Between LOVE+FRIENDS... Who will be chosen first!
Everything starts from here...
Monday, 30 January 2012
Last blogged @ 23:17

untuk post yang ini special sikit sebab sis akan maklumkan beberapa perkara penting ketika anda menyimpan projek powerpoint anda dalam pendrive. ini untuk buat perbentangan kat sekolah lah. sebab mana ada murid yang nak buat perbentangan dia bawak sekali dengan dia punya laptop kan. mesti guna komputer sekolah je. jangan mengarut ok. haha

1- sekiranya powerpoint yang anda telah sediakan itu mempunyai audio/movie. 
anda haruslah menyimpan sekali audio/movie tersebut dalam pendrive. kalau tak audio/movie tak boleh play kat komputer lain. [tak percaya buat lah]

2- jangan terlalu memilih jenis font yang lain daripada yang lain [lain macam].
sebab certain komputer tidak mempunyai tulisan yang sama dengan komputer kita. 

3- persembahan powerpoint anda tu haruslah bersesuaian dengan tajuk.
contoh: tajuk tempat-tempat menarik di Malaysia tetapi background ada gambar mouse, speaker jadi itu boleh dinamakan tidak padan dengan tajuk. ada faham..?

sekarang ni hanya itu sahajalah yang sis nak maklumkan. kalau ada lagi nanti sis akan berceloteh lagi. bye. *_*



Last blogged @ 22:54

cara letak lagu sampai slide terakhir :

first, korang letak audio macam biasa. audio tu lagu lah. 


tekan options dulu. then korang nampak tak benda yang sis bold kan jadi kotak tu. next korang tukar daripada automatically atau when clicked tu kepada play across slides.
senang je kan. dah jadi lah tu. selamat mencuba. *_*

-kalau gambar tak berapa jelas tekan je gambar tu..........


Wednesday, 25 January 2012
Last blogged @ 13:55

 cara aktifkan cursor :



firstly, korang nampak tak anak panah warna biru tu..? ha, yang tu lah kita nak aktif kan. apa tu aktifkan..? kira macam kalau kita nak ke next page, kita boleh tekan anak panah tu lah. kenapa tak tekan button next je..? kalau tekan button next pon boleh tapi kalau untuk buat kerja-kerja sekolah ke untuk dapatkan markah lebih seeloknya kita letak anak panah yang aktif. ada faham..?


lepas tu, korang tekan je anak panah tu sebab kita nak edit. korang tekan pulak insert yang kat sebelah home tu then tekan pulak hyperlink.  


dekat screen korang tu nanti akan keluar pulak macam atas ni. korang tekan pulak place in this document. then korang pilih lah nak anak panah tu pergi ke page berapa ok. kalau ada pertanyaan sila komen. bye. *_*

-kalau gambar tak berapa jelas tekan je gambar tu..........



Last blogged @ 13:06

memang terbaik lah hari ni. daripada pukul 9 pagi tadi kita orang [fitrah dengan aku] kat sini [KFC] sampai lah sekarang pukul 12.57 tengah hari. apa yang kita orang buat kat sini..? kita orang cadang nya nak siapkan asessment ict tapi bila dah bukak facebook, youtube semua tu dah tak ingat dah pasal homework. 
tadi sis cari link untuk download video from youtube. memang lah menyeksakan. sis hampir putus asa dah nak cari LINK tu. sis kalau boleh memang lah nak cari link simple mimple je. mudah...

lagi satu, nanti kalau download tu tak de lah lama sangat. cari punya cari punya cari sampai dah habis 2 burger barulah jumpa link yang sesuai mengikut kehendak hati sis. nak tahu link apa yang mudah bagi sis..? sis guna free youtube downloader. so far ok lah sebab baru start nak try. ok lah guys. sampai sini je sis berceloteh hari ni. bye. *_*



Last blogged @ 01:32

ingat tak masa kita first jumpa. tahun 2010. aku masih ingat tarikh nye. kau pulak..? 30 dan 31 Januari 2010. sampai sekarang aku tak kan pernah lupa. kau jadi photographer time kakak sedara aku kahwin kan..? kau tahu sebab apa aku pon nak jadi photographer..? sebab aku nak jadi macam kau. even mak aku cakap kau tak berapa pandai snap gambar tapi tak pe sebab kita boleh belajar sama-sama kan. waktu aku balik kampung hari tu, ada wedding anak jiran pak cik aku. kau waktu tu mesti tengah sibuk kan. 


