Saturday, 18 February 2012
Last blogged @ 23:52
sebab apa lelaki suka sangat merokok. sedap ke rokok tu..? lagi sedap daripada ayam goreng kfc ke..? ke lagi sedap daripada burger mcd..? tahu tak rokok ni boleh menyebabkan penyakit je. contoh paru-paru rosak. semua orang tahu kan. tapi kenapa nak hisap jugak..? sekarang ni perempuan pon dah merokok. kan mencegah lebih baik daripada mengubati. baik tak payah merokok daripada nanti paru-paru rosak. nak sangat ke paru-paru tu rosak. kalau dah tak nak paru-paru tu dermakan je. *ada ke.lantak lah. ada yang dah tahu rokok tu diperbuat daripada apa tapi masih jugak nak hisap. bagi yang belum tahu lagi marilah sama-sama kita menghayati gambar di bawah. *sengal je ayat.
tengok tu. pencuci tandas tu pon ada jugak. tapi kan bila benda-benda ni digabungkan macam boleh buat mercun jugak je. haha. bahan-bahan nye semua benda yang tak boleh makan. jadi kenapa nak jugak masukkan benda-benda tu dalam badan. memang nak rosakkan badan betul lah. puas ke hisap rokok ni..? tak kan. berdasarkan kesimpulan sis lah ye orang yang hisap rokok ni dia kurus. tapi bila dia dah berhenti hisap rokok dia akan jadi gemuk. berat badan dia akan bertambah. kalau sis memang tak boleh tahan dengan asap rokok tu. bukan asap rokok je. semua asap sis rasa sis allergic kot. contoh asap orang sembur nyamuk, asap orang bakar sampah, asap moto. busuk lah bau nye. tu yang tak boleh tahan tu.
so sesiapa yang nak hisap rokok tu yang masih tak ada kesedaran diri nekad nak hisap jugak buatlah. tapi jangan sembur asap tu kat muka sis. *aku memang pantang orang buat macam tu. sis pernah terkena tau. time tu kat curve. sesak giler lah masa tu then jalan punya jalan dengan selamba nenek moyang dia pergi hembus asap tu kena muka sis. agak kurang ajar lah sah-sah tulis kat situ no smoking. tak kan tak faham kot. tak ada english education lah tu. rasa nak bagi penyepak je time tu. sekian. tamat. bye. *_*
Last blogged @ 23:26
korang pon mesti pernah macam ni kan. cakap barang hilang sekali rupanya ada je kat depan mata. macam tuition math dulu lah. insyira pinjam pembaris sis then sis mintak lah balik pembaris tu kat dia. *maklumlah nak buat graph kena ada pembaris. tak boleh free hand. sekali dia cakap "aku dah pulangkan lah. cuba check kat baju kau ke..?" sekali rupanya ada kat baju insyira. haha. memang kelakar sangat. insyira cakap "eh, betul tadi aku dah pulangkan". ek eh je lah kau.
selalu kalau situasi macam ni orang tengok mesti orang akan cakap "kau ni muda-muda dah nyanyuk". sapa yang pernah cakap tu cuba renung-renungkan balik. kalau sis berada dalam keadaan ni sis dah marah-marah dulu dah. sis ni memang panas baran sikit. so faham-faham lah sikap orang panas baran eh. sebab tu kalau boleh sis nak cari teman hidup yang boleh buat sis kurang beremosi. choi, ni dah lari daripada topic. ok lah. bye. *_*
Last blogged @ 22:54
sis bukak page ubk kota damansara, nak cari balik kenangan-kenangan tahun lepas. then fikir punya fikir sis pon bukak pulak fb kawan kakak sis. mesti banyak gambar sis kat fb dia orang. cari punya cari fb syida ada gambar masa jamuan kelab pengguna. ek eh, cantik pulak gambar-gambar kat situ. satu-satunya jamuan yang sis dapat berkumpul balik dengan sahira, suhaila dan aida. kalau dah berkumpul balik dengan dia orang memang tak ingat dunia. yang paling kelakar time aida bukak beg kakak sis. dia main bukak je tau. dia ingat beg sis. kita orang ni perangai memang macam tu.
