Between LOVE+FRIENDS... Who will be chosen first!
Everything starts from here...
Saturday, 11 August 2012
Last blogged @ 00:27

hari ni entah di mana dan entah bagaimana nak jadikan cerita dalam ni sis pon tak tahu. tapi sebab kelakar sangat nak jugak bagi tahu satu dunia ini kisah. kisahnya bermula daripada masa lepas rehat. sis cerita dulu apa berlaku masa sejarah. sejarah hari ni belajar boleh tahan best lah. but sis dengan insyira as usual memang kitorang sembang borak sembang dan kembali borak je. memang itu tabiat kitorang kat sekolah kalau subjek sejarah. sebab sejarah ni kan subjek yang mengantukkan. so, apa kata kita bercakap-cakap supaya hilang rasa ngantuk tu. disebabkan kitorang tak bawak buku teks dan insyira memang tak bawak 'langsung' buku sejarah maka sis hanya mengeluarkan soalan spot yang cikgu dah fotostet kan je lah. sesudah itu, cikgu bincang pulak pasal soalan tadi tu. tapi cikgu guna kertas sis. cikgu pinjam lah. lepas tu sis cakap dengan insyira 'cikgu ambik kertas kita dah kita tak ada benda nak rujuk'. lepas tu terus sepanjang masa sejarah tu kitorang gelak. dah tak ada apa nak buat. 

seterusnya pulak masa BI. lutfi bawak blackberry dia datang sekolah tadi. ish ish ish, apa nak jadi dengan budak sekarang ni. macam tak boleh nak main phone tu puas-puas kat rumah. kat rumah tak nak pulak godek benda tu. nak jugak buat kat sekolah kan. so, semasa dia tengah godek phone tu dan teacher tengah mengajar kat depan sekali. jeng jeng jeng, teacher terperasan perbuatan dia tu. teacher pon tanya lah si budak lutfi ni...

teacher: lutfi, awak main phone ye.?.
lutfi [sambil sorokkan phone bawah laci meja]: mana ada teacher. saya tak buat apa-apa pon.

sekali teacher gelak lepas tu teacher cakap 'dia ingat saya tak perasan apa yang dia buat. dah lah laci meja bocor'. [ayat lebih kurang sebegitu lah ye]. dengan sepantas kilat kitorang semua toleh ke belakang tengok si lutfi dengan meja dia tu. apa lagi kitorang, gelak berdekeh-dekeh lah. lutfi dah segan teacher perasan apa dia  buat tu muka dia pon ketat je tahan rasa malu. lepas tu adika pulak masuk kelas. cerita pasal si adika ni tadi kat sekolah bermula masa ke-3 sampai dah nak balik ni dia duduk bilik kesihatan. alasannya 'saya tak sihat cikgu'. hahaha. melangkah je dia dalam kelas teacher pon cakap 'ha ni lagi sorang. dah ok dah senggugut'. adika menyengih je. bestfriend ni hari ni memang kena dengan teacher. hahaha. sporting tak teacher kitorang.?. teacher tak rampas pon phone lutfi tu tapi teacher cakap dengan lutfi 'awak bagi saya tengok phone awak. saya tak rampas. kalau awak tak bagi saya rampas'. teacher pon tengok lah dan cakap lagi 'saya pon tak mampu beli blackberry'. banyak sangat gelak hari ni rasanya segala yang kitroang belajar dah melayang entah ke mana. ok lah, harap anda terhibur. assalamualaikum. hahaha. *_*


PROFILE
http://love-or-friends.blogspot.com/
Hazirah Halim Yatim | Female | Malaysian | Seventeen/2012 | 14/11/199? | SPM candidate | Be thankful for who you are because there is someone out there who wishes to be someone like you...Peace no war :D

ARCHIVES
June 2011 July 2011 August 2011 September 2011 October 2011 November 2011 December 2011 January 2012 February 2012 March 2012 April 2012 May 2012 June 2012 July 2012 August 2012 September 2012 October 2012 November 2012 December 2012 January 2013

CREDITS
©2009 ElinaLyana. All rights reserved.