Sunday, 29 April 2012
Last blogged @ 23:13
pada malam yang berbahagia ini izinkan sis share satu tajuk mata pelajaran sejarah tingkatan 5. sis memang suka share pasal sejarah ni. tak tahu kenapa. sambil-sambil dengar lagu sudah cukup sudah kan memang elok lah kita study. haha. ajaran sesat. tolong jangan ikut dan sebarkan kat kawan-kawan. tanpa melengahkan masa sis akan start menulis. *apasal aku rajin sangat berkarang segala ni. ok kita mulakan dengan bab 5 iaitu sistem ahli. bab 1 pon tak ada terus langkau. tolong jangan marah lah ye. janji niat tu baik nak share. haha.
baca betul-betul sistem ahli maksud: sistem yang melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui pentadbiran tanah melayu. pencetus: Dato' Onn Jaafar dipersetujui: Sir Henry Gurney [ketua pentadbir british di tanah melayu] ciri-ciri sistem ahli: 1- sistem kabinet bayangan terdiri daripada beberapa pegawai tadbir dan tokoh masyarakat untuk memegang jawatan yang dibentuk. 2- anggota sistem ahli dipanggil ahli. contoh: ahli hal ehwal dalam negeri. 3- pelantikan dibuat oleh pesuruhjaya tinggi british dan dipersetujui oleh raja-raja melayu. 4- terdiri daripada 9 orang anggota. 4 orang inggeris, 3 orang melayu, seorang cina dan seorang india. 5- ahli-ahli diletakkan bawah kuasa pesuruhjaya tinggi british. tugas-tugas ahli: 1- menjaga portfolio 2- mengurus pentadbiran harian jabatan 3- mencadangkan undang-undang yang berkaitan jabatan kepentingan sistem ahli: 1- melatih penduduk tempatan untuk mentadbir kerajaan 2- memulakan proses perpaduan kaum. 3- menentukan kemerdekaan yang bakal dicapai.
itu sahajalah yang berkaitan dengan tajuk sistem ahli ni. jangan lupa memanfaatkan segala nota yang sis bagi untuk spm yang bakal bermula awal bulan november ni. segala pernyataan yang meragukan bolehlah bertanya dengan guru mata pelajaran masing-masing. jangan tanya sis. haha. sis tak berapa tahu nak explain sebab sis pon hanyalah murid biasa yang juga mengambil spm tahun ni. semoga kita sama-sama dapat manfaat daripada nota ini. insyaAllah. amin. bye. *_*
Friday, 27 April 2012
Last blogged @ 20:50
antara barisan pelakon drama daripada singapore ni ialah:
Dai Yang Tian
![]()
Zhou Ying
![]()
Elvin Ng
![]()
Jeanette Aw
![]()
Christopher Lee
sis tak letak semua gambar pelakon drama ni. sis ambik half je. haha. bawah ni barisan pelakon-pelakon yang terlibat.