mungkin sebab kawan-kawan kan so kalau nak main bukak je beg tanpa mintak kebenaran dah jadi biasa. memang kita orang tak akan marah lah. sis pon cakap lah kat aida "aida tu bukan beg kita. tu beg kakak kita". haha. aida pon terus tutup balik beg tu dia letak macam keadaan asal. kakak sis dah nampak tau aida bukak beg dia. tapi kakak sis pon tak kisah sebab dia pon kenal aida. orang kalau baik mesti orang lain kenal. aida dah segan tau. time kakak sis membelakangi kita orang aida buat isyarat mintak maaf. kelakar sangat. *tak berani nak mintak maaf depan-depan. tahu pon.
kalau tengok gambar sis dengan sahira dalam ni memang kita orang senyum sampai ke telinga. nampak tak..? memang tak duduk diam punya. sekejap kat depan. sekejap kat belakang. happening sangat bila dah jumpa geng-geng balik. tak kenal mana satu sis..? cuba tengok dalam gambar tu semua sapa je yang senyum sampai ke telinga. yang asyik berenggang je tu. yang kawan dia sorang pakai baju kurung sekolah yang sorang lagi pakai baju pink purple. nampak tak ada sorang girl gelak tutup mulut. tu lah sahira. sis pulak yang pakai baju pink purple tu. dah kenal kan pemilik blog ni. haha. *asal aku promote diri kat sini. ok lah korang. penat dah tangan sis menulis. sekian. bye. *_*
Friday, 17 February 2012
Last blogged @ 22:52
pagi tadi disebabkan satu masa je so cikgu buat lah kuiz sejarah. lagipon budak kelas sis time tu tak ramai mana pon. lelaki lebih kurang 7 orang je. perempuan pulak lebih kurang 5 orang. yang lain tu sis pon tak tahu mereka pergi mana. walaupon lelaki lebih ramai daripada perempuan tapi memang tak dapat dinafikan kemenangan perempuan. yang tak boleh bla time soalan pertama yang insyira jawab. sepatutnya onn jaafar, dia pergi cakap jaafar onn. dah tak dapat markah soalan mula-mula. on the beginning memang insyira, fitrah dengan wawa je lah yang jawab.
sebelum tu cikgu suruh baca dulu. lepas tu baru lah cikgu soal. sis tengok insyira lepas dia dah habis baca 3 muka surat tu dia ulang balik baca. memang dia baca banyak-banyak kali lah. sis tengok dia pon dalam hati sis "bersemangat betul budak sorang ni". haha. sis baca agak-agak yang sis suka je lah. masa insyira tengah baca tu kan sis kacau dia tau. sis bisik kat telinga dia "anak mat lela gila". *macam bisikan syaitan. haha. memang tak khusyuk insyira baca. sebab sis jealous tengok dia baca bab tu ulang-ulang. itu yang sengaja je ganggu dia baca. bila cikgu dah start bagi soalan semua asyik-asyik fitrah, insyira dengan wawa je yang berdiri jawab soalan. mana boleh jadi kan. sis pon kena bagi sumbangan jugak kat group sis. kalau sis tak bagi sumbangan bermakna sis tergolong dalam group lelaki lah. choi. lepas tu agak-agak soalan belakang-belakang tu yang sis dah ingat tu sis terus bangun jawab. dengan bangganya dapat jugaklah jawab. lepas tu terus soalan yang lain sis dapat jawab. dapat jugak bagi sumbangan kat group perempuan. tapi kan dalam kuiz-kuiz tu semua yang sis betul-betul respect kat adika lah. sebab time dia baru masuk kelas cikgu dah bagi soalan tau. dia yang baru masuk ni dengan tak baca buku apa lagi terus dapat jawab. ye lah budak cerdik pandai kan. tapi adika ni dia memang hebat dalam subjek sejarah. tengok lah result dia time pmr dulu. dia kan dapat 2a. tapi yang 'a' nye tu apa tau sejarah dengan geografi. sis pon tak pass sejarah dengan geografi. bukan lah nak cakap sis fail tapi tak memberangsangkan lah result tu. ok lah kawan-kawan. sampai sini je untuk hari ni. bye. *_*
