Monday, 6 February 2012
Last blogged @ 17:23 urutan penentangan Dato' Maharaja Lela dan Orang Melayu di Perak: 20 Januari 1874 : Perjanjian Pangkor ditandatangani oleh Sultan Abdullah dan Sir Andrew Clarke. Februari 1875 : Bantahan terbuka oleh Sultan Abdullah, Dato' Maharaja Lela dan pembesar Melayu Perak yang lain terhadap campur tangan British. Dato' Maharaja Lela membuat kubu di Pasir Salak. 21 Julai 1875 : Mesyuarat antara Dato' Maharaja Lela dengan pembesar-pembesar Melayu di Durian Sebatang menentang undang-undang British. 12 September 1875 : Dato' Maharaja Lela bersetuju mengambil tanggungjawab membunuh J.W.W. Birch selepas bermesyuarat dengan Sultan Abdullah dan para pembesar lain di Belanda. Sultan Abdullah memberutahu Sultan Ismail tentang rancangan tersebut. 31 Oktober 1875 : Walaupun Dato' Maharaja Lela melakukan penentangan terhadap British, namun Sultan Abdullah terpaksa menyerahkan Perak kepada British. Mat Arshad, orang suruhan British, dibunuh oleh penduduk tempatan semasa menampal poster cukai di Pasir Salak. 2 November 1875 : Pembunuhan J.W.W. Birch oleh Seputum, Pandak Lam, dan lain-lain lagi atas arahan Dato' Maharaja Lela di Sungai Perak, Pasir Salak. 13 November 1875 : Pihak British deengan 500 orang tenteranya melancarkan serangan terhadap Pasir Salak dan kawasan-kawasan yang terlibat. Dato' Maharaja Lela dan Dato' Sagor melarikan diri ke Kota Lama. 20 November 1875 : Perbicaraan diadakan di Matang, Perak. Hakimnya ialah Raja Idris. Manakala penasihat perbicaraan iaah Frank Sweetenham. Dato' Maharaja Lela bersama-sama Dato' Sagor, Pandak Lam, Seputum dan Pandak Indut dijatuhi hukuman gantung. Sultan Ismail dibuangnegeri ke Johor. Sultan Abdullah, Menteri Ngah Ibrahim, Syahbandar dan Laksamana pula dibuang negeri ke Pulau Seychelles. Dengan itu, Perak dapat dikuasai sepenuhnya oleh British. |
PROFILE
http://love-or-friends.blogspot.com/Hazirah Halim Yatim | Female | Malaysian | Seventeen/2012 | 14/11/199? | SPM candidate | Be thankful for who you are because there is someone out there who wishes to be someone like you...Peace no war :D ARCHIVES
June 2011
July 2011
August 2011
September 2011
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
March 2012
April 2012
May 2012
June 2012
July 2012
August 2012
September 2012
October 2012
November 2012
December 2012
January 2013 CREDITS
©2009 ElinaLyana. All rights reserved. |