Tuesday, 29 May 2012
Last blogged @ 13:04
assalamualaikum dan selamat pagi semua. seperti mana yang sis cakap dalam post sis sebelum ni, ada sambungan untuk cerita balik kampung hari tu. *ada jugak orang buat continuous writing kat sini kan. sis tak nak cakap banyak sis nak teruskan bercerita je lah eh. sampai mana semalam..? ok, jumaat malam sabtu tu temankan mama pergi basuh baju sekolah adik lebih kurang pukul 8 kat bawah rumah atuk. time tu mama suruh ambik beg sekolah adik dalam kereta sambil-sambil mama tengah basuh baju lah. masa tu mama dalam bilik air then sis check beg adik dalam kereta beg dia tak ada. so, ok lah mungkin dia dah bawak naik rumah ke apa kan. sekali tutup lah pintu kereta and duduk bawah rumah atuk tu. *mama basuh baju lama lagi kot masa tu. sekali sis toleh dalam kereta lampu nyala. alamak, sis dah seram takut semua ada lah. dengan berani sis pon check lah balik pintu kereta tu gedebang empat-empat pintu. dah rapat lah tu. *sebab memang sis tutup kuat. sekali nyala lagi. sis tengok betul-betul apa dalam kereta tu sebab lampu dalam nyala mana lah tahu ada benda dalam tu ke. memang macam-macam sis fikir sekali lampu tu mati sendiri. dah apa ke hal dengan lampu tu sis pon tak tahu. suka sangat menakutkan orang. dalam fikiran sis entah-entah ada hantu sendal pintu kereta tu guna kaki sebab tu lampu dalam masih bernyala. haha. *aku memang suka fikir bukan-bukan.
hari sabtu pulak pak cik sis yang tentera tu sampai rumah atuk. main-main dengan anak dia memang lah memenatkan. anak pak cik sis tiga orang dan tiga-tiga perempuan. tapi perangai tak payah cakap lah ganas giler. ada ke dia orang ni main cakar-cakar segala kalau gaduh. adoi, memang tak tahan lah nak menjaga. tengah main-main segala sekali budak sorang ni tarik tangan sis pergi kat ruang tamu yang besar tu. *susah nak cerita ruang tamu ke berapa sebab besar sangat rumah atuk aku ni. dia tunjuk kat atas. sis pon tengok lah. ok, tak ada apa. kenapa pulak budak ni tunjuk atas kan. sekali dia tanya "kak, kaki siapa atas tu..?". haha. *mampus aku. tapi masa tu sis tak berapa takut sangat sebab bagi sis budak-budak je boleh nampak benda-benda tu kan. sis pon wat lek wat peace je lah. petang tu pergi makan kenduri dekat pasir panjang. memang panas sangat terasa bahang. tapi diam je lah sebab Malaysia ni kan memang panas. kalau nak sejuk duduk Amerika lah. haha.
breakfast untuk hari ahad memang best. wah, makanan banyak giler. kalau nak makan pon makan je berapa banyak perut nak. sis melantak 2 bungkus nasi lemak dengan 3 keping roti canai. *aku memang kuat makan. tapi tu pon tak rasa kenyang lagi. memang tak tahu lah perut sis ni jenis apa. tengah hari pulak pergi majlis kahwin sepupu mama. baju pengantin tu lawa kot. nak cakap pink tak berapa pink macam pink campur purple sikit. ahh, lantak lah siapa kisah warna baju tu janji as what i tell u just now the baju is so amazing lah. pelamin tak berapa lawa sangat. hikhik. masa ketibaan pengantin lelaki sis pon keluar rumah. menjengah sikit. sekali nampak masita. mula-mula sis diam je sebab betul ke tak yang ni masita. kalau terus lambai + tegur semua takut salah orang je. tak ke malu + segan nanti. lepas tu dia lambai sis. sah dalam hati sis ni memang betul-betul masita. serious terkejut boleh jumpa dia kat situ. then borak lah sekejap dia tanya "belah kau ni siapa yang kahwin". *ayat lebih kurang macam tu lah sebab dah tak ingat. then sis pon jawablah "yang kahwin ni sepupu mak aku". sebelum tu lupa cakap yang sis belah perempuan. masita pulak belah lelaki. masita pulak cakap "yang kawin ni abang sepupu aku". hahaha. sedara lah kami berdua sekarang. tak sangka dapat sedara satu sekolah. ni cerita semasa kat kampung. nantikan cerita selepas dari kampung pulak lepas ni. haha. bye. *_* Last blogged @ 01:46
hari jumaat lepas kan, ada sambutan hari guru sekolah sis kan. nak kata seronok sangat kan tak ada lah sangat kan. biasa-biasa je kan. sis bagi 4/10 je markah kan. sebab memang boring. tak sampai hati nak cakap boring sebenarnya kan sebab tu sis sekadar cakap tak ada lah seronok sangat. haha. jahatkah aku..? ok, tak ada lah jahat sangat. just luahkan apa yang terpendam it's not sin right. back to the story. sebab apa tak seronok..? mak aih, persembahan dia sumpah lah cakap kalau budak sekolah rendah tengok sah mereka akan cakap "ni persembahan untuk budak tadika lah kak". haha. tak payah cerita lah persembahan yang ada. memang apa ado lah jawabnya. stop for introduction.