Tuesday, 14 February 2012
Last blogged @ 19:04
ingatkan hari ni bm buat karangan. memang setiap hari selasa sebenarnya buat karangan. tapi sis lupa yang cikgu dah tukar jadual hari jumaat lepas. cikgu ada cakap yang selasa ni cikgu nak buat drama yang pertama. sis betul-betul tak ingat pasal tu. baca drama pertama tu pon tak lagi. then semalam sis tanyalah orang yang tak datang hari jumaat *insyira. dengan selamba dek sis tak bawak buku komsas. memang sis salah tanya orang lah bermakna semalam. hihi. tak ada orang ingatkan sis pasal benda ni. manusia biasalah cepat lupa. then kat sekolah tadi semua bawak buku komsas. *aku dah gelabah.
sebenarnya hari ni belajar apa. tanyalah fatinatul dia pon cerita lah yang cikgu dah tukar jadual komsas hari selasa. mulalah sis gelabah dengan serta merta pinjam buku fatinatul terus sis baca. sis paling takut masa bm. korang tak kenal cikgu sis. cikgu tu kalau dah tunjuk taring memang tak akan stop sampai habis 2 masa. sapa tak takut. tapi buku nota komsas sis pon memang ada kat johan. pasal tu sis tak risau sangat. yang sis risau pasal baca drama pertama tu. haha. dah lah banyak page macam majalah kuntum. ternganga lah nak baca sampai habis. memang tak cukup punya masa. lepas rehat je sekali wawa ambik buku karangan. wawa cakap " hari ni cikgu nak buat karangan A lah". sis bukan main gembira sampai terloncat dalam kelas tu. *tak ada sapa pon cuma ada fitrah, insyira, syafiqah naza. baik betul lah nasib sis hari ni. then cikgu masuk kelas je dia orang semua dah macam membangkang cikgu nak buat karangan. "cikgu cakap hari ni nak buat drama. kita orang bawak dah buku nota komsas". sis pon apa lagi saja lah membodek cikgu "tak pe lah cikgu hari ni kita buat je lah karangan. dah lama tak buat karangan cikgu". *orang kalau tak bawak buku memang akan cakap macam tu. then cikgu pon cakap "alamak saya terlupa lah. tak pe lah kita buat je karangan hari ni. khamis baru kita buat drama pertama". haha. Alhamdulillah. kalau tak memang kena berdiri sampai habis 2 masa. tired tired. enjoy betul lah sis buat karangan tadi. next masa cikgu suruh semua buat pendahuluan lengkap dengan penutup, nama sis dipanggil untuk baca pendahuluan yang sis buat tu. sis pon baca lah. sis perasan yang cikgu asyik angguk je time sis baca. *mesti ayat aku gramatis sangat tu. hihi. memang tak ada kesalahan lah tu kalau cikgu dah angguk-angguk tu. bangga diri pulak dia. hari tu insyira dah marah sis sebab membongkak. insyira cakap "ha ye lah bangga. kalau Allah tarik balik semua tu baru kau tahu nanti". sis dah diam je. erm, ye lah dah tak membangga diri dah. ok lah korang sis nak mengundurkan diri ni. haha. dengan itu sis mengucapkan terima kasih kepada yang sudi membaca dan assalamualaikum. bye. *_*
Monday, 13 February 2012
Last blogged @ 21:34
sivik tadi belajar membentuk keluarga bahagia. then ada lah cikgu suruh tulis ciri-ciri bakal suami yang kita nak. haha. sis memang suka bab-bab ni. cikgu suruh tulis kat kertas kosong tapi insyira suruh sis tulis dalam diary sis. asalnya sis ragu-ragu jugak nak tulis ke tak nak sebab sis takut mak sis baca. tak pasal-pasal nanti mak sis sendiri pergi cari ciri-ciri lelaki macam tu. *bagus lah kalau macam tu. sis cabar insyira tulis kat blog. tapi insyira dah cuak. dia ckp "tak payah lah sampai macam tu sekali". sis pon memang tak lah nak tulis kat sini. biarlah ciri-cirinye tu kita je tahu sendiri. buat apa nak kecoh-kecoh kan.
