Wednesday, 22 August 2012
Last blogged @ 12:29
bagi yang tengah beraya atau yang tengah menikmati raya yang ke-4 ni anda dikehendaki berhenti dengan segera kerana raya sudahpun tamat. [= jangan marah ye. sekali sekala bergurau senda. again and again seperti sebelum-sebelum ni raya dah macam tak seronok bagi sis. mungkin sebab kita pon dah besar jadi duit raya pon dah kurang tu sebabnya raya dah tak best kot. nak nak lagi dulu keluarga sis yang besar sekarang dah jadi kecik. atas beberapa faktor yang kita tak dapat elakkan lah. eh, faham tak apa yang sis bebel kan ni. #sebenarnya aku yang tak faham apa yang aku meraban ni. tapi tak apa, jangan tergaru-garu kepala yang tak gatal tu ye. cerita tetap akan disambung walaupun short story je. hahaha.
1- nak bagi story sikit lah kat sini. raya pertama hari tu, kembar tu ada datang lah rumah atuk sis kan. tak sangka pulak dia dah besar dah 15 bulan umurnya. afiq dengan afif tu sekarang muka dah macam cina toq toq. comel lah sangat ye pun dah besar tu mesti hensem. erm, betul betul betul. raya pertama rasa macam lama sangat. tapi masa yang lama-lama tu tak pergi beraya rumah orang pon. kitorang kat dapur just berborak, bergosip dan bergelak-ketawa. itu je lah kerjanya pun yang ada. nak online, excuse me dulu lah katanya sebab area rumah atuk sis tu as you know only celcom line. #dan aku pulak pakai maxis. cannot connected bro.
2- raya kedua barulah pergi beraya. tapi tahun ni ada lah sikit best nye tu sebab kitorang pergi beraya dekat kampung sebelah tak macam sebelum-sebelum ni. kali ni kira dah mengeratkan persaudaraan lah sesama insan. hoho/ :O. rumah pertama kemain lah, makan kuih raya wahhh tak ingat dunia. yang sis makan pon sebenarnya bukanlah kuih raya sangat, kebanyakan nye makanan ringan je. memang itu lah yang menjadi kegemaran sis pon kalau beraya rumah orang. sorry to say, sis bukan suka pon makan biskut raya. last house yang kitorang pergi tu, sis macam kesian kat atuk tu. atuk tu dah uzur, jalan pon tak berapa nak berdaya. then, sis pon macam menolak lah duit raya yang atuk tu nak bagi. bukanlah duit yang dia bagi tu sikit sangat, sis beraya rumah orang pon nak menagih duit raya daripada orang tapi kalau orang nak bagi kita ambik lah. macam atuk tu, sis kesian tengok dia tu yang sis tak ambik duit raya tu. tak salah kan..? takut dia fikir yang bukan-bukan je. :]
ok lah sahabat semua. memang cerita sis sampai raya kedua je. raya yang selebihnya pandai-pandai lah korang teka apa yang sis buat. kalau sis tak cerita tu bermakna tak ada cerita yang best lah. lagipun, lebih banyak marah daripada seronok. lebih banyak menegking daripada bercakap. kalau kes macam ni, korang mesti dapat agak kan orang yang membuat sis jadi begitu. tak lain tak sudah memang dia lah orang nye. hahaha. *_*
Wednesday, 15 August 2012
Last blogged @ 21:01
alhamdulillah, selamat sudah berbuka. menu sis untuk hari ni adalah laksa, dah 2 hari berturut-turut berbuka laksa. my favorite tu sebab tu kalau hari-hari makan laksa pon tak apa. disebabkan semalam dan hari ni mama penat nak masak so beli je lah kat bazaar. tak lama lagi dah nak raya jadi dalam kesempatan ini nak juga lah sis mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada keluarga sis, kawan-kawan sis, dan juga semua umat Islam di seluruh dunia yang berpuasa. bagi yang berpuasa je lah ye, siapa yang tak puasa tu tak boleh lah raya. kesimpulannya, tak boleh lah juga dapat duit raya. kalau nak juga duit raya kena ganti dulu puasa tu baru lah orang boleh bagi duit raya. understood..!..
pesanan untuk kawan-kawan sis #harapnya mereka baca lah post ni |-| aku nak mintak maaf kat korang...