petang pulak plan balik kampung. ok lah kemas baju semua zup zap zup zap. kawan-kawan sis pulak plan nak melawat aida. sis dah beriya lah sebab dah lama tak tengok muka dia. sumpah rindu sangat. piah cakap ayah dia free so ayah dia boleh hantarkan. tapi maklumlah kan hari jumaat, ayah dia kena sembahyang dulu. so masa macam tak banyak je. boleh ke nak pergi melawat ni..? tengah fikir segala sekali mama cakap "tak payah pergi lah. nanti kau lambat balik dah tak boleh balik kampung". dengan perasaan hampa sis pon mengeluh "alaa". jadi rosak lah plan nak pergi melawat jumaat tu. sis suruh dia orang je pergi but piah cakap tunggu sis balik daripada kampung. kita pergi melawat sama-sama. so ok lah. sis nak tinggal kat rumah pon tak berani. jiran semua tak ada. nak duduk sorang-sorang dengan jiran antarabangsa ni..? memang tak lah wei.
otw ke kampung masa tu lebih kurang 5:45 so ambik adik dari sekolah agama terus gerak semua lah. bayangkan bau dalam kereta tu. ow yeah. memang wangi. dengan peluh budak lelaki. iyeks. *tak tahan betul aku time tu. tapi terpaksa tahan je lah. sampai kampung lebih kurang pukul 7 lebih. sembahyang maghrib mandi-mandi semua lepas tu makan. malam tu makan sate mak cik sis buat. memang sedaplah. nak nak bila perut memang lapar dah. time yang paling sis tak suka kena pulak menghadap muka orang tua tu sambil makan. *ergh, meluat pulak aku. sis pon pandang pinggan je lah. dalam hati "aih sate, cantik jugak kau ni sebenarnya". haha. banyak jugak sis makan malam tu. memang tak ingat dunia sampaikan kena perli dengan pak cik sis. "ingat tandas jauh". huhu. ok, teringat sekejap lepas tu melantak balik. maklum lah kan rumah kampung edisi dulu-dulu punya. tak macam kampung-kampung korang tu. kampung sis kalau nak ke tandas kena jalan 100 meter dulu. tak ke jenuh. kalau dulu lagi lah kena bawak air sendiri. baru-baru ni dah di upgrade oleh pak cik sis tu dia lah yang letak paip kat tandas tu. wow, memang hebat dah facility sekarang. ini cerita untuk hari jumaat. nak tahu cerita hari sabtu dan ahad..? tunggu. cehh, macam ada orang nak tahu je. *jangan perasan lah kau budak. ok, bye. *_*
Thursday, 24 May 2012
Last blogged @ 14:50
assalamualaikum semua. korang sihat tak hari ni..? kalau tak sihat cepat-cepat lah makan ubat ye. sis hari ni terlebih sihat walaupon pagi tadi sakit sikit. sakit sebab exam. sekarang ni dah ok dah sebab exam dah pon tamat. boleh lah suka-suka sekarang. nanti naik sekolah lepas cuti ni sah berduka. alasan result tak memuaskan. tapi harap-harap result sis tak macam tu lah. sis yakin result sis semua bagus-bagus belaka. *ow yeah. kita kan kenalah berfikiran positif barulah semua berjalan seperti biasa seperti yang kita harapkan. harapnya begitulah. post sis hari ni bertajuk... *tengok lah atas tu. malas sokmo. dah baca title baru lah boleh faham apa yang sis nak cerita hari ni. baca pulak bawah. siapa yang malas baca sis jolok mata dia letak depan skrin komputer dia. nak ke..?