aku nak sangat jumpa dengan kau. tapi tak kesampaian. kesian aku. dah hampir 2 tahun aku rasa aku tak tengok batang hidung kau. kenapa lah susah sangat nak jumpa dengan kau eh..? padahal rumah kau depan rumah atuk aku je. mungkin tak de jodoh nak tengok kau dah. aku masih ingat lagi waktu aku tahu kau belajar kat UiTM Arau. kau tahu tak aku beriya cari kau dalam facebook. betapa bodohnya aku ni. haha. bodoh-bodoh pon janji aku dapat tahu serba sedikit pasal diri kau. dapat kenal sikit latar belakang kau pon boleh lah. so, mungkin lepas ni aku dapat tengok kau InsyaAllah kat kampung tu lagi. mungkin dapat tengok kau dalam wedding kau. mana tahu. masa tu nanti aku mesti tak tengok kau sebagai photographer tetapi sebagai pengantin lelaki. mungkin aku pulak yang akan jadi photographer nanti. *_*



Last blogged @ 01:03

hello guys. Assalamualaikum. sis dah berubah sikit dah start hari ni. haha. sikit je..? apa celup. ok hari ni sis nak start menulis dengan kekesalan yang melanda diri sis ni. "apa yang hang kesalkan sangat tu..?". ok listen carefully. honestly daripada lubuk hati sis, tak patutlah shoutmix buat macam tu kat their customer. melampau kot. mentang-mentang lah nama dia dah naik so dia boleh pulak charge. oh my tension nye. sebab musabab sis suka sangat kat shoutmix tu :
1- sebab dia lawa [aku tak bohong. so, aku harap kau tarik balik charge kau tu]
2- sebab dia warna-warni. haha. [konon]
3- sebab dah ramai orang tulis kat shoutmix sis
4- sebab... 
argh, lantak hampa lah janji hampa bahagia. sis dah tak tahu nak cari sebab-sebabnye. ok fullstop. tapi tak pe lah, hampa nak cari keuntungan kan. so, hampa just go on je lah dengan plan hampa tu. so, guys let us start using cbox. haha. *_*


Monday, 23 January 2012
Last blogged @ 22:11

hari kedua kat kampung : teramat lah letih sampaikan tak boleh bangun subuh sebab tidur berhimpit tau. hihi. padanlah muka aku. nak jugak menyelit. ambik kau. lepas tu, belum breakfast lagi ni, dah main badminton. and now tangan sis sangat lah sakit. banyak kali buat smash. and again padanlah muka aku. kat bawah rumah time kakak-kakak sis tengah sibuk belajar drive adik dia sorang ni pulak dah macam tengok wayang. kuaci depa sis makan. padahal tak melabur pon kat kuaci tu. tapi bila makan tumpang sekaki. ops, bukan tumpang sekaki tapi makan sendiri. haha.


time tengah hari sedang asyik sis dengan kakak-kakak sis dengan dalina tengah duduk bersantai kat ruang tamu utama sambil mendengar lagu tetiba terasa diri masing-masing begitu ngantuk yang teramat sangat. apa lagi, masing-masing pon tidur lah kat situ. tidur lah tidur lah [macam witch]. tapi sis je masih sempat lagi pergi kat ruang tamu kedua. sis tidur situ while adik-adik sis tengok tv. [lantak dia orang lah nak tengok cerita apa janji tak mengganggu]. 

lepas bangun je tidur, mata kakak sis along ni problem tau. mata dia tetiba sepet. macam anak cina. dia pon punya lah cari ubat mata. atuk sis ni pulak pelik tau. dia simpan ubat mata dalam peti sejuk. mak sis hairan bin ajaib lah macam mana boleh jadi macam tu. then mak sis tanya dia 

Mama: kau tadi tidur kat mana..?
Along: kat ruang tamu utama tu lah. dengan dalina. dengan angah.
Mama: kau ada usik apa-apa barang tak kat situ..?
Along: aku usik meja tu je lah sebab aku nak baring kat situ.
Mak cik sis: sapa suruh kau alihkan benda-benda kat situ. kan dah jadi.

sis terkejut jugak lah time mak cik sis cakap macam tu. dalam hati sis "aik, ada apa pulak kat ruang tamu tu".
sekali dia pon turun lah kat bawah. nak pack barang nak balik dah. lepas tu atuk sis pulak cakap macam ni "aih, dah kena dah budak ni". waktu tu jantung sis macam nak jatuh tau. kena apa pulak..? ada apa kat ruang tamu tu kot.