tapi yang buatkan sis tabik bila baca johan punya ciri-ciri. ciri-ciri tu semua ada kat awek dia. johan memang setia lah. sis rasa selama dia couple dia tak pernah pandang perempuan lain kot. untung awek johan tu. semoga tak ada apa-apa dugaan lah yang kacau hubungan mereka. cerita punya cerita sis nak selitkan jugak perasaan marah sis hari ni. paling tak tahan masa rehat lah. sis tahu lah masa tu rehat dah nak habis then ada sorang pengawas ni pergi tegur "makan tu cepat sikit". sis rasa macam nak bagi pelempang je kat budak tu. kalau dia cakap " kak rehat dah nak habis". so sis tahu lah oh kena makan cepat ni. macam tu baru lah berbahasa. ni ayat macam orang tak ada sivik. relax lah dik kita ni dah lah 1 agama. susah lah kalau 1 agama pon saling membenci. tolong lah bahasa tu berbudi sikit boleh. dah lah kita orang ni baru lepas kena marah dalam kelas. bila ada pengawas cakap macam tu rasa hati ni bertambah panas. lepas tu ingat nak pergi tandas pulak lah. nak betulkan tudung. *tudung aku memang tak betul kalau lepas makan. ada pengawas jaga depan pintu tandas tu. pengawas sekarang memang tak ada kerja eh nak jaga tandas. buat apa jaga tandas..? ada ke budak nak makan dalam tandas tu. haha. oh, masuk kelas lambat pon tak boleh eh. tapi agaklah aku kalau nak masuk kelas lambat baik aku cerita-cerita dengan cikgu kat bilik guru daripada nak lepak kat tandas yang busuk tu. kan kan kan. keluar semua perasaan marah hari ni. nak nak si thini tu buat aku bertambah meluat dengan dia. tak tahu dah lah nak cakap macam mana dengan si thini tu. biar lah. tak payah tegur lebih baik. ok lah korang. bye. *_* Last blogged @ 20:39
dah lah penat ni. petang tadi ada kelab/persatuan. *ni lah lumrah kehidupan manusia. suka sangat merungut. haha. petang tadi masa on the way nak pergi sekolah untuk perjumpaan kelab then sedar-sedar dompet tak ada. rasa nak menangis pon ada. then sekali entah macam mana tangan ni gatal sangat pegang lah poket baju. haha ada dompet dalam tu. ingatkan tertinggal kat rumah insyira. sis dah cuak. ye lah dah lah tak makan lagi then duit tetinggal pulak. sapa tak cuak. insyira pon tengok dompet dia masa tu ada 3 ringgit je. mesti dalam hati dia "aku nak pinjamkan untuk hazirah macam mana ni. duit aku pon tak banyak. tak pe lah baik aku check balik dompet ni kot kot ada duit jatuh dari langit". hihi.
