Sunday, 29 July 2012
Last blogged @ 14:21 1- plkn
cerita paling hangat bagi budak-budak form 5. datang je sekolah 'eh, korang dapat plkn tak'. dah sebati soalan tu dengan sis. siapa yang tak datang sekolah jumaat lepas mesti dah ketinggalan ajukan soalan tu. haha. sis semak semalam dia cakap 'maaf! anda tidak terpilih untuk menyertai plkn siri 10/2013. terima kasih'. huh, nasib baik tak dapat kalau tak mesti menangis kat sana nanti. insyira pon tak dapat jugak tawaran. dah lah dia excited sangat nak pergi. kesian dia tak kesampaian nak pergi. menangis sampai tertonggeng-tonggeng atas katil sedih sangat. sabar je lah insyira ye. nanti dapat lah tu. haha.
2- assessment ict
yang ni paling best. selasa lepas ingatkan nak saja-saja je stayback. nak tengok diorang buat assessment ict. nak tengok diorang kena marah. sekali nak balik cikgu tanya 'programming dah siap. saya nak tengok'. haha. manalah sis siapkan lagi. then sedaya upaya lah buat dengan insyira. sis hampir nak menangis masa ni dah lah kitorang nak balik cepat nak buat projek. lama jugak lah kitorang siapkan. lepas tu cikgu tanda cikgu cakap 'tahniah awak berdua dah siap kerja kursus'. lega lah rasa cikgu dah tanda semua. lepas ni tak ada lah dibelenggu rasa tak sedap hati sebab tak siap kerja.
3- pengotor
diiktiraf sebagai kelas paling kotor dalam sekolah tu. cikgu cakap minggu depan kalau kelas dia kotor lagi cikgu akan panggil diorang semua berdiri kat tapak perhimpunan. kelas siapa lagi kalau bukan kelas sahira. hari khamis tu sebelum naik bilik komputer pergi tandas dulu sebab dah tak tahan nak membuang. lepas tu terserempak dengan sahira, sis pon panggil lah 'eh, pengotor. kau keluar tandas mesti tak basuh kan sebab dah biasa pengotor'. ayat memang nampak kurang ajar tapi macam tu lah perangai kitorang. dah biasa dengan percakapan serupa tu. 4- crimping mula-mula buat ya Allah memang susah nak susun wayar tu ikut warna. nak kena tengok betul-betul lepas tu kena masukkan dalam benda putih tu entah apa namanya. memang teliti lah buat benda tu. asalnya sis dah mengalah nak buat. sis asyik sebut 'ya Allah tolong lah hambaMu ini'. sekali insyira cakap 'masa susah baru nak ingat Allah'. terkena sudah. padahal tu ayat yang selalu sis cakap kat dia. siapa yang mula meniru dan siapa yang dah ditiru. haha. rasanya tak ada apa-apa lagi nak ditulis. mungkin sampai sini je. assalamualaikum. bye.
Sunday, 15 July 2012
Last blogged @ 18:27
sekejap je masa berlalu. ni semua janji Allah kepada hamba-hambaNya. kalau Dia cakap akan tarik nyawa kita bila-bila yang Dia nak macam tu lah yang Dia akan lakukan. tak kira tempat tak kira masa. masa cepat je berlalu. Allah dah tarik nyawa dia sebelum sis. sis rindu dia gelak. sis tak nak nangis sebenarnya tulis post ni sebab sis dah janji dengan dia tak nak nangis. sis ingat lagi masa mula-mula masuk form3. walaupun sis rapat dengan amira tapi sis pilih nak duduk dengan aida masa tu. mungkin Allah memang takdirkan sis dengan aida selalu bersama sejak hari tu. lepas tu sis terus jadi rapat dengan dia macam belangkas. pergi mana-mana selalu bersama. banyak sangat kenangan aida dengan sis. pergi mana-mana sis mesti teringat muka dia duduk sana duduk sini senyum sana senyum sini. sampaikan bilik ni pon ada kenangan dengan dia. ni lah yang dikatakan orang kawan dunia akhirat. sis harap sis tak pernah lupakan aida sampai bila-bila.