hari ni macam yang sis cerita malam tadi exam paper math dan lain-lain. sis fokus kan cerita dekat paper math je sebab time exam ni tengah berjalan sis angin dengan sorang makhluk Allah ni yang tak reti-reti etika masa jawab exam. biasalah kan masa jawab math agak-agak masa lebih kurang 5 minit tamat tengah suntuk nak jawab ni mesti lah kita menggelabah sikit nak nak bila banyak lagi soalan yang tak dapat jawab. then makhluk Allah ni boleh pulak dia pergi dekat meja sis letak paper dia atas meja dah prepare nak tiru jawapan sis. *angin lah aku. nak nak orang yang sis paling benci. aku dah lah benci dekat kau, kau nak tiru pulak jawapan aku. sis pon dengan nada marah tercakap "bangang lah kau". tak sengaja tu cakap bangang. betul sebab dah marah sangat terkeluar perkataan tu. dia pon tak senyap kat situ je. dia balas "ahh, babi lah kau".
tang ni lah yang sis betul-betul tak boleh tahan so sis balas balik "kau lah babi nak tiru jawapan aku. babi." berapa banyak babi tu. Astaghfirullah-al-azim. ye lah kita dah lah menggelabah nak mengira dengan jawapan tak dapat then dia boleh buat macam tu. sebenarnya kalau kita kusut sangat pon nak jawab math tu tak boleh lah cakap perkataan tu kan. tapi sis tak tahan. even dia yang cakap dulu. haha. sis pon balas lah cakap benda tu 2 kali kat dia. menyampah betul lah sis dengan perangai dia. *kau ingat aku tak berani nak cari gaduh dengan kau even kau lelaki. sorry ok, sis ni bukan sopan-santun, baik hati sangat bila orang buat macam tu sis nak diam je. tujuan sis menuntut keadilan untuk kaum hawa ececeh. sebab dia tu kerja kacau budak perempuan je. mampus lah kau kena dengan aku hari ni. matlamat hidup sis senang je. orang buat baik dengan sis, sis balas baik kalau orang buat jahat, sis balas jahat lah kan. buat apa nak bagi muka. ok lah korang sampai sini je luahan hati sis. harapnya ini kali yang terakhir sis lepaskan perasaan pasal dia. buat memburukkan blog je tulis perangai dia kat sini kan. ok lah. bye. *_*
Wednesday, 23 May 2012
Last blogged @ 22:56
esok hari apa eh..? berapa hari bulan..? ada apa esok..? *padahal jawapan dah tahu saja buat-buat bangang. tak baik cakap diri sendiri bangang. esok hari khamis bersamaan 24/5/2012 sis dah bebas daripada kurungan peperiksaan pertengahan tahun. hooray. ni baru mid term belum lagi spm. agaknya apa perasaan kalau dah lepas habis spm eh. mesti sis meloncat macam kangaroo yang nak terbang. haha. paper untuk esok perdagangan, pjk dan math kertas 1. antara ketiga-tiga ni yang paling sis takut tak dapat jawab pjk lah. selalu memang subjek ni lah yang sis tak dapat A dan merosakkan keseluruhan markah sebab dapat markah yang tak cantik. erti kata lain tak berapa lawa lah.
apa-apa hal pon esok untuk kertas math sis harap dapat buat dan dapat markah penuh lah. untuk back up kertas 2 yang super susah tu. actually cikgu saja buat soalan yang menguji minda mengalahkan soalan spm. serious sis cakap. tapi tak pe soalan yang menguji minda ni lah yang buat kita tertanya-tanya macam mana nak buat kan. bila kita tertanya-tanya kita akan lebih berfikir. bila kita berfikir otak kita akan berjalan. bila otak kita berjalan bermakna otak kita akan sihat lah sebab masa ni je lah kita akan gunakan. haha. *agak gempak ayat aku. dah biasa dah sebenarnya buat ayat yang gempak-gempak ni.
