak seberapa ni. sis tahu lah kan sis ni tak glamor. sapa je nak follow sis kan..? haha. [lari dari topik]. ok lah. dah penat dah nak tulis panjang-panjang. bye. *_*
Wednesday, 2 November 2011
Last blogged @ 21:03
tak sabar nye nak tunggu esok. mesti korang tertanya-tanya esok ada apa..? sebenarnya esok ada lawatan. lawatan ni sepatutnya untuk form 3 yang dah habis PMR je. tapi disebabkan sambutan tak berapa menggalakkan jadi cikgu ajak lah form 4 dengan form 5 yang special macam sis ni. haha. cehh..! perasan sokmo. lagi pun cikgu yang handle lawatan ni cikgu PRS. sis ni kan ahli PRS. so, kebetulan lah. haha. kebetulan sangat. macam tahu-tahu je kan yang sis memang dah lama tak pergi lawatan lepas lawatan ke unitar bulan jun lepas. jadi memang tak melepaskan peluang lah.
sis dah prepare semua barang tau. tisu, hand-sanitizer, IC, dan yang paling penting of course lah duit. malam ni nak tidur awal lah. pukul 12 sis dah nak tidur. memang awal lah kan pukul 12. ye lah nak dibandingkan dengan time tidur sis sebelum ni. awal lah tu. kalau sebelum ni tidur pukul 12.30. hari ni nak cepatkan sikit masa tidur. ok lah. sekian sahaja daripada sis. bye. *_*
Tuesday, 1 November 2011
Last blogged @ 22:47
nak tahu something tak..? untuk first time seumur hidup ni sis nak share yang science sis dapat A. haha. bangga ni kot. sebelum ni mana pernah merasa science dapat A. kali ni pulak dapat A kan siapa yang tak suka. walaupun hanya A- je, tapi sis tetap bersyukur. sebelum ni markah science sis C je. tak pernah lah dapat B. haha. teruk kan. sis memang suka sangat-sangat. sis harap dapat continue lah gred tu sampai SPM.
terima kasih jugak lah kat JPS sebab buat soalan yang agak senang. macam ni baru lah pelajar tak stress. pandai pulak dia buat conclusion kan. kalau boleh sis nak share dengan satu Malaysia sebenarnya. tapi nanti orang cakap "eh, eh, budak ni bongkak pulak dia." bukan sis nak membongkak tau. cuma saja nak share perasaan sis. itu je. tak lebih pon. ok lah. sampai di sini sahaja perbualan kita pada hari ini. jumpa esok. bye. *_* |
PROFILE
http://love-or-friends.blogspot.com/Hazirah Halim Yatim | Female | Malaysian | Seventeen/2012 | 14/11/199? | SPM candidate | Be thankful for who you are because there is someone out there who wishes to be someone like you...Peace no war :D ARCHIVES
June 2011
July 2011
August 2011
September 2011
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
March 2012
April 2012
May 2012
June 2012
July 2012
August 2012
September 2012
October 2012
November 2012
December 2012
January 2013 CREDITS
©2009 ElinaLyana. All rights reserved. |