Tuesday, 14 February 2012
Last blogged @ 19:04
ingatkan hari ni bm buat karangan. memang setiap hari selasa sebenarnya buat karangan. tapi sis lupa yang cikgu dah tukar jadual hari jumaat lepas. cikgu ada cakap yang selasa ni cikgu nak buat drama yang pertama. sis betul-betul tak ingat pasal tu. baca drama pertama tu pon tak lagi. then semalam sis tanyalah orang yang tak datang hari jumaat *insyira. dengan selamba dek sis tak bawak buku komsas. memang sis salah tanya orang lah bermakna semalam. hihi. tak ada orang ingatkan sis pasal benda ni. manusia biasalah cepat lupa. then kat sekolah tadi semua bawak buku komsas. *aku dah gelabah.
sebenarnya hari ni belajar apa. tanyalah fatinatul dia pon cerita lah yang cikgu dah tukar jadual komsas hari selasa. mulalah sis gelabah dengan serta merta pinjam buku fatinatul terus sis baca. sis paling takut masa bm. korang tak kenal cikgu sis. cikgu tu kalau dah tunjuk taring memang tak akan stop sampai habis 2 masa. sapa tak takut. tapi buku nota komsas sis pon memang ada kat johan. pasal tu sis tak risau sangat. yang sis risau pasal baca drama pertama tu. haha. dah lah banyak page macam majalah kuntum. ternganga lah nak baca sampai habis. memang tak cukup punya masa. lepas rehat je sekali wawa ambik buku karangan. wawa cakap " hari ni cikgu nak buat karangan A lah". sis bukan main gembira sampai terloncat dalam kelas tu. *tak ada sapa pon cuma ada fitrah, insyira, syafiqah naza. baik betul lah nasib sis hari ni. then cikgu masuk kelas je dia orang semua dah macam membangkang cikgu nak buat karangan. "cikgu cakap hari ni nak buat drama. kita orang bawak dah buku nota komsas". sis pon apa lagi saja lah membodek cikgu "tak pe lah cikgu hari ni kita buat je lah karangan. dah lama tak buat karangan cikgu". *orang kalau tak bawak buku memang akan cakap macam tu. then cikgu pon cakap "alamak saya terlupa lah. tak pe lah kita buat je karangan hari ni. khamis baru kita buat drama pertama". haha. Alhamdulillah. kalau tak memang kena berdiri sampai habis 2 masa. tired tired. enjoy betul lah sis buat karangan tadi. next masa cikgu suruh semua buat pendahuluan lengkap dengan penutup, nama sis dipanggil untuk baca pendahuluan yang sis buat tu. sis pon baca lah. sis perasan yang cikgu asyik angguk je time sis baca. *mesti ayat aku gramatis sangat tu. hihi. memang tak ada kesalahan lah tu kalau cikgu dah angguk-angguk tu. bangga diri pulak dia. hari tu insyira dah marah sis sebab membongkak. insyira cakap "ha ye lah bangga. kalau Allah tarik balik semua tu baru kau tahu nanti". sis dah diam je. erm, ye lah dah tak membangga diri dah. ok lah korang sis nak mengundurkan diri ni. haha. dengan itu sis mengucapkan terima kasih kepada yang sudi membaca dan assalamualaikum. bye. *_* |
PROFILE
http://love-or-friends.blogspot.com/Hazirah Halim Yatim | Female | Malaysian | Seventeen/2012 | 14/11/199? | SPM candidate | Be thankful for who you are because there is someone out there who wishes to be someone like you...Peace no war :D ARCHIVES
June 2011
July 2011
August 2011
September 2011
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
March 2012
April 2012
May 2012
June 2012
July 2012
August 2012
September 2012
October 2012
November 2012
December 2012
January 2013 CREDITS
©2009 ElinaLyana. All rights reserved. |