tadi cikgu dah tulis markah sains dalam buku rekod cikgu. markah sis memang tak memuaskan. sis tak berapa nak suka dengan markah tu. markah dengan sebelum ni sama je. tak ada perubahan langsung. bukan lah sis mengharapkan perubahan untuk markah tu jatuh ke apa. sis nak kan perubahan markah sis meningkat mendadak. tup tup terus naik 90 peratus ke kan. ni asyik kat gred sama je. markah bulan mac hari tu sis dapat 72 dan kalau ikut skema gred spm B+. masa tu sis terima je markah tu sebab banyak lagi kena korek markah untuk dapatkan 75. sekarang ni pulak sis dapat 74. selepas dikira dihitung dikaji segala lagi 1 markah je nak A-. janji A ok lah tu even bukan A+ tak pe lah sebab sis pon bukan pandai sangat sains. sis nak sangat tengok jawapan yang sis dah buat. nak tengok paper sains sis lah. kot kot boleh dapat lagi 1 markah ke nak cukupkan dapat A. tapi cikgu cakap lepas cuti. tak sabar rasanya nak tengok nak teliti balik kertas tu. apa-apa pon sabar dan tunggu je lah nampaknya lepas cuti sekolah ni. harap-harap dapatlah korek lagi 1 markah. amin. semoga doa sis ni makbul lah kan. mana tahu ada jawapan yang cikgu tak tanda atau tersalah tanda. tak pon cikgu salah kira ke kan. haha. ok lah guys. sis berceloteh sampai sini je. bye. *_*
Saturday, 12 May 2012
Last blogged @ 00:05
sis memang teringin sangat nak menulis sekarang ni. *ambik kau teringin tuh. tapi tak tahu nak start cerita daripada mana. it's ok lah sis start daripada hari isnin bersamaan 7 may 2012. hari isnin tak ada banyak sangat cerita. sepatutnya ada perhimpunan hari tu. *tetiba excited kalau ada perhimpunan. sebelum ni tak kisah pon perhimpunan ke tak. mungkin dah terlalu rindu sangat nak menyanyi lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dengan lagu sekolah kot. haha. excited untuk minggu ni sebab nak tahu siapa menang untuk melukis banner. last friday sis dengan my geng join melukis banner untuk minggu bidang kerjaya. tu yang excited nak tahu sama ada kumpulan sis menang ke tak. tup tup hari tu hujan jadi perhimpunan pon dibatalkan. hari selasa pon tak ada banyak sangat cerita nak share. so sis teruskan dengan hari seterusnya lah. hari rabu datang je sekolah tengah duduk-duduk then masita datang kat sis suruh sis ready untuk ambik hadiah. haha. group sis dapat tempat kedua you know. even first time lukis banner but maybe rezeki kita orang time tu menang. second place pon jadilah. Alhamdulillah. hari tu jugak time sis tengah on the way nak pergi kantin sekali ek eh hensemnya 'abang' form 6 ni. haha. kenalah hormat sikit senior kan. so panggil abang lah. masa terakhir pulak kita orang pergi kelab ict. masa ni ada something berlaku. awalnya sis tak perasan then sis buat endah tak endah je lah. sekali masa balik semua kerja sis dalam pendrive tak boleh bukak. serta merta scan lah pendrive tu. apa lagi 30 virus detected. *mampus pendrive aku. time ni sis dah nak menangis dah. geram pon ada dengan komputer sekolah tu. tapi apa yang boleh sis buat lagi kan. terpaksa redha je lah perkara dah berlaku. tak dapat nak cegah lagi dah. hari khamis pulak sis macam tak hidup je dalam kelas tu. haha. mungkin sebab stress semalam pendrive kena virus so macam diam je lah hari khamis ni. tapi memang dah bercadang nak buat kerja khianat kat komputer yang ada virus tu. sekali tak jadi pulak sebab nak balik cepat. *time masuk lab komputer memang time lepas sekolah je. seterusnya hari jumaat pulak [hari ni lah] ada exam bi kertas 2. sis tak sempat buat bahagian continuos writing. sis kehilangan idea. tak dapat nak fikir apa-apa sebab otak dah set sebagai blank. bila cikgu cakap lagi 5 minit apa lagi menggelabah lah. korang mesti tahu kan perasaan nye macam mana. habis sudah cerita kat sekolah. petang tadi masa sis tengah tidur insyira call cakap aida kritikal dan dia ada kat icu hospital kuala lumpur. sis menangis tak henti bila dapat berita macam tu. then message kakak dia tanya macam-macam. kakak dia pon cerita lah daripada A sampai Z. sis cadang nak melawat dia tapi tak ada orang boleh tolong hantarkan even esok sis kena balik kampung. tak boleh tinggal kat rumah sorang-sorang bahaya untuk gadis bawah umur. sampai sini je lah kot cerita hari ni. disebabkan nak sangat menulis terus combine semua jadi satu. pandai-pandai lah korang nak baca macam mana. ok lah. bye dan selamat tidur. *_*
Sunday, 6 May 2012
Last blogged @ 13:19
hari ni sis nak ajar korang satu lagi benda mengenai powerpoint. untuk murid ict manfaatkan lah apa yang sis ajar ni ok. even ada yang tahu tapi bagi yang tak tahu baca betul-betul post ni. kalau masih lagi kurang jelas boleh lah komen kat shoutbox sis. tutorial hari ni untuk buat interactive. contoh pada learning area multimedia kat aspek LA4.SO8.1. cepat check borang tu then korang tengok kat no 5 bahagian interface. *kalau gambar kurang besar tekan je gambar tu.
