Wednesday, 15 August 2012
Last blogged @ 21:01
alhamdulillah, selamat sudah berbuka. menu sis untuk hari ni adalah laksa, dah 2 hari berturut-turut berbuka laksa. my favorite tu sebab tu kalau hari-hari makan laksa pon tak apa. disebabkan semalam dan hari ni mama penat nak masak so beli je lah kat bazaar. tak lama lagi dah nak raya jadi dalam kesempatan ini nak juga lah sis mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada keluarga sis, kawan-kawan sis, dan juga semua umat Islam di seluruh dunia yang berpuasa. bagi yang berpuasa je lah ye, siapa yang tak puasa tu tak boleh lah raya. kesimpulannya, tak boleh lah juga dapat duit raya. kalau nak juga duit raya kena ganti dulu puasa tu baru lah orang boleh bagi duit raya. understood..!..
pesanan untuk kawan-kawan sis #harapnya mereka baca lah post ni |-| aku nak mintak maaf kat korang...
1-kalau aku ada terkasar bahasa
2-kalau korang ada terasa dengan apa yang aku cakapkan selama ni
3-kalau aku ada tercubit atau terpukul kuat
4-kalau aku buat korang marah
5-kalau aku ada pinggirkan korang
dan harapnya selepas buka balik sekolah lepas raya ni [27/8/2012] semua yang pernah berlaku antara kita sebelum-sebelum ni ataupun apa yang aku buat kat atas tu tak akan berlaku lagi. eh, tapi kan tak syok lah antara kita sesama kawan-kawan ni tak buat macam tu. kalau semua hubungan antara kawan ni baik je tak ada lah pahit manis kehidupan. makin berkurang lah orang mengupdate blog nak cerita pasal gaduh sana gaduh sini kan. hahaha. tak ada lah sampai cenggitu sekali, cuma harapnya boleh kurangkanlah bergurau senda benda-benda yang sensitif ni ye tak.
tahun ni memang kurang orang bagi kad raya kat sis. *memang tak ada dapat satu pon. tapi bagi yang dah bagi duit raya pada 26 Ramadhan ni berbanyak-banyak terima kasih lah ye. mungkin nanti tak sempat beraya rumah ke kan tu yang bagi duit raya awal-awal tu. apa-apa pon pesanan terakhir untuk kawan-kawan sis sebelum sis menutup tirai |-| jangan lupa baca buku masa cuti nanti. aku tak tahu lagi sama ada aku baca buku ke tak. apa-apa pon kita contact-contact lah ye. dan pada 1 Syawal nanti jangan lah sombong sangat untuk tak bermessage dengan aku. nanti kita gosip-gosip tau dalam phone. bye. *_*
|
PROFILE
http://love-or-friends.blogspot.com/Hazirah Halim Yatim | Female | Malaysian | Seventeen/2012 | 14/11/199? | SPM candidate | Be thankful for who you are because there is someone out there who wishes to be someone like you...Peace no war :D ARCHIVES
June 2011
July 2011
August 2011
September 2011
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
March 2012
April 2012
May 2012
June 2012
July 2012
August 2012
September 2012
October 2012
November 2012
December 2012
January 2013 CREDITS
©2009 ElinaLyana. All rights reserved. |