Between LOVE+FRIENDS... Who will be chosen first!
Everything starts from here...
Wednesday, 23 May 2012
Last blogged @ 22:56

esok hari apa eh..? berapa hari bulan..? ada apa esok..? *padahal jawapan dah tahu saja buat-buat bangang. tak baik cakap diri sendiri bangang. esok hari khamis bersamaan 24/5/2012 sis dah bebas daripada kurungan peperiksaan pertengahan tahun. hooray. ni baru mid term belum lagi spm. agaknya apa perasaan kalau dah lepas habis spm eh. mesti sis meloncat macam kangaroo yang nak terbang. haha. paper untuk esok perdagangan, pjk dan math kertas 1. antara ketiga-tiga ni yang paling sis takut tak dapat jawab pjk lah. selalu memang subjek ni lah yang sis tak dapat A dan merosakkan keseluruhan markah sebab dapat markah yang tak cantik. erti kata lain tak berapa lawa lah.

apa-apa hal pon esok untuk kertas math sis harap dapat buat dan dapat markah penuh lah. untuk back up kertas 2 yang super susah tu. actually cikgu saja buat soalan yang menguji minda mengalahkan soalan spm. serious sis cakap. tapi tak pe soalan yang menguji minda ni lah yang buat kita tertanya-tanya macam mana nak buat kan. bila kita tertanya-tanya kita akan lebih berfikir. bila kita berfikir otak kita akan berjalan. bila otak kita berjalan bermakna otak kita akan sihat lah sebab masa ni je lah kita akan gunakan. haha. *agak gempak ayat aku. dah biasa dah sebenarnya buat ayat yang gempak-gempak ni.

tadi cikgu dah tulis markah sains dalam buku rekod cikgu. markah sis memang tak memuaskan. sis tak berapa nak suka dengan markah tu. markah dengan sebelum ni sama je. tak ada perubahan langsung. bukan lah sis mengharapkan perubahan untuk markah tu jatuh ke apa. sis nak kan perubahan markah sis meningkat mendadak. tup tup terus naik 90 peratus ke kan. ni asyik kat gred sama je. markah bulan mac hari tu sis dapat 72 dan kalau ikut skema gred spm B+. masa tu sis terima je markah tu sebab banyak lagi kena korek markah untuk dapatkan 75. sekarang ni pulak sis dapat 74. selepas dikira dihitung dikaji segala lagi 1 markah je nak A-. janji A ok lah tu even bukan A+ tak pe lah sebab sis pon bukan pandai sangat sains. sis nak sangat tengok jawapan yang sis dah buat. nak tengok paper sains sis lah. kot kot boleh dapat lagi 1 markah ke nak cukupkan dapat A. tapi cikgu cakap lepas cuti. tak sabar rasanya nak tengok nak teliti balik kertas tu. apa-apa pon sabar dan tunggu je lah nampaknya lepas cuti sekolah ni. harap-harap dapatlah korek lagi 1 markah. amin. semoga doa sis ni makbul lah kan. mana tahu ada jawapan yang cikgu tak tanda atau tersalah tanda. tak pon cikgu salah kira ke kan. haha. ok lah guys. sis berceloteh sampai sini je. bye. *_*


PROFILE
http://love-or-friends.blogspot.com/
Hazirah Halim Yatim | Female | Malaysian | Seventeen/2012 | 14/11/199? | SPM candidate | Be thankful for who you are because there is someone out there who wishes to be someone like you...Peace no war :D

ARCHIVES
June 2011 July 2011 August 2011 September 2011 October 2011 November 2011 December 2011 January 2012 February 2012 March 2012 April 2012 May 2012 June 2012 July 2012 August 2012 September 2012 October 2012 November 2012 December 2012 January 2013

CREDITS
©2009 ElinaLyana. All rights reserved.