interactive di sini means korang kena buat satu soalan beserta jawapan then apabila jawapan yang betul ditekan akan mengeluarkan bunyi seperti bunyi tepuk tangan dan lain-lainlah. faham tak apa yang sis explain kan ni..? ok sis tunjuk cara sikit mungkin korang akan faham nanti apa yang sis nak ajar hari ni. tengok gambar kat bawah.
firstly, korang buatlah satu soalan based on powerpoint korang. kalau korang buat pasal tempat-tempat menarik di malaysia buatlah soalan yang sesuai pasal tu. lepas korang dah siap buat soalan semua then korang link kan jawapan Ya tu. lepas tu korang tekan insert dan tekan action as what sis dah bold kan warna merah tu. dia akan keluar pulak mouse click macam gambar kat bawah ni.
lepas tu korang tekan yang sis bold kan warna biru tu. tekan play sound tu. kalau jawapan bagi soalan korang tu misalnya jawapan yang betul adalah Ya so kita akan buat bunyi tepuk tangan. kalau korang nak buat bunyi tepuk tangan tu pilih sound applause. untuk jawapn Tidak tu pon korang buat lah bunyi yang menunjukkan jawapan tu salah. macam tu je lah. ringkas kan. tapi tak tahu lah korang faham ke tak. kalau ada soalan macam yang sis cakap tadi komen kat shoutbox tau. bye. *_* Last blogged @ 12:29
an empty street, an empty house
a hole inside my heart
i'm all alone, the rooms are getting smaller.
i wonder how, i wonder why, i wonder where they are
the days we had, the songs we sang together [oh yeah]
and all my love, i'm holding on forever
reaching for the love that seems so far
[chorus]
so i say a little prayer
and hope my dreams will take me there
where the skies are blue, to see you once again.. my love
overseas from coast to coast
to find the place i love the most
where the fields are green, to see you once again.. my love
i try to read, i go to work
i'm laughing with my friends
but i can't stop to keep myself from thinking.. [oh no]
i wonder how, i wonder why, i wonder where they are
the days we had, the songs we sang together.. [oh yeah]
and all my love, i'm holding forever
reaching for the love that seems so far
[chorus]
to hold you in my arms
to promise you my love
to tell you from the heart
you're all i'm thinking of
reaching for the love that seems so far
[chorus]
say it in a prayer [my sweet love]
dreams will take it there
where the skies are blue
to see you once again.. [oh my love]
overseas from coast to coast
to find the place i love the most
where the fields are green, to see you ance again.. my love *_* Last blogged @ 11:53
assalamualaikum semua. introduction hari ni sis nak mulakan dengan kenangan lama sis sebelum sis cerita tentang tajuk yang atas tu. ceritanya bermula di sini. semalam sis dengar lagu syok-syok then terbuka lagu westlife. serious sis rasa macam kembali pada zaman tingkatan 2. westlife ni sebenarnya piah lah yang kenalkan kat sis. and kitaorang [piah, sis, syafiqah] selalu berkaraoke lagu ni kat rumah piah. dulu memang sis rajin pergi rumah piah. sekarang pon apa kurangnya. tapi bila naik tingkatan 3 semua macam tak bertegur je. masing-masing dengan haluan sendiri. sebab sorang duduk utara sorang lagi duduk selatan. sekarang bila dah satu kelas balik start tingkatan 4 boleh lah mula balik westlife ni. sis nak cerita lah kat piah this monday. tak tahu dia ingat lagi ke tak.