1-kalau aku ada terkasar bahasa
2-kalau korang ada terasa dengan apa yang aku cakapkan selama ni
3-kalau aku ada tercubit atau terpukul kuat
4-kalau aku buat korang marah
5-kalau aku ada pinggirkan korang
dan harapnya selepas buka balik sekolah lepas raya ni [27/8/2012] semua yang pernah berlaku antara kita sebelum-sebelum ni ataupun apa yang aku buat kat atas tu tak akan berlaku lagi. eh, tapi kan tak syok lah antara kita sesama kawan-kawan ni tak buat macam tu. kalau semua hubungan antara kawan ni baik je tak ada lah pahit manis kehidupan. makin berkurang lah orang mengupdate blog nak cerita pasal gaduh sana gaduh sini kan. hahaha. tak ada lah sampai cenggitu sekali, cuma harapnya boleh kurangkanlah bergurau senda benda-benda yang sensitif ni ye tak.
tahun ni memang kurang orang bagi kad raya kat sis. *memang tak ada dapat satu pon. tapi bagi yang dah bagi duit raya pada 26 Ramadhan ni berbanyak-banyak terima kasih lah ye. mungkin nanti tak sempat beraya rumah ke kan tu yang bagi duit raya awal-awal tu. apa-apa pon pesanan terakhir untuk kawan-kawan sis sebelum sis menutup tirai |-| jangan lupa baca buku masa cuti nanti. aku tak tahu lagi sama ada aku baca buku ke tak. apa-apa pon kita contact-contact lah ye. dan pada 1 Syawal nanti jangan lah sombong sangat untuk tak bermessage dengan aku. nanti kita gosip-gosip tau dalam phone. bye. *_*
Last blogged @ 19:10
assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. apa khabar orang di sana..? harapnya sihat-sihat sahaja lah ye. orang di sini hari ni tak berapa nak sihat. sakit perut ow tak boleh nak membuang tak boleh nak kent*t. tak tahu lah apa pasal dengan perut ni tetiba je buat hal. dah lah hari ni daripada pukul 7:20 sampai pukul 12:30 ada smart and easy math, boleh bayangkan tak macam mana sis tak senang duduk disebabkan perut yang berkeroncong ni. huh, sakit oi ~.~ lepas tu tetiba je sahira bukak cerita... guru jemputan yang datang tu guru yang sama buat smart and easy math masa form 3 dulu. lepas tu sahira cakap 'dulu masa form 3 ada aida'. :| nak buat macam mana dah ditakdirkan tak dapat berkumpul sama-sama kan. sedih akak dik.
kita tinggalkan kesedihan tu dan berbalik kepada topik yang asal. apa sebenarnya yang sis tak suka letak tu. kenalah baca sampai habis kalau tak macam mana nak tahu the real story kan. tadi masa sis preview post sis sebelum-sebelum ni tetiba tersedar yang semuanya tulisan je. kecuali yang masa lawatan tu baru ada gambar sikit. #baru sekarang lah nak cakap blog ni tak de interaktif. haha. tu yang cek nak explain tu. sebenarnya cek memang tak suka letak pelbagai jenis gambar di sini. sebab musabab nye...-...
pertama, kena cari dulu kat google dan seantero dengan nye. malas lah nak cari nak tekan google image. dibuatnya internet slow boleh mencarut sis depan laptop yang tidak berdosa ni. kedua, nak kena save lagi dalam laptop. kalau satu post 3 gambar, 100 post dah berapa gambar. tak ke penuh image yang tak sepatut-patutnya dalam laptop ni. nak nak lagi, dapat pengguna yang macam sis ni yang malas lah sangat nak send
Saturday, 11 August 2012
Last blogged @ 00:27
hari ni entah di mana dan entah bagaimana nak jadikan cerita dalam ni sis pon tak tahu. tapi sebab kelakar sangat nak jugak bagi tahu satu dunia ini kisah. kisahnya bermula daripada masa lepas rehat. sis cerita dulu apa berlaku masa sejarah. sejarah hari ni belajar boleh tahan best lah. but sis dengan insyira as usual memang kitorang sembang borak sembang dan kembali borak je. memang itu tabiat kitorang kat sekolah kalau subjek sejarah. sebab sejarah ni kan subjek yang mengantukkan. so, apa kata kita bercakap-cakap supaya hilang rasa ngantuk tu. disebabkan kitorang tak bawak buku teks dan insyira memang tak bawak 'langsung' buku sejarah maka sis hanya mengeluarkan soalan spot yang cikgu dah fotostet kan je lah. sesudah itu, cikgu bincang pulak pasal soalan tadi tu. tapi cikgu guna kertas sis. cikgu pinjam lah. lepas tu sis cakap dengan insyira 'cikgu ambik kertas kita dah kita tak ada benda nak rujuk'. lepas tu terus sepanjang masa sejarah tu kitorang gelak. dah tak ada apa nak buat.