![]() ![]()
and last marilah kita tengok pelakon pujaan sis yang baru sahaja beberapa hari menjadi pujaan. haha
![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
hensemnya dia ni. kenapa lah selama ni sis tak pernah tengok dia betul-betul dalam drama the little nyonya dengan together. tak pernah perasan langsung selama ni. sebab selama sis tengok drama the little nyonya dengan together sis tengok Jeanette Aw je sebab kecantikan dia. sis tak pernah terpandang kat pelakon lelaki drama tersebut. haha. sumpah Jeanette Aw tu cantik. memang sebelum ni banyak kali sis tengok lakonan Jeanette Aw and memang sis akan tengok muka dia je. drama Jeanette Aw yang paling sis suka the little nyonya lah. muka dia boleh nampak berseri dalam drama tu. muka dia memang kosong tak ada cela langsung. ish, memang kalau semua perempuan tengok pon jelez lah. mungkin dia pandai jaga muka. nak jadi artis ni kenalah pandai menjaga dan merawat muka tu kan. haha. asal dah cerita pasal Jeanette Aw je ni. sorry darling ku, terlupa dirimu seketika. haha. *geli nye lah rasa. tapi dalam drama ni yang paling sis geram sangat waktu tengok pakwe sis ni cium Zhou Ying. memang angin jugak lah sis menengoknya. *dah lah depan mata aku kau buat semua tu. sampai hati u. haha. ok lah guys. next time next story. bye. *_*
Last blogged @ 20:02
habis sudah cerita tu. kesudahan cerita tu betul-betul buatkan sis terharu. sis nak nangis tapi malu sebab nanti mama tengok. haha. sis memang dah lama tak menangis depan mama sejak arwah ayah sis meninggal. cerita breakout ni memang boleh buat sis terpengaruh. terpengaruh bukan dengan ceritanya tapi dengan pelakonnya. sis minat pulak kat dai yang tian lepas tengok dia dalam cerita tu. hensem nye. gaya dia smart habis. sebelum ni sis pernah jugak tengok lakonan dia dalam the little nyonya tapi sis tak pernah perasan kehenseman dia mungkin sebab tak berapa nak menyerlah sangat watak dia tu. lagi satu cerita the little nyonya tu kan cerita yang 80 ke 90-an. jadi rambut dia dalam cerita tu tak smart kot. *sesedap je cakap. cerita klasik sikit tak kan nak buat rambut pacak kot kan. yang buatkan sis nak menangis sebab dia mati akhir cerita. sis memang suka lah dia bawak watak macam ni sebab nampak gaya dia tu sesuai. dengan penampilan dia buatkan cerita tu betul-betul berjaya. dia bawak watak tu nampak betul-betul jahat. orang jahat hensem lah katakan. haha.
cerita ni mengenai dendam ayah kepada dai yang tian ni kat bini dengan kawan-kawan dia yang dia anggap mengkhianati dia. padahal tak ada pon orang khianati dia. dia salah sangka. akibatnya dia bunuh bini dengan semua kawan dia tu and dia hasut anak-anak dia sekali dengan cerita mak diaorang ni curang. masa dia nak bunuh keluarga tang ni melalui kemalangan dia ingat keluarga kawan dia tu semua dah mati tapi rupanya anak perempuan kawan dia tu masih hidup. dekat situ lah kesilapan dia. lepas anak perempuan kawan dia tu sedar daripada koma dia pulak nak balas dendam kat keluarga dai yang tian yang dah bunuh semua ahli keluarga dia. tapi dalam senyap dai yang tian tu suka kat anak perempuan kawan ayah dia tu. dia anggap anak perempuan kawan ayah dia tu lakonan zhou ying sebagai bekas makwe dia nama su ying. susahnya nak bercerita pasal drama ni. senang korang pon search youtube tengok sendiri apa yang terjadi. daripada sis cerita langsung sorang pon tak faham. korang search lah breakout singapore drama. ok. sekian. bye. *_* Last blogged @ 15:54
sampai je sekolah pagi tadi mata terus tertumpu kat bangunan tingkat 3. tetiba sis tengok bangunan tu lawa sangat. haha. sis imbas balik semua kenangan yang dah lama berlalu. di situ lah tempat yang selalu sis jengah kalau tengah belajar dulu. sis rindu nak tengok penghuni kelas tu. rindu macam mana sekali pon sis tak rasa nak balik semula pada tahun tu. dulu ye sis selalu cakap sis nak kembali kat zaman tu. rindu boleh buatkan kita cakap macam tu. tapi sekarang sis nak maju ke hadapan. sis nak lupakan semua tu sebab pada tahun tu jugalah zaman persahabatan sampai ke kemuncaknya. sekarang zaman tu dah jadi zaman kejatuhan jadi sis nak terus melangkah ke hadapan. zaman kemusnahan ikatan persahabatan tu dah lama berlalu bagi sis.