Pak cik sis: erm, ini samalah macam kes angah hari tu ni. tapi angah kena kat kaki.
Mama: iye lah tu kot.

lepas tu, kita orang pon masing-masing nak balik KL dah lah. sampai je kat Tanjung Karang, mata kakak sis along tu kurang tau sepetnya. [aduh, aku dah takut dah nak cerita]. sis tak tahu lah apa rahsia atuk sis yang dia sembunyikan tu. mak sis pon macam dah tahu tapi tak nak cerita lebih lanjut.
macam tu lah cerita sis kat kampung. sis nak cerita banyak-banyak pon sis tak tahu apa. so, better sis diam kan. betul tak..? ok lah guys. next time sis akan share benda yang lebih menarik ok. bye. *_*




Last blogged @ 21:31

siapa cakap balik kampung best..? who says. tak de siapa. hanya Selena Gomez je cakap macam tu. memang nak kena dah sg tu. sangat membosankan lah. nak tahu tak experience sis kat sana..? siapa yang tak nak tahu tu lantak lah. pergi lah masuk geng sg. ok stop. sis nak start bercerita ni. 

hari pertama kat kampung : urusan keluarga mak sis. sis masuk campur sikit je lah [pasang telinga]. bertempat di rumah pak cik sis. [tertanya-tanya kenapa buat kat rumah pak cik..? kenapa tak buat kat rumah atuk..?] sebabnya kalau buat kat rumah atuk ada dispetch. apa tu..? bak kata adik mak sis [mak cik aku lah tu] dispetch di sini bermaksud penghantar maklumat dari mulut ke mulut. ada faham..? atau bahasa scientific nya "penyibok yang paling disanjung". 


then, pergi tengok baby. pak cik kita dapat baby kembar tau awak. nama dia ehem ehem. sebenarnya dah malas dah nak menyebut nama ni. haha. nama baby-baby tersebut ialah: 
1- Muhammad Afif
2- Muhammad Afiq

hihi, kau insyira kalau baca post aku ni tak payahlah nak berdekeh-dekeh gelak eh. sebab yang bagi nama tu bukan aku. serious. baby-baby tu comel tau. putih, rambut perang. memang cute lah. 

seterusnya, balik lah kampung pulak. time tu belum mandi lagi tau. agak-agak dah senja. matahari dah hilang. suasana dah hampir gelap. dengan bathroom kat luar. erm, memang sis suka sangat lah. firstly adik sis mandi. sis pulak temankan dia. bukan temankan kat dalam tau. haha. kat luar je lah. melampau kau kalau kat dalam. time dia tengah mandi tu tahu tak apa sis buat..? sis berdoa macam ni "Ya Allah Engkau tolonglah jangan bagi aku tengok benda-benda macam tu. Engkau lindungilah dan selamatkanlah aku Ya Allah" [dalam hati je tapi suara boleh dengar jugak lah]. serious takut sesangat. suasana dia dah macam dalam filem karak tu hang tau. 
..........continue..........




Saturday, 7 January 2012
Last blogged @ 01:09

nota ringkas perdagangan boleh didapati di sini



Last blogged @ 00:39

Berikan ciri masyarakat bertamadun.
- Pertempatan kekal
- Kehidupan berorganisasi
- Sistem pemerintahan
- Pengkhususan pekerjaan
- Agama dan kepercayaan
- Bahasa dan sistem tulisan


Namakan contoh sistem tulisan tamadun awal
- Cuneiform
- Pitograf
- Hieroglif
- Ideogram


Nyatakan kepentingan sistem tulisan dalam masyarakat tamadun awal
- Penyimpanan rekod
- Penulisan undang- undang
- Mencatat hal-hal keagamaan
- Mencatat idea dan pemikiran manusia


Tuesday, 3 January 2012
Last blogged @ 17:55

tahun 2011 ni masa sis paling banyak dihabiskan tentulah dengan kawan sis. kawan baik sis. Noor Insyira. untuk post kali ni, sis akan ceritakan kat anda semua saat-saat manis sis dengan dia. sis asalnya memang tak berapa rapat dengan dia walaupon dah banyak kali satu kelas. tapi tahun ni, hubungan tu jadi begitu istimewa lah buat kami berdua. 