seterusnya pulak masa BI. lutfi bawak blackberry dia datang sekolah tadi. ish ish ish, apa nak jadi dengan budak sekarang ni. macam tak boleh nak main phone tu puas-puas kat rumah. kat rumah tak nak pulak godek benda tu. nak jugak buat kat sekolah kan. so, semasa dia tengah godek phone tu dan teacher tengah mengajar kat depan sekali. jeng jeng jeng, teacher terperasan perbuatan dia tu. teacher pon tanya lah si budak lutfi ni...
teacher: lutfi, awak main phone ye.?.
lutfi [sambil sorokkan phone bawah laci meja]: mana ada teacher. saya tak buat apa-apa pon.
sekali teacher gelak lepas tu teacher cakap 'dia ingat saya tak perasan apa yang dia buat. dah lah laci meja bocor'. [ayat lebih kurang sebegitu lah ye]. dengan sepantas kilat kitorang semua toleh ke belakang tengok si lutfi dengan meja dia tu. apa lagi kitorang, gelak berdekeh-dekeh lah. lutfi dah segan teacher perasan apa dia buat tu muka dia pon ketat je tahan rasa malu. lepas tu adika pulak masuk kelas. cerita pasal si adika ni tadi kat sekolah bermula masa ke-3 sampai dah nak balik ni dia duduk bilik kesihatan. alasannya 'saya tak sihat cikgu'. hahaha. melangkah je dia dalam kelas teacher pon cakap 'ha ni lagi sorang. dah ok dah senggugut'. adika menyengih je. bestfriend ni hari ni memang kena dengan teacher. hahaha. sporting tak teacher kitorang.?. teacher tak rampas pon phone lutfi tu tapi teacher cakap dengan lutfi 'awak bagi saya tengok phone awak. saya tak rampas. kalau awak tak bagi saya rampas'. teacher pon tengok lah dan cakap lagi 'saya pon tak mampu beli blackberry'. banyak sangat gelak hari ni rasanya segala yang kitroang belajar dah melayang entah ke mana. ok lah, harap anda terhibur. assalamualaikum. hahaha. *_*
Tuesday, 7 August 2012
Last blogged @ 22:32
dah lama rasanya tak menulis kat sini. sekarang memang sibuk dengan nak trial spm lagi. raya ni memang tak boleh raya cikgu cakap sebab naik je sekolah seminggu lepas cuti tu dah mula exam trial seluruh selangor. hari ni baru je habis siapkan assessment ict-programming. mula-mula tak tahu langsung nak buat macam mana. penat ow penat nak fikirkan buat benda tu. semalam lepaking kat rumah syafiqah ada tunjuk ajar daripada guru yang tak diiktiraf ^insyira^ pon tak boleh buat jugak. lepas balik rumah baru lah sis godek segala search internet sana sini tengok pulak modul. erm, last-last buat coding sendiri. i'm sick beb programming ni.
khamis ni pemeriksa datang untuk... erm, memeriksa lah kerja yang dah kami semua buat. eceh, cuak di hati ini sebab everything yang dipelajari dah tak ingat. maklum saja lah labu buatnya dah lama so semuanya dah lupa. alamak..! mampus sis. macam mana kalau dia pilih sis untuk buat anti-spyware tak pon utp-ip ke. ish ish ish, tak naaakkk. untung lah nanti siapa yang kena buat anti-virus je. memang untung ahh. tak adil sungguh. tapi kalau sis dapat programming ni ok jugak. sebab dah tahu macam mana nak buat. apa-apa pon diharapnya khamis ni pemeriksa puas hati dengan kerja yang sis dah buat. sekian, bye. *_* |
PROFILE
http://love-or-friends.blogspot.com/Hazirah Halim Yatim | Female | Malaysian | Seventeen/2012 | 14/11/199? | SPM candidate | Be thankful for who you are because there is someone out there who wishes to be someone like you...Peace no war :D ARCHIVES
June 2011
July 2011
August 2011
September 2011
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
March 2012
April 2012
May 2012
June 2012
July 2012
August 2012
September 2012
October 2012
November 2012
December 2012
January 2013 CREDITS
©2009 ElinaLyana. All rights reserved. |