Between LOVE+FRIENDS... Who will be chosen first!
Everything starts from here...
Sunday, 29 April 2012
Last blogged @ 23:13

pada malam yang berbahagia ini izinkan sis share satu tajuk mata pelajaran sejarah tingkatan 5. sis memang suka share pasal sejarah ni. tak tahu kenapa. sambil-sambil dengar lagu sudah cukup sudah kan memang elok lah kita study. haha. ajaran sesat. tolong jangan ikut dan sebarkan kat kawan-kawan. tanpa melengahkan masa sis akan start menulis. *apasal aku rajin sangat berkarang segala ni. ok kita mulakan dengan bab 5 iaitu sistem ahli. bab 1 pon tak ada terus langkau. tolong jangan marah lah ye. janji niat tu baik nak share. haha. 

baca betul-betul
sistem ahli
maksud: sistem yang melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui pentadbiran tanah melayu.
pencetus: Dato' Onn Jaafar
dipersetujui: Sir Henry Gurney [ketua pentadbir british di tanah melayu]
ciri-ciri sistem ahli:
1- sistem kabinet bayangan terdiri daripada beberapa pegawai tadbir dan tokoh masyarakat untuk memegang jawatan yang dibentuk.
2- anggota sistem ahli dipanggil ahli. contoh: ahli hal ehwal dalam negeri.
3- pelantikan dibuat oleh pesuruhjaya tinggi british dan dipersetujui oleh raja-raja melayu.
4- terdiri daripada 9 orang anggota. 4 orang inggeris, 3 orang melayu, seorang cina dan seorang india.
5- ahli-ahli diletakkan bawah kuasa pesuruhjaya tinggi british.
tugas-tugas ahli:
1- menjaga portfolio
2- mengurus pentadbiran harian jabatan
3- mencadangkan undang-undang yang berkaitan jabatan
kepentingan sistem ahli:
1- melatih penduduk tempatan untuk mentadbir kerajaan
2- memulakan proses perpaduan kaum.
3- menentukan kemerdekaan yang bakal dicapai.

itu sahajalah yang berkaitan dengan tajuk sistem ahli ni. jangan lupa memanfaatkan segala nota yang sis bagi untuk spm yang bakal bermula awal bulan november ni. segala pernyataan yang meragukan bolehlah bertanya dengan guru mata pelajaran masing-masing. jangan tanya sis. haha. sis tak berapa tahu nak explain sebab sis pon hanyalah murid biasa yang juga mengambil spm tahun ni. semoga kita sama-sama dapat manfaat daripada nota ini. insyaAllah. amin. bye. *_*



PROFILE
http://love-or-friends.blogspot.com/
Hazirah Halim Yatim | Female | Malaysian | Seventeen/2012 | 14/11/199? | SPM candidate | Be thankful for who you are because there is someone out there who wishes to be someone like you...Peace no war :D

ARCHIVES
June 2011 July 2011 August 2011 September 2011 October 2011 November 2011 December 2011 January 2012 February 2012 March 2012 April 2012 May 2012 June 2012 July 2012 August 2012 September 2012 October 2012 November 2012 December 2012 January 2013

CREDITS
©2009 ElinaLyana. All rights reserved.