sis tak nak ungkit dan tak nak imbas balik. cuma sis akan selalu imbas kenangan di mana mata sis selalu tertumpu. haha. bila difikirkan balik kat situ jugalah sis kacau dia. malu pon ada bila first time kitaorang chat dia masih ingat pasal tu. memang tak ada kerja betul kacau orang. tu lah aktiviti harian sis sampai sis mengajar benda tu juga kat aida. cerita pasal dia rasa rindu lah pulok. masa cepat sangat berlalu kalau tak mungkin sekarang ni sis boleh tengok dia lagi. gatal betul. tak nak lah memikirkan lelaki buat masa ni. dia dah ada yang special lah. stalk sana perempuan komen stalk sini perempuan tegur. orang dah bahagia kan tak payah ganggu lah. cukup-cukup lah ganggu dia masa dulu. sampai bila nak kacau hidup dia kan. kalau ada jodoh jumpa lah tu. sudah-sudah lah cerita pasal dia. sekarang ni kena fikir macam mana nak bayar hutang. semuanya dah lupa. kalau lah sis pangkah kat kalendar kan tak jadi semua ni. ingatan tu dah lah cepat rapuh. tengok makin banyak kau kena bayar cik kak. nak buat macam mana. semua ni masih baru. tak apa aku akan bayar. selagi masih sempat. memang aku tak nak bertangguh jadi aku akan cuba kumpul. kalau ada kemahuan pasti ada jalan. niat aku baik jadi jangan risau sebab Allah pasti tolong aku. Allah kan akan sentiasa menolong hambaNya yang dalam kesusahan. *_*
Thursday, 26 April 2012
Last blogged @ 23:20
memang cita-cita sis sebenarnya nak tulis panjang berjela macam orangnya. tapi idea tak cukup. kenapa nak tulis panjang-panjang..? sebabnya biar orang serabut nak baca. bila orang serabut tengok panjang sangat macam karangan mesti orang malas nak baca kan. bila malas nak baca tak ada lah orang tahu apa sebenarnya yang terjadi kat sis pada hari tersebut. haha. kalau tengok blog blogger terkenal macam maria elena atau lyssa faizureen tu memang lah ayat mereka panjang-panjang kan. tapi mereka lain. betul tak..? mereka blogger terkenal. semua orang berpusu-pusu nak baca post mereka. macam sis ni apa ado. orang nak baca post sis buat apa. bukan orang kenal pon sis ni sapa. *ayat merendah diri. merendah diri tu bagus sebenarnya. dapat elakkan daripada takbur dan angkuh. haha. ok tamat sudah karangan atas tu kita mulakan dengan karangan baru. lihat semua di bawah.
alhamdulillah dengan izinNya sembuh sudah sis setelah 3 minggu bersilih ganti demam. mungkin ubat antibiotic ni yang banyak membantu sis. memang lah ubat tu besar macam tandatangan doktor tu tapi kalau nak sembuh kenalah ikhtiar. *tak pasal-pasal doktor tu pon kena kat sini. di mana ada kemahuan di situ ada jalan. sekarang tengok inilah diri sis yang sebenar. sis dah dapat kesihatan sis semula. terima kasih ya Allah. harap-harap demam ni tak datang lagi. sis dah lama tak datang sekolah. sis tak nak dah tak datang sekolah lagi. insyaAllah sihat lah sis ni. amin. sejak dah balik ke sekolah ni mungkin ramai yang tak perasan tapi segelintir tu perasanlah kot especially budak lelaki kelas sis. apa benda semua ni..? apa yang kena perasan tak perasan ni..? haha. bagi yang tak tahu sis baru nak cerita lah ni. sejak naik sekolah sis dah tak banyak senyum kat budak lelaki kelas sis. mungkin disebabkan perangai mereka. sis lebih banyak jeling dah sekarang. itu perubahan diri sis yang sis rasa tak semua orang nampak. ok lah guys. esok sis cerita lagi dengan kisah lain. insyaAllah lebih seronok. selamat malam. *_* Last blogged @ 22:32
sis cuma nak jadi seorang kawan yang sweet. sweet yang bermakna sentiasa mengingati kawannya. sentiasa bermessage dengan kawannya untuk bertanya khabar. macam yang sis buat kat aida. sis nak bagi semangat kat aida. sebab sis rindu aida. tahu kenapa..? sebab aida kawan yang tak pernah lekang daripada sis. semua yang sis buat dulu semuanya dengan dia. dia tak sanggup nak berjauhan dengan dia. dah lama sis tak jumpa dia macam yang sis cerita sebelum-sebelum ni. di malam yang mulia ni sis nak tujukan sebuah lirik lagu daripada aizat iaitu sahabat untuk aida:
sahabat
mengapa kau pergi
tinggal aku sendiri
kau tahu ku tak sanggup
sahabat
ingatlah kau selalu
jadi yang terbaik
walau kau tak di sini lagi
sahabat
aku rindu padamu
datang walau sesaat
ku ingin kan kau hadir
aku
di sini dan menunggu
diam tanpa dirimu
kau tahu ku tak bisa
beranjak terbang dan melayang
tanpa dirimu ku tak bisa
dan kembalilah...
