Between LOVE+FRIENDS... Who will be chosen first!
Everything starts from here...
Sunday, 30 September 2012
Last blogged @ 02:37

pagi ni semata-mata nak membanyakkan post untuk bulan september terpaksa lah tangan ni menulis. nak ikutkan hati ni dah malas sebenarnya dengan idea tak ada lepas tu penat lagi. mata rasa nak terus tidur je tapi memang panas lah hati ni kalau orang tu curi tempat tidur kita. kita tak nak tidur. hahaha. macam budak kecik perangai tu memang tak nak mengalah. banyak-banyak tempat tidur tempat ni memang tempat favorite sis. dah lah orang ngantuk nak tidur dia sesedap dengkur kat tempat kita. sudah lah tak nak kawan dah. huhu. :]

pagi tadi pergi ou [one utama] dengan cikgu. yang bestnya tak ada budak smkkd10. yang ada pon boleh dihitung lah dalam 2 ke 3 orang je. tu pon tak berapa kenal sangat. asalnya nak pergi curve tapi mungkin ada hikmah di sebalik semua ni sebab ramai update kat facebook tadi tulis "baru balik dari curve". erh, selamat sis tak pergi malas lah nak jumpa dak-dak sekolah kita kat situ :D dah jemu tengok kat sekolah apatah lagi kat luar. hahaha. lagi pon kalau jumpa budak sekolah kat situ rasa macam sekolah pulak kan.

first sampai dalam 1:30 pm terus pergi tempat wayang dan terus pilih cerita hotel transylvania yang mula pukul 1:30. tak nak tunggu lama-lama dah nanti balik lambat pulak. nasib masa masuk tu lampu tak off lagi kalau tak agak payah dan susah jugak nak cari tempat duduk. cikgu asyik ketawa je tengok cerita tu tapi memang patut pon sebab cerita tu kelakar. tak rugi lah kalau tengok pon. tengok yang tak rugi tapi duit tu melayang rasa agak merugikan jugaklah.


cerita mengenai drakula yang dah salah anggap terhadap manusia sebab dulu isteri dia dibunuh oleh manusia. jadi dia ingat manusia ni jahatlah. dia tak bagi anak dia keluar ke petempatan manusia sebab tak nak benda yang sama terjadi kat anak dia. tapi malang tidak berbau, manusia pulak dah pergi kat tempat dia yang dinamakan hotel transylvania tu. kalau nak tahu lebih lanjut pasal cerita ni pergilah tengok kat pawagam yang berdekatan ye. apa yang best pasal cerita ni... lagu dia [end song]. syeronok canaaad. itew syuke. haha. 

bagi peminat selena gomez tu support lah cerita ni sebab dia pon menyumbangkan suara dalam cerita ni. ok lah, sis nak tidur dulu. bye. *_*


Wednesday, 12 September 2012
Last blogged @ 19:45

sudah lama rasanya sis tak mengupdate blog kesayangan sis ni. rindu nye terasa seperti sis rindu nak bercakap dengan sahira. sahiraaa i miss u also. tapi peperiksaan memisahkan kita. huhu, sedihnya tak terkata. tapi relax dulu lepas trial habis insyaAllah boleh borak lama dengan dia. disebabkan dah lama tak update blog ni, jadi cerita yang mahu distory pon banyak lah gamaknya. korang nak dengar cerita daripada mana dulu. nak dengar pasal itu ke ini ke atau benda tu ke./. cepat buat keputusan. haha, -sis memang suka bermonolog sendirian ye. mohon ngerti- sebenarnya sis pon tak tahu nak start macam mana. seperti terasa tidak mempunyai cerita yang best je nak share. tapi jangan risau tangan sis tetap akan terus menaip.

kita mulakan dengan cerita sedih dulu. hari ni genap 2 bulan dia meninggalkan kita di dunia. 2 bulan juga kita tak dengar suaranya juga gelak ketawanya. Tuhan, mohon agar Engkau tetap berikan ingatan yang kuat kepada ku untuk tidak melupakannya seperti aku baru mengenalinya semalam. mohon juga agar Engkau menjaganya di sana juga menjaga ahli keluargaku yang turut bersama denganMu. tak dapat dinafikan hidup ni sepi tanpa perangainya yang cukup mencuit hati. tapi, qada' dan qadar harus diterima dengan hati dan juga jiwa yang terbuka. dirinya tetap dihargai hingga ke hari ini kerana dia tidak pernah melukakan sesiapa pun termasuk diriku.