apa yang sis ingat :
1- pernah main terbang-terbang kat luar kelas [time tu hujan, angin kuat sangat].
2- usha gen 2 biru sama-sama [peguam syariah] konon.
3- pertama kali ada private place [tempat tisu].
4- pergi pasar malam sampai maghrib.
5- keluar beraya sampai petang.
6- insyira terpelosok bawah kerusi depan time kakak piah buat emergency break [nak balik dari rumah cikgu Fairuz]
7- tertengok A---- korek B----- [tak senonoh].
8- pergi kutip derma untuk tabung surau sama-sama.
9- terdengar bunyi orang menangis dalam tandas [buat tak tahu time tu].
10- selalu pergi tandas waktu agama [rutin harian].
11- kena tegur dengan cikgu Rodzi sebab penggunaan ayat kita orang [dalam bm tak ada istilah tu].
12- selalu kena kacau dengan cikgu A----.
13- oral bm insyira terambik part sis [excied punya pasal nak bercakap sampai gaduh "eh, aku dulu lah"].
14- pergi RFM sebelum pergi sekolah. habis je sekolah pergi KFC pulak.
15- selalu usha insyira punya blur [R----].
16- banyak dapat hadiah dari insyira [oversea punya hadiah tau] haha.

buat masa ni hanya ini sahaja yang sis dapat ingat. sebenarnya banyak lagi. kalau ada lagi, tunggu bahagian ke-2 daripada sis ok. bye. *_*




Last blogged @ 11:02

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Dardak bahawa Nabi SAW bersabda:

 "Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang 2 rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat" *_*



Last blogged @ 10:31


- baju dah siap iron [ tu pon mak yang tolong]. 
- pen, pensil, pemadam, pembaris semua dah ada dalam pencil case [good job]. 
- buku petang ni baru nak susun [it's ok. boleh diterima].
- kasut dah kapur [bagus].

rasanya semua dah siap. eh chopp, eeuu tengok kuku dia. sangat lah cantik dengan kekotoran melekat kat celah-celah kuku tu. dasar anak dara pemalas. tak pe, sekarang jugak sis potong. haha. korang pon jangan lupa kuku tu check jugak. 

kebersihan bermula daripada saya. *_*



Last blogged @ 10:11

dengan sukacitanya ingin saya menjemput 2012 untuk naik ke pentas sebagai tahun baharu. manakala 2011, terpaksa saya menyerahkan takhta yang anda pegang sebelum ini kepada 2012. 


"melangkah ke tahun baru dengan perjalanan hidup baru"
kepada kawan-kawan sis semua jadikan tahun 2012 ini sebagai semangat baharu anda untuk meneruskan hidup. 
don't sad be happy. *_*




Last blogged @ 09:50

hai semua. selamat pagi. sebenarnya sis ingat nak menulis balik tiga hari lepas. alaa, waktu tahun baharu tu. tapi, apakan daya disebabkan malas yang terlampau terpaksa lah tangguhkan niat tu. 


blog sis ni nampak seriously buruk kan [baru perasan]. haha. kutuk blog sendiri. tak pe, jujur lah katakan. 
ok. sempena tahun baharu ni of course azam pon baru. nak tahu tak apa azam sis tahun 2012 ni..? mesti korang tertanya-tanya kan [macam semua orang kisah]. haha.

jeng jeng. berikut adalah senarai azam sis :
1- nak kurangkan bercakap.
2- nak lebih rajin buat kerja sekolah. haha. [nampak sangat sebelum ni malas]
3- nak belajar sungguh-sungguh.
4- nak banyakkan beribadat. [InsyaAllah]
5- tak nak benci membenci kat masyarakat/ negara. hihi
6- tak nak banyak tengok tv.

dan yang paling penting :
7- nak jaga pemakanan. [nak diet]. haha

itu je lah senarai top 7 azam sis tahun 2012.
dan sebelum sis say bye bye. terimalah kata-kata hikmah daripada sis
: say no to negative thinking. *_*


PROFILE
http://love-or-friends.blogspot.com/
Hazirah Halim Yatim | Female | Malaysian | Seventeen/2012 | 14/11/199? | SPM candidate | Be thankful for who you are because there is someone out there who wishes to be someone like you...Peace no war :D

ARCHIVES
June 2011 July 2011 August 2011 September 2011 October 2011 November 2011 December 2011 January 2012 February 2012 March 2012 April 2012 May 2012 June 2012 July 2012 August 2012 September 2012 October 2012 November 2012 December 2012 January 2013

CREDITS
©2009 ElinaLyana. All rights reserved.