tadi sis baru lepas siapkan kerja sejarah. mak ai, serious kurang suka subjek tu. latihan yang cikgu bagi sebelum cuti semester pertama hari tu tak siap lagi korang tahu. sekarang dah bulan dua. lebih kurang 3 minggu lepas cikgu bagi latihan tu. *agak pemalas aku ni. minggu lepas cikgu dah sound sapa yang tak siap kena balik pukul 2. tak nak sis balik lambat-lambat. so, terpaksa siapkan lah. minggu lepas sis ada mintak jawapan daripada insyira masa dia tak datang sekolah tu. dia cakap ada bagi syafiqah tapi syafiqah tak pass kat sis. terpaksa lah tahan leteran cikgu minggu lepas. start esok sis dah tak nak buat cikgu membebel. kesian cikgu. *ciri-ciri murid berjaya. latihan sis pon bukannya kosong semua. tinggal soalan c je. soalan tu kbkk punya soalan. susah lah. dah lah sis ni malas fikir-fikir pasal jawapan. especially sejarah. tadi sis main buat je. lantak lah jawapan tak menepati kehendak soalan ke apa ke janji siap. janji tak balik pukul 2. haha. ok lah kawan-kawan, nanti sis tulis lagi tapi pasal sivik pulak. tunggu tau cerita sis seterusnya. bye. *_*
Sunday, 12 February 2012
Last blogged @ 10:47
assalamualaikum semua. korang dah sarapan ke belum..? sis dah kenyang dah baru lepas sarapan. lepas habis je sarapan terus update post ni. rajin betul sis pagi ni. sis kurang sihat lah hari ni. dari hari jumaat sis rasa nak demam. ni mesti sebab insyira yang bagi sis virus demam. nampak gaya macam ni tak datang lah sis hari isnin nanti. insyira ni memang lah. kalau nak demam tak payah lah ajak orang sekali. sekarang ni mak dengan along sis pon demam. masa hari jumaat sampai hari sabtu sis selesema je.
sekarang ni hari ahad sis dah batuk-batuk. hidung sis rasa sakit sangat. macam berdenyut tau. ada nadi ke kat hidung eh..? sebab asal sis baring je mesti hidung sis berdenyut macam nadi jantung. haha. betul tak tipu punya. tak nak percaya ke..? sis rasa telinga sis macam pekak sejak rasa nak demam ni. bila menguap je baru rasa huh lega dapat dengar. kawan-kawan mesti pernah rasa macam tu jugak kan. so far sis tak de lah pening-pening atau loya. *kalau loya memang tak lah aku nak makan banyak semalam. mungkin sebab sis dah pening-pening masa hari rabu dengan khamis tu kot. sebab tu sekarang sis tak rasa lagi. padahal sis mana makan panadol. mungkin antibodi sis kuat. haha. tak tahu kenapa demam kali ni sis bertambah selera makan. faktor umur ke..? selalu kalau demam sebijik nasi pon sis tak sentuh tau. sis pernah alami demam yang paling dahsyat. hihi. satu keluarga kena secara bergilir-gilir. memang time tu rasa serious tak tahan. tu bukan demam biasa sebab ada cirit birit sekali. sapa tahan kalau dalam masa 1 minggu lebih asyik cirit birit kan. nak nak bila satu keluarga kena sekali. agaknya bil air mesti naik lah time tu. terseksa sangat bila kakak sis along je keluar tandas sis pulak masuk then sis keluar angah pulak masuk. paling tak tahan kalau kita nak buang ada pulak orang dalam tandas. dah lah tandas satu je. alamak sis kena siap-siap ni. ok lah kawan-kawan. bye. *_*
Saturday, 11 February 2012
Last blogged @ 17:51
cerita punya cerita pasal ekonomi dengan perdagangan terlupa pulak sis nak cerita pasal sambutan maulidur rasul tadi. khas untuk sambutan ni semua orang dapat roti dengan air kotak free. tapi yang bagosnya mungkin rezeki kita orang [aku, fitrah, syafiqah naza, hamizah, mariah dengan fatinatul] cikgu fairuz bagi roti lebih kurang 10 paket kot. cikgu ingat nak bagi hari rabu lepas but cikgu terlupa tu yang bagi hari ni. untung sapa yang datang. tapi budak lelaki yang datang [uzair, johan dengan praveen] pon tak untung jugak sebab cikgu bagi last minit. dia orang tak dapat lah sebab murid lelaki dah berkumpul untuk berarak. lagi pon dia orang tak tahu. jangan bagi tahu kat dia orang pulak tau. haha.
