Between LOVE+FRIENDS... Who will be chosen first!
Everything starts from here...
Saturday, 30 June 2012
Last blogged @ 23:48

lepas pergi tempat honey bee tu pergi pulak kat kea farm tak salah. lebih kurang macam pasar malam jugak tapi ni siang. haha. pasar ni pelik sikit #bagi sis lah. selama pasar yang sis pergi kiri kanan orang jual tak pernah sis nampak sebelah tengah tu kenderaan lalu. betul-betul dekat dengan kitorang yang nak membeli ni. pelik sangat lah tu bagi sis. tak ada apa nak cerita kat kea farm ni tapi ada satu cerita yang menarik lah. pasal fitrah. tak sangka pulak kat kea farm tu dia boleh berbelanja sakan. tengok gambar dia.


bukan main lama dia memilih sayur-sayur tu. masa dia tengah memilih tu sis, azian dengan fatinatul kutuk dia. sis cakap 'balik annti mesti mak piah cakap mak sayang piah'. sebab dah beli banyak sayur-sayur untuk mak dia. saja je memerli budak sorang tu #kesian piah. haha. lepas tu destinasi terakhir kita ialah bharat tea. di sini ada incident yang sangat memalukan. boleh pulak sandal piah yang sis pakai tu tercabut. haha. memang cuak lah. nasib piah bawak spare shoes. kalau tak sis tak tahu lah apa nasib sis. malu ow malu. dah lah showba nampak. mana nak letak muka yang penuh nur ni. hehe. 






sandal kat tangan fitrah tu lah sandal yang sis pakai. #menyusahkan orang sandal tu. ada ke fitrah tak nak buang itu benda. buat berat je bawak balik. piah ow piah














anak kedua cikgu zaini. nama dia ezmal. muka serupa dengan cikgu. 


yang baju merah tu anak ketiga cikgu. nama dia amsyar #tak tahu lah ejaan betul ke tak. yang sis sebut itu lah perkataan nye pun.


sampai sini je lah aktiviti yang kitorang lakukan selama berada 2 hari di cameron highland. huh, penat pergi sana penat jugak lah tangan menulis penat jugak lah otak berfikir. ok lah. goodnight to all and sweet dream. your lovely... *_*



Last blogged @ 22:33

sambungan sabtu malam ahad masa kat cameron. sis tak tahu kenapa sis rasa best masa malam ni. lepas pergi pasar malam brinchang tu amalina cakap 'malam ni cikgu suruh turun bawah'. diorang semua suruh bawak makanan. haha. dah lah kitorang ni pergi pasar brinchang tak beli apa. so apa benda nak di bawak nye. dalam kepala otak zero mero. so sebelum nak tunggu pukul 8 tu diorang tengok tv dulu. sis dengan fitrah duduk dalam bilik dengar-dengar lagu. entah apa punya lagu entah yang kitorang dengar. fitrah pulak asyik best lah lagu kau best lah. ingat nak buat word search pensil pulak tak ada lead. tu yang habiskan masa dengar lagu je.

lepas tu cikgu panggil dari dalam rumah cikgu suruh kitorang naik rumah cikgu. tak jadi berkumpul kat taman tu. ok lah, kitorang pon naik dengan jaraknya berbatu-batu. haha. #membohong kerja. sampai je rumah cikgu dengan membawa diri tak bawak apa-apa tengok cikgu dah serve makanan segala. rasa macams egan pon ada. lepas lelaki pon dah berkumpul situ lepas tu cikgu teruskan lah majlis. ingatkan ada apa suruh berkumpul semua. rupanya... jeng jeng jeng. mula-mula cikgu marah idham sebab dia macam tak buat kerja semua lah. #idham ketua kitorang dalam lawatan ni. dah tu cikgu bagi am*panggilan manja* satu kertas. cikgu suruh am baca kuat-kuat konon itu aduan yang cikgu terima lah pasa am tak buat kerja segala. 

