Between LOVE+FRIENDS... Who will be chosen first!
Everything starts from here...
Sunday, 29 July 2012
Last blogged @ 14:21

1- plkn
cerita paling hangat bagi budak-budak form 5. datang je sekolah 'eh, korang dapat plkn tak'. dah sebati soalan tu dengan sis. siapa yang tak datang sekolah jumaat lepas mesti dah ketinggalan ajukan soalan tu. haha. sis semak semalam dia cakap 'maaf! anda tidak terpilih untuk menyertai plkn siri 10/2013. terima kasih'. huh, nasib baik tak dapat kalau tak mesti menangis kat sana nanti. insyira pon tak dapat jugak tawaran. dah lah dia excited sangat nak pergi. kesian dia tak kesampaian nak pergi. menangis sampai tertonggeng-tonggeng atas katil sedih sangat. sabar je lah insyira ye. nanti dapat lah tu. haha.

2- assessment ict
yang ni paling best. selasa lepas ingatkan nak saja-saja je stayback. nak tengok diorang buat assessment ict. nak tengok diorang kena marah. sekali nak balik cikgu tanya 'programming dah siap. saya nak tengok'. haha. manalah sis siapkan lagi. then sedaya upaya lah buat dengan insyira. sis hampir nak menangis masa ni dah lah kitorang nak balik cepat nak buat projek. lama jugak lah kitorang siapkan. lepas tu cikgu tanda cikgu cakap 'tahniah awak berdua dah siap kerja kursus'. lega lah rasa cikgu dah tanda semua. lepas ni tak ada lah dibelenggu rasa tak sedap hati sebab tak siap kerja. 

3- pengotor
diiktiraf sebagai kelas paling kotor dalam sekolah tu. cikgu cakap minggu depan kalau kelas dia kotor lagi cikgu akan panggil diorang semua berdiri kat tapak perhimpunan. kelas siapa lagi kalau bukan kelas sahira. hari khamis tu sebelum naik bilik komputer pergi tandas dulu sebab dah tak tahan nak membuang. lepas tu terserempak dengan sahira, sis pon panggil lah 'eh, pengotor. kau keluar tandas mesti tak basuh kan sebab dah biasa pengotor'. ayat memang nampak kurang ajar tapi macam tu lah perangai kitorang. dah biasa dengan percakapan serupa tu.

4- crimping
mula-mula buat ya Allah memang susah nak susun wayar tu ikut warna. nak kena tengok betul-betul lepas tu kena masukkan dalam benda putih tu entah apa namanya. memang teliti lah buat benda tu. asalnya sis dah mengalah nak buat. sis asyik sebut 'ya Allah tolong lah hambaMu ini'. sekali insyira cakap 'masa susah baru nak ingat Allah'. terkena sudah. padahal tu ayat yang selalu sis cakap kat dia. siapa yang mula meniru dan siapa yang dah ditiru. haha. rasanya tak ada apa-apa lagi nak ditulis. mungkin sampai sini je. assalamualaikum. bye.


PROFILE
http://love-or-friends.blogspot.com/
Hazirah Halim Yatim | Female | Malaysian | Seventeen/2012 | 14/11/199? | SPM candidate | Be thankful for who you are because there is someone out there who wishes to be someone like you...Peace no war :D

ARCHIVES
June 2011 July 2011 August 2011 September 2011 October 2011 November 2011 December 2011 January 2012 February 2012 March 2012 April 2012 May 2012 June 2012 July 2012 August 2012 September 2012 October 2012 November 2012 December 2012 January 2013

CREDITS
©2009 ElinaLyana. All rights reserved.