dulu masa waktu agama ustazah wan zainab kurang perhatian kat kitorang lepas tu aida ajak sis borak biar ustazah selalu soal. aida aida. ingat lagi masa sis dengan dia lambai-lambai kat bilik seni dengan senior form 5. lepas tu senior tu cari kitorang kat kelas. kitorang pon menyorok kat tempat sharina. haha. sis tak boleh lupa lah kejadian tu. tahu tak dalam banyak-banyak perkara sis dengan aida, sis paling suka bila aida beraya rumah sis sampai petang. sis nak buat macam tu dengan aida lagi tapi aida dah pergi tinggalkan sis. masa tu kan hari semarak perpaduan aida pakai baju kurung warna pink sis pulak warna merah. lepas balik aida terus on the way pergi rumah sis sebab sis buat rumah terbuka. lepas makan kat rumah sis kitorang pergi pulak rumah insyira beraya. masa balik aida tak ada duit nak call pak cik aida. aida balik lagi rumah sis pinjam phone mak sis. sementara tunggu pak cik aida kitorang pon main snap-snap. tapi gambar tu dalam komputer sis. komputer tu dah rosak sekarang.
aida selalu ada kat sisi sis masa sis tengah sunyi. sis selalu cakap 'kita tunggu aida kat dewan terbuka nak borak sama-sama'. sekarang tak guna lagi dah sis tunggu kat dewan terbuka tu sebab sis dah kembali keseorangan. sis dah tak ada sesiapa nak tunggu kat dewan terbuka tu. sebab tu kadang-kadang kalau sis bosan duduk lama-lama kat dewan terbuka sis datang lambat. walaupun aida selalu dengan kawan kelas aida tapi sis ingat lagi aida panggil sis masa sis duduk sorang-sorang. aida kaya dengan semangat setia kawan. aida tak pernah lupakan sis sebab tu sis pon tak boleh lupakan aida. sis check message lepas aida meninggal. aida cakap 'good luck' kat sis. tu message terakhir yang aida bagi. sis ingat boleh jawab spm sama-sama dengan aida. tapi nampak gaya memang sis akan nangis kat bilik peperiksaan tu lah kan.
cerita pasal bilik peperiksaan sis ingat lagi masa pmr kitorang langsung tak baca buku. tapi yang betul-betul tak sangka kitorang dapat result sama dan dapat naik pentas sama-sama. ada lagi perkara pasal aida dengan sis yang sama. masa peperiksaan akhir tahun form 4. kitorang sama-sama dapat nombor 2 dalam kelas. apa lagi yang sama eh. banyak sangat kena flashback so sis dah tak ingat. masa form 3 kan kitorang panggil aida princess kan kan kan. sebab apa pon sis tak ingat. lepas tu aida dengan yang lain panggil sis ratu tisu. masing-masing ada gelaran masa tu. rasanya selama kitorang berkawan tak pernah sikit pon sis gaduh dengan aida. mungkin sebab sis tak sampai hati nak gaduh dengan aida. siapa boleh lepaskan kawan yang baik macam aida kan.
ok lah. sis harap aida ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. insyaAllah suatu saat nanti sis pulak ikut aida. bolehlah kita berkumpul sama-sama kan aida kat atas sana. walaupun sis tak dapat jumpa aida buat kali terakhir tapi sis harap aida faham. sis memang nak tengok aida tapi Allah dah tetapkan yang kita tak akan berjumpa masa tu. ingat tak kita selalu cakap masa form 3 'walau apa pon terjadi kita tetap akan jadi best friend forever'.
semoga aida ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. al-fatihah. *_* |
PROFILE
http://love-or-friends.blogspot.com/Hazirah Halim Yatim | Female | Malaysian | Seventeen/2012 | 14/11/199? | SPM candidate | Be thankful for who you are because there is someone out there who wishes to be someone like you...Peace no war :D ARCHIVES
June 2011
July 2011
August 2011
September 2011
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
March 2012
April 2012
May 2012
June 2012
July 2012
August 2012
September 2012
October 2012
November 2012
December 2012
January 2013 CREDITS
©2009 ElinaLyana. All rights reserved. |