rahsia tetap akan menjadi rahsia. apa yang penting roti tu free. *murah rezeki aku hari ni. Alhamdulillah. berkat datang ke sekolah. tahun ni penceramah tak berapa best macam tahun lepas. tahun lepas sis gelak berekeh-dekeh but tahun ni just gelak macam tu macam tu je. *macam gelak tak ada makna. penceramah kali ni boleh tahan kelakar lah tapi lagi kelakar sangat-sangat tahun lepas punya. tahun lepas penceramah tu ada cakap jawa sikit-sikit yang buatkan sis tercuit. *aku pon jawa gak. untung faham. penceramah tadi kan dia tak selitkan pon zaman Nabi Muhammad S.A.W lahir. dia cerita pasal anak muda sekarang je yang banyak. dah lah sis duduk belakang. serious tak dengar pon apa yang dia cakap. boring tu memang ada lah. nasib ada roti bolehlah makan. selama penceramah tu bagi ceramah sis dan lain-lain tu asyik makan je. sampai mariah yang selama ni kuat makan jadi loya sebab makan banyak. haha. hamizah dah macam berkelah dah kat situ. makanan dengan minuman dia dah tersusun tinggal tunggu masa untuk melahap je. ada nota penting yang sis nak sampaikan kat sini. penceramah tu cakap kalau kita nak exam jangan lupa baca surah al-waqiah dengan selawat selepas solat. baca je lah ayat-ayat tu masa kita tengah susah. itu maknanya kita berserah kepada Allah keputusan yang kita dapat nanti. lebih kurang macam tu lah apa yang penceramah tu cakap. penceramah tu cakap sebab apa kita tak baca doa biasa. sebab mungkin dosa kita banyak sangat kan so baca lah selawat. Rasulullah S.AW berfirman barang siapa yang berselawat ke atasku maka Allah akan berselawat sebanyak 3 kali kepada orang tersebut. sis ingat kot apa yang penceramah tu cakap. bagus bagus. walaupon duduk belakang telinga tetap peka. bukan pekak eh. haha. post yang ni dah tak payah penutup kata kot sebab dah cakap tadi kat post yang berjalan lancar tu. apa-apa hal pon sis akan tulis balik malam ni. InsyaAllah. *baca tau cerita sis. hihi. *_* Last blogged @ 17:19
assalamualaikum semua. kawan-kawan sihat tak hari ni..? yang sis rasa tak sihat kawan sis yang insyira tu je. sekarang sis pulak yang rasa akan ikut jejak dia. sis tak larat sangat nak pergi sekolah pagi tadi. kepala berat sangat. then selesema ni sakit sangat. tapi sis kuatkan diri sis sebab sis tak nak ketinggalan dalam pelajaran. bila kita dah ketinggalan ni tahu-tahu je lah lambat nak pick up balik nanti. kat sekolah tadi disebabkan ada sambutan maulidur rasul lepas rehat so belajar 2 subjek je lah. perdagangan dan ekonomi asas. sis happy sangat time belajar 2 subjek tu. sis dah start mengingat apa yang cikgu ajar.