next story, setelah 2 minggu menggadaikan masa untuk belajar akhirnya masa yang ditunggu-tunggu oleh semua bakal SPM rasanya bakal tiba. mungkin kurang sikit beban di dada ini apabila trial bakal berakhir tak lama lagi. bagi sis pulak, tinggal satu lagi paper yang menunggu sis iaitu paper ICT. dah penat rasanya memerah otak untuk jawab soalan. ni belum lagi peperiksaan SPM yang sebenar. kalau SPM betul-betul punya entah apa jadi dengan diriku ini tidak ku duga. sekarang tinggal bersedia untuk mohon ke IPTA pulak. kita hanya bertawakkal je lah ye kawan-kawan supaya cikgu-cikgu kita yang menanda kertas akan menerima jawapan daripada kita. insyaAllah. ok lah, nanti sis sambung kalau terasa nak bercerita lagi. *_*



Last blogged @ 19:14

dengan ini, aku nak kritik sikit perbuatan kau yang melampaui batas dalam meniru. memang aku geram lah kan kalau ada orang yang markah dia lebih tinggi daripada aku. haha, kecuali memang orang tu pandai. ni dah lah bodoh, masuk kelas malas, belajar malas. kerja dia pusing satu sekolah tengok keadaan sekolah tu macam penolong kanan. kira dia ni pengganti cikgu ruth cheah yang baru lah. adika, zul, farhan, lutfi tu pon kalau nak tiru tengok jawapan orang sebelah je. kau-! sebab kau pengawas je kau boleh bawak masuk buku dalam meja then tiru. kepala hanguk kau lah. kan dah terkasar bahasa. :[

sebelum tu, to my beloved readers mesti korang ingat sis tengah cakap pasal meniru dalam peperiksaan UPSR kan. semestinya salah sama sekali. haha, maklum lah orang cakap sis ni muka muda macam budak umur 12 tahun. ecehh, segan sebenarnya nak cakap apa yang orang lain cakap tapi dah itu hakikatnya kan. tunggu dulu, jangan muntah lagi dekat skrin laptop/komputer. busuk nanti lagipun susah nak cuci dah kena marah dengan mak. haha, #sis punya marah memang tak nampak macam tengah marah. -.- tapi apa-apa pun tetap tengah benganggg. sis tahu lah baru trial SPM tapi ikutlah peraturan peperiksaan yang sebenar. sis yang mintak jawapan daripada orang belakang pun terus insaf bila kena ceramah dengan orang tu. astaghfirullah al azim. #insaf oi insaf. serik dah tak nak buat lagi. 

yang dia [peniru] ni pun satu kan, ingat cikgu tak kan perasan ke sama ada dia meniru atau tak. dia kenalah sedar diri yang diri dia tu mana pernah dapat A. paling cikai pun C lah dalam majoriti subjek. tetiba nanti dia boleh dapat tinggi apa cikgu tak syak ke. ni lah yang sis dah cakap dari awal intro tadi iaitu bodoh. tak pernah nak gunakan otak untuk berfikir keadaan diri tu. pesanan untuk si peniru: kalau kau nak sangat dapat A lah kan maklumlah tak pernah merasa dapat A -haha- belajar lah sungguh-sungguh. banyakkan membaca, kurangkan berjalan merata-rata. mesti keputusan kau elok ni tak kalau nak dapat keputusan cemerlang kena meniru. pikiran tu tahu nak senang je. kita kalau nak berjaya kenalah dengan usaha bukan dengan meniru. 

-malas dah nak berleter panjang. assalamualaikum- bye. *_*


PROFILE
http://love-or-friends.blogspot.com/
Hazirah Halim Yatim | Female | Malaysian | Seventeen/2012 | 14/11/199? | SPM candidate | Be thankful for who you are because there is someone out there who wishes to be someone like you...Peace no war :D

ARCHIVES
June 2011 July 2011 August 2011 September 2011 October 2011 November 2011 December 2011 January 2012 February 2012 March 2012 April 2012 May 2012 June 2012 July 2012 August 2012 September 2012 October 2012 November 2012 December 2012 January 2013

CREDITS
©2009 ElinaLyana. All rights reserved.