Between LOVE+FRIENDS... Who will be chosen first!
Everything starts from here...
Monday, 12 March 2012
Last blogged @ 22:38

malam semalam tak sempat nak tengok datuk lee chong wei beraksi. sis dah terlelap. lama sangat sis tunggu. bila dah tidur awal tu malam mula lah tak dapat tidur. macam-macam sis fikir. dan perkara biasa kalau kat kampung tu sis fikir "han--" je lah. otak tak boleh control daripada ingat benda tu. pagi tadi hari isnin. atuk sis dah kena hantar pergi hospital sungai buloh. bangun pukul 6 pagi bersiap semua. then pukul 7:10 bergerak. dengan perut kosong, berkeroncong lagi. lapar nye. pergi hospital tu konvoi 2 kereta. best jugak lah. hilang lapar bila dah seronok duduk belakang 3 orang dengan adik sis hilman dan dalina. memang macam-macam lah gelagat budak dua ni. 

sampai hospital sungai buloh lebih kurang pukul 8: 20 pagi. nak cari jalan untuk emergency tu susah betul. 8:40 pagi baru lah semua keluar kereta. sis terus cari kafe nak breakfast. atuk dilupakan ni. tengah-tengah makan asyik ada praktikal doktor je ulang alik. ish, dah lah hensem-hensem. habis je makan ingat atuk sis dah kena tahan kat wad. rupanya tadi tu baru buat appointment. hospital kerajaan memang lah macam tu. *aku faham lol. haha. hospital suruh balik dulu this wed baru datang balik untuk check dan 26/3 datang lagi sekali for operate. tadi tu doktor muda dia cakap tunggu doktor besar dulu. kalau dia buat maybe 50/50. ok lah lagipon family sis tak nak lah ambik risiko. 

after atuk sis makan about 11:20 kita orang balik kampung lagi hantar atuk sis. sampai kampung dah 12:55 rasanya. nasib ada high-way. kalau tak memang berjam jugak lah nak sampai. sis dalam perjalanan tu dah tertido dalam kereta. langsung tak sedarkan diri tup tup dah sampai. sampai kampung then rehat lah. tidur-tidur dulu ye lah penat kot. berapa jam dalam kereta. sampai naik pening kepala sis. petang tu kat kampung hujan lebat kot. dari pukul 1 rasanya sampai lebih kurang pukul 4. halaman rumah atuk sis tu air dah naik. tapi tak adalah sampai paras lutut. then pukul 4:50 tu dah hilang penat sikit so continued lah balik kl. 

then cari restoran nak makan aroung tanjung karang semua restoran tutup. maybe it's too early lagi kot. then pergi lah ijok makan kat situ. sampai sini lebih kurang pukul 6:10. tak lalu high-way tengok lebih kurang 2 jam jugak lah dengan makannya lagi. sampai je rumah mama dah ada kat bawah. mama suruh pergi beli kfc kat carrefour sebab mama tak masak. mak cik sis yang hantar kita orang tu singgah jap kat rumah. then balik rumah pukul 6:50 dah merangkap dinner sekali lah tu. begitulah cerita nye sampai penat ni. ok lah rasanya dah panjang sangat ni. bye. *_*



Last blogged @ 22:24

jalan-jalan hari ni sangat lah penat. tak sangka pulak sampai ke malam. baju pon tak keluarkan lagi dari beg. malas punya pasal. dari pagi sampai lah sekarang ni pukul 9:36 malam tak mandi lagi. *kantoi. tunggu lah pagi esok. cerita nye bermula dari sini. sabtu lepas, mak cik sis call cakap atuk sis demam. then, family sis balik sekali dengan adik mak sis satu kereta. pak cik sis terus pecut. sampai je kat kampung check atuk sis rupanya usus atuk sis dah jatuh. kalau bab-bab usus ni jangan buat main-main.

then bawak lah pergi hospital tanjung karang malam tu. hospital tanjung karang pulak tak terima. sebab ni kes berat. kat kampung tu memang satu hospital tu je lah yang ada. tak ada hospital lain dah. hostipal tu suruh bawak ke hospital sungai buloh. dia bagi lah semua surat emergency. tapi pergi hari isnin. wahhh, memang panjang berjela cerita sis ni. hari isnin tu pulak kakak sis ada belajar memandu. so, mak sis decide balik kl lah semua. even hospital sungai buloh tu dengan rumah sis dekat je. hari ahad tu mak sis dah pack barang semua nak balik kl then adik sis hilman tu cakap dia tak nak balik. nak jaga atuk sis. *konon. propa lebih budak sorang tu. sis pon bet lah dengan dia. sis cakap "man, kita tengok mama bagi siapa yang tinggal kampung ok." sis pon bukan nak tinggal situ pon. saja je nak menyakat dia. then mak sis cakap "ha, kalau alang nak tinggal boleh. kau man kena balik. nanti menyusahkan je." haha. merajuk lah dia.

then mak cik sis cakap "kau kalau nak tinggal boleh lah man. biar alang control kau sikit." *tahu-tahu lah perangai aku ni. aku kan garang. adik aku tu takut dengan aku. lepas tu adik sis hilman tu pon cakap "erm ok lah. boleh lah." ton suara tak rela tu sis tinggal sana sekali. lepas mak sis balik je kl petang tu serious ngantuk. then apa lagi tido lah. atuk sis dah sakit sangat tapi nak buat macam mana kan. memang hospital tanjung karang tu dari dulu tak pernah ambik risiko kes-kes emergency ni. [continue]


PROFILE
http://love-or-friends.blogspot.com/
Hazirah Halim Yatim | Female | Malaysian | Seventeen/2012 | 14/11/199? | SPM candidate | Be thankful for who you are because there is someone out there who wishes to be someone like you...Peace no war :D

ARCHIVES
June 2011 July 2011 August 2011 September 2011 October 2011 November 2011 December 2011 January 2012 February 2012 March 2012 April 2012 May 2012 June 2012 July 2012 August 2012 September 2012 October 2012 November 2012 December 2012 January 2013

CREDITS
©2009 ElinaLyana. All rights reserved.