mula-mula am ketawa sorang-sorang. kitorang ingat apa benda lah. sekali am baca 'wakenabeb am. happy birthday'. haha. nak tergelak pon ada. surprise sangat lah tu. sekali kek pon turun dari langit. haha.
sebelum potong kek tu semua nyanyi lagu happy birthday macam budak-budak tu. am dengan menggeletar nye sampai pegang pisau kek tu pon terbalik. sis kat depan dia ni berdekeh-dekeh lah gelak. dan dan dia betulkan pisau tu. next acara makan segala. makan makan makan. makanan pertama yang sis ambik adalah kek. #peminat kek lah katakan. dah makan segala balik pulak rumah masing-masing. malam tu sis cerita hantu kat piah. time ni kelakar. piah tutup je telinga sebab tak nak dengar cerita hantu. sis saja sakat dia jadi sis sambung je lah cerita even dia tutup telinga. malam tu fatinatul tidur dulu biasalah kan dia memang tidur awal. lepas fatinatul tidur kitorang ngumpat. haha. #berdosa kau jah. azian pulak tidur lepas dah penat ngumpat tu. lepas tu sis dengan piah pulak tidur pukul 12 lebih.

esoknya pack barang semua sebab kitorang kena halau keluar dari rumah tu pukul 9:30 pagi. as usual sis tak mandilah. naik bas segala so untuk hari kedua tu tempat pertama kitorang pergi ialah tempat bee *lebah. apa entah nama tempatnya. faham-faham lah ye. tak ada apa pon kat situ. tak kan nak tengok lebah kan. kurang kerja namanya. disebabkan tempat tu pon tak syok aman so gambar yang sis snap pon tak syok mana. 


Wednesday, 27 June 2012
Last blogged @ 21:45

post pasal cameron highland tu belum habis lagi. pada malam yang berbahagia ini izinkan sis sambung balik share cerita kat sana. semalam dah cerita kat MARDI hari ni nak cerita pulak kat taman kaktus i guess. #entah apa nama tempatnya. haha. masih pada hari yang sama masa kat kaktus tu cuma time je berbeza. memang lah apalah kau ni hazirah. buat lawak keding. lepas dah rehat setelah semalaman berada dalam bas dan teruskan je perjalanan ke MARDI lebih kurang pukul 12 tengah hari sampai pukul 3 masa tidur kat apartment. sis tak ingat apa nama apartment tu. *semua nama tempat memang aku susah ingat ke apa. tak apalah korang just dengar baca je. 
sampai je kat apartment tu eh silap masa jejakkan kaki je kat apartment tu huh #mengeluh - sejuk bebeno lantainye. first time masuk apartment batak sekejap. lepas tu sis pon tidur. fitrah disebabkan dah tidur lama dalam bas so dia tidur lambat sikit. sikit je tak banyak pon lambatnye. tidur punya tidur sekali fitrah kejutkan sis 'eh, bangun bas dah nak gerak'. haha. memang kelakar masa ni. apa lagi kelam kabut lah nak siapkan diri. dah lah bilik air satu je. akhirnya tak mandi lah sis. #ini rahsia jangan bagi tahu orang lain. 

sebelum pergi ladang kaktus atau taman kaktus. apa-apalah janji ada kaktus. kitorang pergi makan dulu. kira lunch lah. kitorang tak lunch dengan cikgu dengan semua-semua orang tu. masing-masing lunch sendiri-sendiri. cari lah tempat makan sendiri. jumpa lah satu kedai makan ni fitrah cakap masa dia pergid negan family dia dulu diorang makan kat situ. fitrah dah biasa makan kat situ so kitorang order lah. nak order bukan main sekejap fikirnye sekali orang kedai tu masak lebih kurang 50 minit. aiyo jenuh nak menunggu dah lah cikgu bagi time makan sekejap je. tak pasal-pasal kena tinggal kang nanti. sis nak je perli orang tu. tapi hati ni cakap 'sabar hazirah'. haha. 

kat taman kaktus --->











ini je lah gambar yang sis dapat snap. gambar lain semua ada kat camera piah. lepas pergi taman kaktus ni pergi pulak pasar malam brinchang. sepatutnya dalam jadul pergi malam tapi cikgu cakap nanti malam boleh rest. erm, betul jugak kan. lagi pon sis mana rehat cukup tadi. kan kan kan. ok lah. next post nanti sis cerita apa yang terjadi masa malam sabtu-ahad pulak. bye. *_*



