Between LOVE+FRIENDS... Who will be chosen first!
Everything starts from here...
Wednesday, 2 May 2012
Last blogged @ 23:58

tadi sis tengah cari gambar yang senang untuk dilukis sempena minggu bidang kerjaya. sis join pertandingan melukis banner sebab tu sis kena prepare cari gambar yang sis boleh lukis. then tengah cari gambar semua tu terbuka pulak info pasal psikologi. apa lagi terus sis baca sebab sis memang minat and cita-cita sis nak jadi psychologist. dah tu sis baca satu artikel ni yang berbunyi:


Perlu ramai pakar psikologi, psikiatrik
KUALA LUMPUR 4 Feb. - Malaysia memerlukan kira-kira 10 hingga 20 peratus lagi pakar psikologi dan psikiatri dengan segera bagi mengatasi masalah gangguan mental yang dilihat semakin serius. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, meskipun setiap hospital disediakan dengan pakar psikiatri, namun bilangan itu masih dilihat tidak mampu untuk menangani kes yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Beliau memberitahu, untuk menangani masalah itu, kementeriannya telah mengambil beberapa langkah termasuk mewujudkan Majlis Penasihat Tekanan Emosi yang dianggotai oleh pakar-pakar psikologi dan psikiatri. "Majlis itu dipertanggungjawabkan untuk mengkaji, menganalisis serta mencari formula terbaik untuk menangani masalah gangguan emosi yang kini dilihat sebagai satu isu besar," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr. Abdul Kadir Abu Bakar berkata, statistik itu satu angka yang tinggi kerana menunjukkan seorang daripada enam rakyat negara ini ada penyakit mental.
Tambah Tiong Lai, buat masa ini kementeriannya sedang mengendalikan pelbagai kempen dan sebagai peringkat permulaan, ia akan dimulakan dari peringkat sekolah. Katanya, dalam kebanyakan kes, seseorang itu berdepan dengan masalah tekanan mental kerana mereka tidak tahu cara untuk menangani masalah tersebut.


look at the article. haha. dengan kadar segera tu. aiyo, please lah tunggu lagi setahun je after that insyaAllah dengan kehadiran sis ni akan bertambahlah bilangan pakar psikologi yang berbakat mengatasi masalah mental. haha. ok lah guys, hope sesiapa yang mempunyai minat macam sis ni bolehlah kita share-share. sharing is caring. nite. *_*


PROFILE
http://love-or-friends.blogspot.com/
Hazirah Halim Yatim | Female | Malaysian | Seventeen/2012 | 14/11/199? | SPM candidate | Be thankful for who you are because there is someone out there who wishes to be someone like you...Peace no war :D

ARCHIVES
June 2011 July 2011 August 2011 September 2011 October 2011 November 2011 December 2011 January 2012 February 2012 March 2012 April 2012 May 2012 June 2012 July 2012 August 2012 September 2012 October 2012 November 2012 December 2012 January 2013

CREDITS
©2009 ElinaLyana. All rights reserved.