ok berbalik kepada topik kita hari ni. sis bukan nak bercerita pasal lawaskan membuang air kecik tetapi air besar. kat dalam ni kita gunakan ayat yang lebih berbudi bahasa sikit lah ye. tak nak lah guna istilah b----. macam tak senonoh sangat. haha. kat malaysia ni mesti ada orang yang mempunyai masalah pasal benda ni betul tak..? *angguk je lah. mustahil kalau tak ada. baru-baru ni sis dapat satu penyelesaian daripada masalah ni sebab sis pon terkena jugak. selama seminggu kot sis tak membuang. penyelesaiannya sangat lah mudah tanpa makan ubat pon. haha. penawar bagi penyakit ni bila kita makan tak pahit. rasanya teramat lah sedap. kalau nak tahu penawarnya bacalah blog sis untuk post seterusnya. haha. *mampus aku kalau kena serang lepas ni. penawar untuk lawaskan membuang ni kita makan pizza. tahu tak pizza tu apa..? makanan orang putih tu lah. sebab apa sis cakap macam tu..? sebabnya pizza tu kan ada cheese kan. cuba teka apa function cheese. ha, cheese ni dapat membuatkan orang cirit-birit sebenarnya. kalau nak test pizza tu kena lah letak extra cheese. makin menjadi lah nak membuang. haha. kalau tak nak pizza pon makan burger dengan mayonis. mayonis tu kalau boleh letak satu botol. tak nak lagi burger makan cheesedale dengan roti. dan roti satu keping tu letak dalam 5 keping cheesedale. sah lepas tu tak akan ada masalah untuk membuang. haha. this article just joking ha. tapi tak salah kalau kita cuba dulu sebelum jumpa doktor. kalau jumpa doktor mesti doktor bagi ubat pahit-pahit. kira untung apa sis suruh makan makanan sedap-sedap kan. ok lah. nak sambung buat kerja. bye guys. have a nice day today. and jangan lupa ulangkaji untuk midterm. selamat bejaya. *_*
Wednesday, 2 May 2012
Last blogged @ 23:58
tadi sis tengah cari gambar yang senang untuk dilukis sempena minggu bidang kerjaya. sis join pertandingan melukis banner sebab tu sis kena prepare cari gambar yang sis boleh lukis. then tengah cari gambar semua tu terbuka pulak info pasal psikologi. apa lagi terus sis baca sebab sis memang minat and cita-cita sis nak jadi psychologist. dah tu sis baca satu artikel ni yang berbunyi:
Perlu ramai pakar psikologi, psikiatrik KUALA LUMPUR 4 Feb. - Malaysia memerlukan kira-kira 10 hingga 20 peratus lagi pakar psikologi dan psikiatri dengan segera bagi mengatasi masalah gangguan mental yang dilihat semakin serius. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, meskipun setiap hospital disediakan dengan pakar psikiatri, namun bilangan itu masih dilihat tidak mampu untuk menangani kes yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Beliau memberitahu, untuk menangani masalah itu, kementeriannya telah mengambil beberapa langkah termasuk mewujudkan Majlis Penasihat Tekanan Emosi yang dianggotai oleh pakar-pakar psikologi dan psikiatri. "Majlis itu dipertanggungjawabkan untuk mengkaji, menganalisis serta mencari formula terbaik untuk menangani masalah gangguan emosi yang kini dilihat sebagai satu isu besar," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini, hari ini. Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr. Abdul Kadir Abu Bakar berkata, statistik itu satu angka yang tinggi kerana menunjukkan seorang daripada enam rakyat negara ini ada penyakit mental. Tambah Tiong Lai, buat masa ini kementeriannya sedang mengendalikan pelbagai kempen dan sebagai peringkat permulaan, ia akan dimulakan dari peringkat sekolah. Katanya, dalam kebanyakan kes, seseorang itu berdepan dengan masalah tekanan mental kerana mereka tidak tahu cara untuk menangani masalah tersebut. look at the article. haha. dengan kadar segera tu. aiyo, please lah tunggu lagi setahun je after that insyaAllah dengan kehadiran sis ni akan bertambahlah bilangan pakar psikologi yang berbakat mengatasi masalah mental. haha. ok lah guys, hope sesiapa yang mempunyai minat macam sis ni bolehlah kita share-share. sharing is caring. nite. *_*
Tuesday, 1 May 2012
Last blogged @ 13:11
hari ni cuti sekolah sempena hari buruh. eh, hari buruh ke hari pekerja..? kalau istilah ekonomi sama je lah 2 tu kot. ok bukan tu sebenarnya yang sis nak cerita. haha. sis nak cerita yang budak-budak sekolah yang turut diberi cuti ni hari ni mesti bersosial je kerja korang kan. bukan bersosial yang pergi clubing tu. bersosial di laman sosial. and again bukan tu juga yang sis nak cerita. sis hari ni as usual nak share something untuk tambahkan pengetahuan korang-korang tu. macam biasa topik form 5 lah yang sis nak share. tapi hari ni bukan subjek sejarah sebab hari tu kan sis dah share pasal sejarah sikit. hari ni kita buatlah pulak pasal pendidikan islam. salah satu subjek kegemaran sis juga ni. haha. *konon je aku. sis memang suka pendidikan islam sebab senang nak skor untuk A tapi kalau time belajar subjek ni mulut mestilah nak bercakap. ustazah cerita kat depan sis pon apa lagi bercerita juga dengan kawan sebelah. tak sedar diri yang orang sebelah tu markah agama dia lagi tinggi dari kita. masih lagi nak main-main. haha. ok baca betul-betul siapakah ibnu sina.
