Friday, 27 April 2012
Last blogged @ 15:54
sampai je sekolah pagi tadi mata terus tertumpu kat bangunan tingkat 3. tetiba sis tengok bangunan tu lawa sangat. haha. sis imbas balik semua kenangan yang dah lama berlalu. di situ lah tempat yang selalu sis jengah kalau tengah belajar dulu. sis rindu nak tengok penghuni kelas tu. rindu macam mana sekali pon sis tak rasa nak balik semula pada tahun tu. dulu ye sis selalu cakap sis nak kembali kat zaman tu. rindu boleh buatkan kita cakap macam tu. tapi sekarang sis nak maju ke hadapan. sis nak lupakan semua tu sebab pada tahun tu jugalah zaman persahabatan sampai ke kemuncaknya. sekarang zaman tu dah jadi zaman kejatuhan jadi sis nak terus melangkah ke hadapan. zaman kemusnahan ikatan persahabatan tu dah lama berlalu bagi sis.
sis tak nak ungkit dan tak nak imbas balik. cuma sis akan selalu imbas kenangan di mana mata sis selalu tertumpu. haha. bila difikirkan balik kat situ jugalah sis kacau dia. malu pon ada bila first time kitaorang chat dia masih ingat pasal tu. memang tak ada kerja betul kacau orang. tu lah aktiviti harian sis sampai sis mengajar benda tu juga kat aida. cerita pasal dia rasa rindu lah pulok. masa cepat sangat berlalu kalau tak mungkin sekarang ni sis boleh tengok dia lagi. gatal betul. tak nak lah memikirkan lelaki buat masa ni. dia dah ada yang special lah. stalk sana perempuan komen stalk sini perempuan tegur. orang dah bahagia kan tak payah ganggu lah. cukup-cukup lah ganggu dia masa dulu. sampai bila nak kacau hidup dia kan. kalau ada jodoh jumpa lah tu. sudah-sudah lah cerita pasal dia. sekarang ni kena fikir macam mana nak bayar hutang. semuanya dah lupa. kalau lah sis pangkah kat kalendar kan tak jadi semua ni. ingatan tu dah lah cepat rapuh. tengok makin banyak kau kena bayar cik kak. nak buat macam mana. semua ni masih baru. tak apa aku akan bayar. selagi masih sempat. memang aku tak nak bertangguh jadi aku akan cuba kumpul. kalau ada kemahuan pasti ada jalan. niat aku baik jadi jangan risau sebab Allah pasti tolong aku. Allah kan akan sentiasa menolong hambaNya yang dalam kesusahan. *_* |
PROFILE
http://love-or-friends.blogspot.com/Hazirah Halim Yatim | Female | Malaysian | Seventeen/2012 | 14/11/199? | SPM candidate | Be thankful for who you are because there is someone out there who wishes to be someone like you...Peace no war :D ARCHIVES
June 2011
July 2011
August 2011
September 2011
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
March 2012
April 2012
May 2012
June 2012
July 2012
August 2012
September 2012
October 2012
November 2012
December 2012
January 2013 CREDITS
©2009 ElinaLyana. All rights reserved. |