Last blogged @ 22:14
hidup ni sebenarnya tak susah macam kita sangkakan. ada kawan adalah segalanya. kadang-kadang kawan lebih dekat dengan kita dibandingkan dengan keluarga. itulah yang boleh terjadi pengaruh rakan sebaya. kawan tempat kita melepaskan semua perasaan. kawan juga boleh jadi musuh. selama berapa tahun pon berkawan kalau hubungan tu ditakdirkan runtuh tetap juga runtuh. kita rindu kenangan lama dan kalau boleh kita nak masa tu berputar kembali. sedih jugak rasanya hati ni bila memikirkan kawan yang selama ini sentiasa kita cari bila dalam susah sekarang lebih bahagia dengan orang lain. semuanya tak disangkakan.
dulu banyak sangat janji. janji supaya tidak melupakan antara satu sama lain. janji untuk tetap setia selamanya. janji sehidup semati. sekarang mana perginya semua janji tu..? janji tinggal janji. semua janji dah tak bermakna dah sekarang kan. apa ertinya kawan kalau tak gembira bersama. apa ertinya kawan kalau sentiasa berahsia. kita tak mengharap semua ni berlaku tapi kita dah tahu perkara ni bakal berlaku. sebab antara kita semuanya saling tidak setia. tikam kawan daripada belakang. sekarang sakit hati ni bagaikan merobek-robek bila melihat kau. perasaan benci tu semakin menguasai diri. semuanya berpunca daripada kau yang mula membuatkan persahabatan tu goyah. malas rasanya mata ni nak memandang semua mengenai diri kau. perkara ni datangnya bukan daripada aku tapi kau yang aku rasa sudah malas nak layan karenah aku. aku faham. mungkin di sini pengakhirannya. semoga kau bahagia dengan kawan baru dan semoga persahabatan aku yang lama kekal. tidak seperti persahabatan bersama kau. disebabkan kawan kita boleh menangis. tangisan ni sebagai erti pengakhiran semua rahsian dan cerita antara kita. sekian. *_*
Thursday, 19 April 2012
Last blogged @ 19:47 sis dah lama sangat tak bukak facebook and tak tahu dah isu semasa berita semasa segala. and just now sis bukak facebook then ada message. sis bukaklah and sis terkejut sangat sebab my dada [aida] message. dia cakap suruh missed call dia if sis online. sis rindu sangat with my dada. dah lama sis tak jumpa dia sejak sis sakit 5 hari tu. "da, i'm so sorry sebab baru baca message u". last week sis nangis sebab aida dah tak macam dulu. her face make me very sad sebab muka dia dah lain sangat. kuning and pucat. faham tak perasaan seorang kawan bila kawan dia sakit..? of course lah kita sedih kan. itu lah perasaan sis sekarang. aida start tak datang sekolah balik. bila sis datang je sekolah tengok aida tak ada sis rasa kosong sangat. sis rasa sunyi. selalunya kalau sis sampai je sekolah sis mesti berborak dengan aida. aida, ingat tak kenangan kita dulu. time awak tulis no phone dalam buku amira. time kita pergi beraya berdua lepas sambutan hari raya kat sekolah. time awak selalu tergedik-gedik nampak cikgu azlan. time awak baca kuat-kuat masa exam. kita rindu semua tu. rindu semua pasal awak. aida cepat sihat tau. nanti kalau aida dah sihat kita boleh lah pergi beraya sama-sama lagi. kita boleh lepak sama-sama lagi. kita boleh keluar sama-sama. kita rindu lah kat awak. malam ni kita