ekonomi tadi just buat latih tubi je. tapi tak payah buat dalam buku just bincang together. so far ekonomi soalan past year spm boleh tahan senang lah bab wang dengan bank tu. cikgu ada bagi formula sikit-sikit macam mana nak jawab soalan jenis ni jenis tu semua. so far ok sangat. ni bermakna sis dah faham lah apa yang cikgu ajar. perdagangan pulak cikgu bagi latihan pasal syarikat kewangan dan lain-lain. yang lain-lain tu tak berapa ingat. ada lah lebih kurang 4 soalan. sis buat jawapan kan tak ikut buku teks pon. sis buat guna pengetahuan sedia ada sis yang cikgu ajar. haha. apa yang sis faham sis tulis lah. sis just tengok contoh syarikat kewangan semua-semua tu je then sis dah faham oh kalau ada perkataan finance tu syarikat kewangan so syarikat kewangan ni ada berikan perkhidmatan simpanan tetap. macam tu je sis jawab. apa-apa pon everythings going well lah. sis harap boleh dapat A for march test tak lama lagi. doakan sis ye. sis harap jugak ingatan sis akan bertahan sampai spm nanti. InsyaAllah. amin. kalau ada usaha mesti ada jalan kan. sis yakin sis boleh score A untuk ekonomi dengan perdagangan. kalau sis boleh kenapa tak kawan-kawan kan. ok lah. kawan-kawan jangan lupa study tau untuk exam yang akan datang. jangan study last minit. kalau ada masa tu jangan bazirkan. sis pon doakan untuk kawan-kawan jugak semoga exam kita bulan march ni akan membuatkan mak kita bangga dengan kita. amin amin amin. *_*
Friday, 10 February 2012
Last blogged @ 19:15
dah tak tahu apa nak tulis lah sekarang. idea dah tak ada. tapi sis nak tambahkan post untuk kali yang ke-93 ni. agak-agak apa nak cerita eh..? sis cerita je lah apa yang terjadi kat sekolah tadi. hari ni insyira tak datang sekolah so sis duduk sorang-sorang. best jugak lah duduk sorang-sorang. tak ada anasir yang boleh membuatkan sis bercakap masa tengah belajar. kan kan kan..? ramai jugak lag yang solo hari ni. haha. maksud sis tak ada partner lah dalam kelas. contoh nye fatinatul tak ada partner. wawa tak datang jugak hari ni. faez pon tak ada partner. kawan dia yang pelakon tu maybe shooting kot. maybe lah eh. tapi ada lagi ke orang yang nak bagi job kat dia. haha. kat kelas tadi masa bm cikgu baca ayat terharu daripada mereka-mereka yang kena hantar surat tunjuk sebab. apa tu..?
surat bagi sesiapa yang tak pernah menghantar buku untuk bulan januari. cikgu cakap cikgu terharu sangat baca surat mereka-mereka tu. sekali cikgu pon bacalah. sis tergelak jugak lah masa cikgu tengah baca tu. serious sis cakap ayat diaorang skema sangat. tapi alasan boleh diterima lah. boleh pulak pikir nak cari alasan. masa cikgu bagi time cuti tu asal tak nak buat sampai cikgu terpaksa tengking kat kelas semalam. apa lah. buat menyakitkan hati je. ni lah ciri-ciri murid yang suka menyakitkan hati cikgu. hihi. yang best jugak hari ni time cikgu haniza suruh pregaa ulang jawapan komsas yang dia buat. ulangkan untuk adika. adika cakap tak dengar. pregaa baca lambat tau sekali cikgu terus sambung ayat yang pregaa cakap tu. cikgu cakap "haa, lambat sangat". kelaka sangat ayat cikgu tu. terhibur lah sis sekolah tadi. dah bergelak ketawa mesti lah ada cuak sikit. kot kot cikgu panggil nama sis ke kan untuk soalan tatabahasa pulak. soalan tu susah sangat sis rasa. bagi sis tak ada kesalahan istilah/bahasa pon. sekali cikgu panggil nama sis. " apa jawapannya hazirah". sis terus jawab dengan spontan sepantas kilat. sekali jawapan sis bagi tu betul. haha. padahal tak tahu pon apa yang salah kat situ. *bijak jugak aku ni. haha. ok lah. post sis untuk hari ni sampai kat sini je. tu belum lagi sis tulis cerita sepenuhnya kat sekolah. tu baru bab belajar bm. kalau sis tulis untuk full day kat sekolah memang sampai pukul 12 tengah malam kot rasanya. sekian.