ibnu sina riwayat hidup nama penuh: Husin bin Abdullah bin Hasan bin Ali bin Sina tarikh lahir/ tempat lahir: 370 hijrah [980m]/ Afshanah Bukhara Turkistan pernah bertugas sebagai pakar perubatan di wilayah Rai dan penasihat agung amir Ala'uddaulah di Esfahan meninggal dunia di Hamazan pada tahun 428 hijrah [1037m] dikenali di barat sebagai Avicenna keperibadian 1- tekun mempelajari ilmu: pernah membaca buku metafizik karangan Aristotle sebanyak 40 kali 2- taat beragama: sering berdoa apabila menghadapi kebuntuan dan juga sering ke masjid 3- pintar: menguasai pelbagai ilmu nakliah ketika berusia 18 tahun 4- inovatif: banyak melakukan penyelidikan dan berkarya pendidikan 1- mula mempelajari al-Quran ketika berusia 5 tahun 2- hafaz al-Quran ketika berusia 10 tahun 3- mempelajari: *ilmu fekah dan tasauf daripada Ismail Azzahid *ilmu hisab dan geometri daripada Mohd Al-Masah *ilmu falsafah daripada Abu Abdullah AnNatali *ilmu sains dan astronomi daripada Al-Biruni 4- menguasai ilmu perubatan ketika berusia 16 tahun ketokohan dalam bidang perubatan 1- penemuan penyakit baru dan puncanya 2- membangunkan teknologi perubatan 3- penemuan dalam bidang farmasi pencapaian dalam bidang perubatan 1- penemuan penyakit baru dan puncanya -pengaruh kuman dalam penyakit -jangkitan virus seperti TB -penyakit seperti rubella, alahan, cacar, penyakit jiwa dan seumpamanya 2- penemuan dalam bidang farmasi -menghasilkan ubat dan perskripsi yang mujarab untuk pelbagai penyakit -ubat bius 3- membangunkan teknologi perubatan -mencipta benang jahit luka pembedahan -picagari kesan peninggalan dalam bidang perubatan -memperolehi kaedah perubatan baru -lahir ilmu perubatan moden -mempengaruhi perkembangan pendidikan di Malaysia -ilmu perubatan berkembang maju sumbangan dalam bidang ilmu dan perubatan -menghasilkan 116 karya dalam pelbagai bidang ilmu [falsafah, mantik, matematik, astronomi, kimia, fizik, biologi, sains, politik. kesemuanya dihimpun dan diterjemah dalam bahasa arab yang dikenali sebagai muallafat ibnu sina] -namanya diabadikan di sebuah institusi pendidikan di hungary yang dinamakan avicenna college -karya beliau yang terkenal Qanun Fi Tibb. *_* |
PROFILE
http://love-or-friends.blogspot.com/Hazirah Halim Yatim | Female | Malaysian | Seventeen/2012 | 14/11/199? | SPM candidate | Be thankful for who you are because there is someone out there who wishes to be someone like you...Peace no war :D ARCHIVES
June 2011
July 2011
August 2011
September 2011
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
March 2012
April 2012
May 2012
June 2012
July 2012
August 2012
September 2012
October 2012
November 2012
December 2012
January 2013 CREDITS
©2009 ElinaLyana. All rights reserved. |