missed call awak kita online sama-sama eh. *_* Last blogged @ 19:28 rasa ketidakpuasan hati ni semakin kuat. argh, bencinya dengan peragai macam tu. sis ni orangnya bukanlah jenis yang suka cari gaduh sebab memang sis tak ada mood pon nak bergaduh dengan orang. tapi sis pon tak tahu lah apa masalah dia sampai dia buatkan sis betul-betul macam "wei, aku benci kau giler-giler segiler-gilernya". tadi kat sekolah dia macam whispering something tau dengan kawan dia then look at sis. dia tuding jari segala lah. sumpah asal kau dah jadi macam perempuan ni nak bisik-bisik. time tu sis macam dah "erm, ok just be fine". and as usual sis jeling dia. sis tak tahu ini dah masuk kali ke berapa sis jeling dia sebab memang dah tak terkira. banyak kali dah sis jeling dia. ok..! semua orang ada perasaan macam ni kan. tapi kita tak tahu mana nak lepaskan semua ni betul tak..? kalau terlebih melampau nanti orang cakap "dia ni memang saja nak bagi musuh dia baca ke hapa". nak tulis dalam diary..? erm, save lah pen tu untuk exam nanti. pen sekarang dah naik harga. conclusion, terpaksalah orang lain pon baca perasaan kita. hikhok. sekarang ni ramai orang buat blog nak buat kerja macam ni lah. kutuk maki orang. buat sis tak kutuk maki orang kan..? sis just lepaskan perasaan je kan. kan. kan. blog sis ni mana ada cacian. hikhik. *iye lah wei. #tak ingat pernah kutuk zul kat sini. haha. ok, sekali je kutuk orang kat sini tapi ada ucapan maaf ye. ok lah, sis berhenti sampai sini je untuk kali ni. bye. *_*
Tuesday, 10 April 2012
Last blogged @ 21:57
selepas beberapa hari tunda untuk buat operation akhirnya boleh jugak dijalankan. bukan sis tau yang kena operate but atuk sis. refer to my older post. my cute girls and boys please pray for my atuk agar operation for tomorrow berjalan lancar. operation dijangka pukul 8 pagi rasanya dan berakhir pukul 11 pagi. *eh betul ke ni. sis pon tak berapa pasti tapi yang pasti operation esok confirm. dulu time kat hospital sungai buloh dah berapa kali tunda. kesian atuk sis. tak boleh bergerak langsung.
atuk sis ambik wudhuk pon mengesot je. then, setelah mendapat persetujuan daripada semua adik beradik mak sis so mereka berpakat hantar ke hospital swasta. *jalan penyelesaian yang paling baik. petang tadi baru check dengan doktor pakar then sekejap je terus boleh operate. tak perlukan banyak hari pon. esok tepat pukul 8 pagi kami semua akan bagi support untuk atuk. nampak gaya tak siap lagi lah kerja sekolah sis. makin berlambak lah gayanya. ok lah. sampai sini je story untuk kali ni. chaw yaw. bye. *_* |
PROFILE
http://love-or-friends.blogspot.com/Hazirah Halim Yatim | Female | Malaysian | Seventeen/2012 | 14/11/199? | SPM candidate | Be thankful for who you are because there is someone out there who wishes to be someone like you...Peace no war :D ARCHIVES
June 2011
July 2011
August 2011
September 2011
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
March 2012
April 2012
May 2012
June 2012
July 2012
August 2012
September 2012
October 2012
November 2012
December 2012
January 2013 CREDITS
©2009 ElinaLyana. All rights reserved. |