Between LOVE+FRIENDS... Who will be chosen first!
Everything starts from here...
Sunday, 10 June 2012
Last blogged @ 00:33

assalamualaikum dan selamat malam semua. lama jugak sis tak update blog. ni post sis untuk bulan jun jadi apa yang sis nak cerita malam ni sebagai intro bulan ni lah. semalam masa sis tengah sibuk online facebook then ada link pasal kisah Nabi Ibrahim antara burung dan cicak. tertarik pulak hati sis nak tahu macam mana kisahnya. sis cuma copy paste balik daripada site saudara kita ni. such a good site even simple. apa yang penting kan isi dalam tu bukan luaran. ceritanya bermula di sini...

...sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim, semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. itulah yang dilakukannya berulang kali. tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu "buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu".

lalu dijawab oleh burung tersebut, "memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti apakah yang aku lakukan untuk agama Allah dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pon tidak". dan janganlah kita menjadi seperti cicak [yang terbang], yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api itu akan menjadi marak lagi untuk terus membakar Nabi Ibrahim [walaupon sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan].

Anbiyaa [69] Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim.

hadith riwayat Ibn Hatim, dari Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "sesungguhnya Ibrahim tatkala dicampakkan ke dalam api, semua binatang yang melata di muka bumi ini cuba memadamkan api kecuali cicak kerana sesungguhnya dia [cicak] meniupkan api ke atas Nabi Ibrahim"... *_*


PROFILE
http://love-or-friends.blogspot.com/
Hazirah Halim Yatim | Female | Malaysian | Seventeen/2012 | 14/11/199? | SPM candidate | Be thankful for who you are because there is someone out there who wishes to be someone like you...Peace no war :D

ARCHIVES
June 2011 July 2011 August 2011 September 2011 October 2011 November 2011 December 2011 January 2012 February 2012 March 2012 April 2012 May 2012 June 2012 July 2012 August 2012 September 2012 October 2012 November 2012 December 2012 January 2013

CREDITS
©2009 ElinaLyana. All rights reserved.