Between LOVE+FRIENDS... Who will be chosen first!
Everything starts from here...
Wednesday, 12 September 2012
Last blogged @ 19:14

dengan ini, aku nak kritik sikit perbuatan kau yang melampaui batas dalam meniru. memang aku geram lah kan kalau ada orang yang markah dia lebih tinggi daripada aku. haha, kecuali memang orang tu pandai. ni dah lah bodoh, masuk kelas malas, belajar malas. kerja dia pusing satu sekolah tengok keadaan sekolah tu macam penolong kanan. kira dia ni pengganti cikgu ruth cheah yang baru lah. adika, zul, farhan, lutfi tu pon kalau nak tiru tengok jawapan orang sebelah je. kau-! sebab kau pengawas je kau boleh bawak masuk buku dalam meja then tiru. kepala hanguk kau lah. kan dah terkasar bahasa. :[

sebelum tu, to my beloved readers mesti korang ingat sis tengah cakap pasal meniru dalam peperiksaan UPSR kan. semestinya salah sama sekali. haha, maklum lah orang cakap sis ni muka muda macam budak umur 12 tahun. ecehh, segan sebenarnya nak cakap apa yang orang lain cakap tapi dah itu hakikatnya kan. tunggu dulu, jangan muntah lagi dekat skrin laptop/komputer. busuk nanti lagipun susah nak cuci dah kena marah dengan mak. haha, #sis punya marah memang tak nampak macam tengah marah. -.- tapi apa-apa pun tetap tengah benganggg. sis tahu lah baru trial SPM tapi ikutlah peraturan peperiksaan yang sebenar. sis yang mintak jawapan daripada orang belakang pun terus insaf bila kena ceramah dengan orang tu. astaghfirullah al azim. #insaf oi insaf. serik dah tak nak buat lagi. 

yang dia [peniru] ni pun satu kan, ingat cikgu tak kan perasan ke sama ada dia meniru atau tak. dia kenalah sedar diri yang diri dia tu mana pernah dapat A. paling cikai pun C lah dalam majoriti subjek. tetiba nanti dia boleh dapat tinggi apa cikgu tak syak ke. ni lah yang sis dah cakap dari awal intro tadi iaitu bodoh. tak pernah nak gunakan otak untuk berfikir keadaan diri tu. pesanan untuk si peniru: kalau kau nak sangat dapat A lah kan maklumlah tak pernah merasa dapat A -haha- belajar lah sungguh-sungguh. banyakkan membaca, kurangkan berjalan merata-rata. mesti keputusan kau elok ni tak kalau nak dapat keputusan cemerlang kena meniru. pikiran tu tahu nak senang je. kita kalau nak berjaya kenalah dengan usaha bukan dengan meniru. 

-malas dah nak berleter panjang. assalamualaikum- bye. *_*


PROFILE
http://love-or-friends.blogspot.com/
Hazirah Halim Yatim | Female | Malaysian | Seventeen/2012 | 14/11/199? | SPM candidate | Be thankful for who you are because there is someone out there who wishes to be someone like you...Peace no war :D

ARCHIVES
June 2011 July 2011 August 2011 September 2011 October 2011 November 2011 December 2011 January 2012 February 2012 March 2012 April 2012 May 2012 June 2012 July 2012 August 2012 September 2012 October 2012 November 2012 December 2012 January 2013

CREDITS
©2009 ElinaLyana. All rights reserved.