Between LOVE+FRIENDS... Who will be chosen first!
Everything starts from here...
Saturday, 11 February 2012
Last blogged @ 17:51

cerita punya cerita pasal ekonomi dengan perdagangan terlupa pulak sis nak cerita pasal sambutan maulidur rasul tadi. khas untuk sambutan ni semua orang dapat roti dengan air kotak free. tapi yang bagosnya mungkin rezeki kita orang [aku, fitrah, syafiqah naza, hamizah, mariah dengan fatinatul] cikgu fairuz bagi roti lebih kurang 10 paket kot. cikgu ingat nak bagi hari rabu lepas but cikgu terlupa tu yang bagi hari ni. untung sapa yang datang. tapi budak lelaki yang datang [uzair, johan dengan praveen] pon tak untung jugak sebab cikgu bagi last minit. dia orang tak dapat lah sebab murid lelaki dah berkumpul untuk berarak. lagi pon dia orang tak tahu. jangan bagi tahu kat dia orang pulak tau. haha.

rahsia tetap akan menjadi rahsia. apa yang penting roti tu free. *murah rezeki aku hari ni. Alhamdulillah. berkat datang ke sekolah. tahun ni penceramah tak berapa best macam tahun lepas. tahun lepas sis gelak berekeh-dekeh but tahun ni just gelak macam tu macam tu je. *macam gelak tak ada makna. penceramah kali ni boleh tahan kelakar lah tapi lagi kelakar sangat-sangat tahun lepas punya. tahun lepas penceramah tu ada cakap jawa sikit-sikit yang buatkan sis tercuit. *aku pon jawa gak. untung faham. penceramah tadi kan dia tak selitkan pon zaman Nabi Muhammad S.A.W lahir. dia cerita pasal anak muda sekarang je yang banyak. dah lah sis duduk belakang. serious tak dengar pon apa yang dia cakap. boring tu memang ada lah. nasib ada roti bolehlah makan.

selama penceramah tu bagi ceramah sis dan lain-lain tu asyik makan je. sampai mariah yang selama ni kuat makan jadi loya sebab makan banyak. haha. hamizah dah macam berkelah dah kat situ. makanan dengan minuman dia dah tersusun tinggal tunggu masa untuk melahap je. ada nota penting yang sis nak sampaikan kat sini. penceramah tu cakap kalau kita nak exam jangan lupa baca surah al-waqiah dengan selawat selepas solat. baca je lah ayat-ayat tu masa kita tengah susah. itu maknanya kita berserah kepada Allah keputusan yang kita dapat nanti. lebih kurang macam tu lah apa yang penceramah tu cakap. penceramah tu cakap sebab apa kita tak baca doa biasa. sebab mungkin dosa kita banyak sangat kan so baca lah selawat.

Rasulullah S.AW berfirman barang siapa yang berselawat ke atasku maka Allah akan berselawat sebanyak 3 kali kepada orang tersebut. sis ingat kot apa yang penceramah tu cakap. bagus bagus. walaupon duduk belakang telinga tetap peka. bukan pekak eh. haha. post yang ni dah tak payah penutup kata kot sebab dah cakap tadi kat post yang berjalan lancar tu. apa-apa hal pon sis akan tulis balik malam ni. InsyaAllah. *baca tau cerita sis. hihi. *_*


PROFILE
http://love-or-friends.blogspot.com/
Hazirah Halim Yatim | Female | Malaysian | Seventeen/2012 | 14/11/199? | SPM candidate | Be thankful for who you are because there is someone out there who wishes to be someone like you...Peace no war :D

ARCHIVES
June 2011 July 2011 August 2011 September 2011 October 2011 November 2011 December 2011 January 2012 February 2012 March 2012 April 2012 May 2012 June 2012 July 2012 August 2012 September 2012 October 2012 November 2012 December 2012 January 2013

CREDITS
©2009 ElinaLyana. All rights reserved.