Monday, 6 February 2012
Last blogged @ 17:23 urutan penentangan Dato' Maharaja Lela dan Orang Melayu di Perak: 20 Januari 1874 : Perjanjian Pangkor ditandatangani oleh Sultan Abdullah dan Sir Andrew Clarke. Februari 1875 : Bantahan terbuka oleh Sultan Abdullah, Dato' Maharaja Lela dan pembesar Melayu Perak yang lain terhadap campur tangan British. Dato' Maharaja Lela membuat kubu di Pasir Salak. 21 Julai 1875 : Mesyuarat antara Dato' Maharaja Lela dengan pembesar-pembesar Melayu di Durian Sebatang menentang undang-undang British. 12 September 1875 : Dato' Maharaja Lela bersetuju mengambil tanggungjawab membunuh J.W.W. Birch selepas bermesyuarat dengan Sultan Abdullah dan para pembesar lain di Belanda. Sultan Abdullah memberutahu Sultan Ismail tentang rancangan tersebut. 31 Oktober 1875 : Walaupun Dato' Maharaja Lela melakukan penentangan terhadap British, namun Sultan Abdullah terpaksa menyerahkan Perak kepada British. Mat Arshad, orang suruhan British, dibunuh oleh penduduk tempatan semasa menampal poster cukai di Pasir Salak. 2 November 1875 : Pembunuhan J.W.W. Birch oleh Seputum, Pandak Lam, dan lain-lain lagi atas arahan Dato' Maharaja Lela di Sungai Perak, Pasir Salak. 13 November 1875 : Pihak British deengan 500 orang tenteranya melancarkan serangan terhadap Pasir Salak dan kawasan-kawasan yang terlibat. Dato' Maharaja Lela dan Dato' Sagor melarikan diri ke Kota Lama. 20 November 1875 : Perbicaraan diadakan di Matang, Perak. Hakimnya ialah Raja Idris. Manakala penasihat perbicaraan iaah Frank Sweetenham. Dato' Maharaja Lela bersama-sama Dato' Sagor, Pandak Lam, Seputum dan Pandak Indut dijatuhi hukuman gantung. Sultan Ismail dibuangnegeri ke Johor. Sultan Abdullah, Menteri Ngah Ibrahim, Syahbandar dan Laksamana pula dibuang negeri ke Pulau Seychelles. Dengan itu, Perak dapat dikuasai sepenuhnya oleh British.
Saturday, 4 February 2012
Last blogged @ 19:41 *gambar blur sikit sebab guna webcam je. ni lah diary sis. hanya orang tertentu je yang boleh baca. misalnya insyira, sahira, aida, dengan suhaila. orang lain tu tak boleh sebab dalam ni lah sis melepaskan perasaan marah sis. sis tenang kan diri sis dalam ni lah. ni diary form 4 [last year 2011]. tahun ni punya diary sis tak snap lagi muka depannya. nanti sis buat. ok lah. chaw dulu. bye. *_* |
PROFILE
http://love-or-friends.blogspot.com/Hazirah Halim Yatim | Female | Malaysian | Seventeen/2012 | 14/11/199? | SPM candidate | Be thankful for who you are because there is someone out there who wishes to be someone like you...Peace no war :D ARCHIVES
June 2011
July 2011
August 2011
September 2011
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
March 2012
April 2012
May 2012
June 2012
July 2012
August 2012
September 2012
October 2012
November 2012
December 2012
January 2013 CREDITS
©2009 ElinaLyana. All rights reserved. |