Between LOVE+FRIENDS... Who will be chosen first!
Everything starts from here...
Saturday, 12 May 2012
Last blogged @ 00:05

sis memang teringin sangat nak menulis sekarang ni. *ambik kau teringin tuh. tapi tak tahu nak start cerita daripada mana. it's ok lah sis start daripada hari isnin bersamaan 7 may 2012. hari isnin tak ada banyak sangat cerita. sepatutnya ada perhimpunan hari tu. *tetiba excited kalau ada perhimpunan. sebelum ni tak kisah pon perhimpunan ke tak. mungkin dah terlalu rindu sangat nak menyanyi lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dengan lagu sekolah kot. haha. excited untuk minggu ni sebab nak tahu siapa menang untuk melukis banner. last friday sis dengan my geng join melukis banner untuk minggu bidang kerjaya. tu yang excited nak tahu sama ada kumpulan sis menang ke tak. tup tup hari tu hujan jadi perhimpunan pon dibatalkan.

hari selasa pon tak ada banyak sangat cerita nak share. so sis teruskan dengan hari seterusnya lah.

hari rabu datang je sekolah tengah duduk-duduk then masita datang kat sis suruh sis ready untuk ambik hadiah. haha. group sis dapat tempat kedua you know. even first time lukis banner but maybe rezeki kita orang time tu menang. second place pon jadilah. Alhamdulillah. hari tu jugak time sis tengah on the way nak pergi kantin sekali ek eh hensemnya 'abang' form 6 ni. haha. kenalah hormat sikit senior kan. so panggil abang lah. masa terakhir pulak kita orang pergi kelab ict. masa ni ada something berlaku. awalnya sis tak perasan then sis buat endah tak endah je lah. sekali masa balik semua kerja sis dalam pendrive tak boleh bukak. serta merta scan lah pendrive tu. apa lagi 30 virus detected. *mampus pendrive aku. time ni sis dah nak menangis dah. geram pon ada dengan komputer sekolah tu. tapi apa yang boleh sis buat lagi kan. terpaksa redha je lah perkara dah berlaku. tak dapat nak cegah lagi dah.

hari khamis pulak sis macam tak hidup je dalam kelas tu. haha. mungkin sebab stress semalam pendrive kena virus so macam diam je lah hari khamis ni. tapi memang dah bercadang nak buat kerja khianat kat komputer yang ada virus tu. sekali tak jadi pulak sebab nak balik cepat. *time masuk lab komputer memang time lepas sekolah je.

seterusnya hari jumaat pulak [hari ni lah] ada exam bi kertas 2. sis tak sempat buat bahagian continuos writing. sis kehilangan idea. tak dapat nak fikir apa-apa sebab otak dah set sebagai blank. bila cikgu cakap lagi 5 minit apa lagi menggelabah lah. korang mesti tahu kan perasaan nye macam mana. habis sudah cerita kat sekolah. petang tadi masa sis tengah tidur insyira call cakap aida kritikal dan dia ada kat icu hospital kuala lumpur. sis menangis tak henti bila dapat berita macam tu. then message kakak dia tanya macam-macam. kakak dia pon cerita lah daripada A sampai Z. sis cadang nak melawat dia tapi tak ada orang boleh tolong hantarkan even esok sis kena balik kampung. tak boleh tinggal kat rumah sorang-sorang bahaya untuk gadis bawah umur. sampai sini je lah kot cerita hari ni. disebabkan nak sangat menulis terus combine semua jadi satu. pandai-pandai lah korang nak baca macam mana. ok lah. bye dan selamat tidur. *_*


PROFILE
http://love-or-friends.blogspot.com/
Hazirah Halim Yatim | Female | Malaysian | Seventeen/2012 | 14/11/199? | SPM candidate | Be thankful for who you are because there is someone out there who wishes to be someone like you...Peace no war :D

ARCHIVES
June 2011 July 2011 August 2011 September 2011 October 2011 November 2011 December 2011 January 2012 February 2012 March 2012 April 2012 May 2012 June 2012 July 2012 August 2012 September 2012 October 2012 November 2012 December 2012 January 2013

CREDITS
©2009 ElinaLyana. All rights reserved.