Tuesday, 26 June 2012
Last blogged @ 21:54

post hari ni berkaitan lawatan yang sis cerita dalam entry sebelum ni. sis rasa tak payah check kot entry mana satu. just baca je. #tu pon kalau nak baca. kalau sekadar nak tengok gambar pon tak pe. dialu-alukan. i know rakyat Malaysia ni mana suka membaca. same as me. kalau tengok gambar pon korang akan tahu apa yang sis cuba nak ceritakan. betul tak..? *aku rasa apa yang aku cakap dah cukup betul. :3
pada hari sabtu dan ahad lepas... sis join lawatan... cameron highland... panitia perdagangan... for sure mestilah naik bas... 4 orang cikgu... 11 murid lelaki... 22 murid perempuan... #sikit je tak ramai pon yang join. *repeat balik post lepas. erm, tu je kot intro. kita move kepada isi pulak. tengok bawah --->

mula-mula breakfast dulu kat brinchang. pagi-pagi buta sejuk nak mampus. tapi piah boleh pulak tak pakai baju sejuk. mungkin dia mengamalkan frasa ni 'wat lek wat peace'. *aku faham. lepas breakfast pergi MARDI melawat bunga-bunga. 


 time ni kat depan pejabat MARDI tu...



gambar bawah ni lepas sis dengan piah dah berpisah dengan azian and fatinatul. masa tu kitorang pergi toilet but azian dengan fatinatul dah jalan jauh tinggalkan kitorang. so, daripada berempat jadi berdua. huhu

warna bunga ni kat sana sumpah lawa sangat. time sis letak dalam ni macam dah layu pon ada. haha. mungkin sebab warna dia merah sangat kot so nampak macam layu...

ni bukan kat ladang strawberry eh. masih lagi kat MARDI...



nyum nyum. #padahal tak rasa pon strawberry pak MARDI ni...






fitrah lawa kot. #jelez...










air memancut atau panggilannye air pancut. hehe. :]





setelah sekian lama berpisah akhirnya kami ketemu jua. hihi. kira MARDI ni tak ada lah besar sangat. #padahal kaki dah tak tahan berjalan masih lagi cakap tak besar. fine tak nak mengaku kalah. :\


sampai sudah di rumah rabbit. hai rabbit-rabbit sekalian. #rabbit ni bukan untuk dijadikan satay. take note...


rabbit ni pandai posing. mesti dah diasuh. haha. tahu-tahu orang nak snap gambar dia dan dan dia posing. #terbaik kau rabbit...

look at the rabbit. apa diorang tengah buat tu. tersnap pulak. #rabbit-rabbit ni saja tunjuk sweet depan sis...


fitrah tengah cakap dalam phone dengan mak dia. ehem, "mak, piah rindu mak. piah tak sabar nak balik nak peluk mak". haha. rilex lah piah. baru sampai kot. #kemain kau.

yang ni warnanya baru lah lawa mengancam gitu. hikhok...

keropok favourite insyira pon ada kat sana. hehe. #rasanya keropok ni kat mana-mana pon ada. sila dapatkan di kedai berdekatan rumah anda sementara stok masih ada. 

gambar terakhir di rumah pak MARDI. kalau ada duit nanti sis pergi lagi. bye MARDI. will miss the moment ever.


for the next post i'll show our pic at the nest destination. watch ya. see you soon and goodnight. bye. *_*


PROFILE
http://love-or-friends.blogspot.com/
Hazirah Halim Yatim | Female | Malaysian | Seventeen/2012 | 14/11/199? | SPM candidate | Be thankful for who you are because there is someone out there who wishes to be someone like you...Peace no war :D

ARCHIVES
June 2011 July 2011 August 2011 September 2011 October 2011 November 2011 December 2011 January 2012 February 2012 March 2012 April 2012 May 2012 June 2012 July 2012 August 2012 September 2012 October 2012 November 2012 December 2012 January 2013

CREDITS
©2009 ElinaLyana. All rights reserved.