Between LOVE+FRIENDS... Who will be chosen first!
Everything starts from here...
Tuesday, 29 May 2012
Last blogged @ 13:04

assalamualaikum dan selamat pagi semua. seperti mana yang sis cakap dalam post sis sebelum ni, ada sambungan untuk cerita balik kampung hari tu. *ada jugak orang buat continuous writing kat sini kan. sis tak nak cakap banyak sis nak teruskan bercerita je lah eh. sampai mana semalam..? ok, jumaat malam sabtu tu temankan mama pergi basuh baju sekolah adik lebih kurang pukul 8 kat bawah rumah atuk. time tu mama suruh ambik beg sekolah adik dalam kereta sambil-sambil mama tengah basuh baju lah. masa tu mama dalam bilik air then sis check beg adik dalam kereta beg dia tak ada. so, ok lah mungkin dia dah bawak naik rumah ke apa kan. sekali tutup lah pintu kereta and duduk bawah rumah atuk tu. *mama basuh baju lama lagi kot masa tu. sekali sis toleh dalam kereta lampu nyala. alamak, sis dah seram takut semua ada lah. dengan berani sis pon check lah balik pintu kereta tu gedebang empat-empat pintu. dah rapat lah tu. *sebab memang sis tutup kuat. sekali nyala lagi. sis tengok betul-betul apa dalam kereta tu sebab lampu dalam nyala mana lah tahu ada benda dalam tu ke. memang macam-macam sis fikir sekali lampu tu mati sendiri. dah apa ke hal dengan lampu tu sis pon tak tahu. suka sangat menakutkan orang. dalam fikiran sis entah-entah ada hantu sendal pintu kereta tu guna kaki sebab tu lampu dalam masih bernyala. haha. *aku memang suka fikir bukan-bukan. 

hari sabtu pulak pak cik sis yang tentera tu sampai rumah atuk. main-main dengan anak dia memang lah memenatkan. anak pak cik sis tiga orang dan tiga-tiga perempuan. tapi perangai tak payah cakap lah ganas giler. ada ke dia orang ni main cakar-cakar segala kalau gaduh. adoi, memang tak tahan lah nak menjaga. tengah main-main segala sekali budak sorang ni tarik tangan sis pergi kat ruang tamu yang besar tu. *susah nak cerita ruang tamu ke berapa sebab besar sangat rumah atuk aku ni. dia tunjuk kat atas. sis pon tengok lah. ok, tak ada apa. kenapa pulak budak ni tunjuk atas kan. sekali dia tanya "kak, kaki siapa atas tu..?". haha. *mampus aku. tapi masa tu sis tak berapa takut sangat sebab bagi sis budak-budak je boleh nampak benda-benda tu kan. sis pon wat lek wat peace je lah. petang tu pergi makan kenduri dekat pasir panjang. memang panas sangat terasa bahang. tapi diam je lah sebab Malaysia ni kan memang panas. kalau nak sejuk duduk Amerika lah. haha. 

breakfast untuk hari ahad memang best. wah, makanan banyak giler. kalau nak makan pon makan je berapa banyak perut nak. sis melantak 2 bungkus nasi lemak dengan 3 keping roti canai. *aku memang kuat makan. tapi tu pon tak rasa kenyang lagi. memang tak tahu lah perut sis ni jenis apa. tengah hari pulak pergi majlis kahwin sepupu mama. baju pengantin tu lawa kot. nak cakap pink tak berapa pink macam pink campur purple sikit. ahh, lantak lah siapa kisah warna baju tu janji as what i tell u just now the baju is so amazing lah. pelamin tak berapa lawa sangat. hikhik. masa ketibaan pengantin lelaki sis pon keluar rumah. menjengah sikit. sekali nampak masita. mula-mula sis diam je sebab betul ke tak yang ni masita. kalau terus lambai + tegur semua takut salah orang je. tak ke malu + segan nanti. lepas tu dia lambai sis. sah dalam hati sis ni memang betul-betul masita. serious terkejut boleh jumpa dia kat situ. then borak lah sekejap dia tanya "belah kau ni siapa yang kahwin". *ayat lebih kurang macam tu lah sebab dah tak ingat. then sis pon jawablah "yang kahwin ni sepupu mak aku". sebelum tu lupa cakap yang sis belah perempuan. masita pulak belah lelaki. masita pulak cakap "yang kawin ni abang sepupu aku". hahaha. sedara lah kami berdua sekarang. tak sangka dapat sedara satu sekolah. ni cerita semasa kat kampung. nantikan cerita selepas dari kampung pulak lepas ni. haha. bye. *_*


PROFILE
http://love-or-friends.blogspot.com/
Hazirah Halim Yatim | Female | Malaysian | Seventeen/2012 | 14/11/199? | SPM candidate | Be thankful for who you are because there is someone out there who wishes to be someone like you...Peace no war :D

ARCHIVES
June 2011 July 2011 August 2011 September 2011 October 2011 November 2011 December 2011 January 2012 February 2012 March 2012 April 2012 May 2012 June 2012 July 2012 August 2012 September 2012 October 2012 November 2012 December 2012 January 2013

CREDITS
©2009 ElinaLyana. All rights reserved.