Between LOVE+FRIENDS... Who will be chosen first!
Everything starts from here...
Wednesday, 12 September 2012
Last blogged @ 19:45

sudah lama rasanya sis tak mengupdate blog kesayangan sis ni. rindu nye terasa seperti sis rindu nak bercakap dengan sahira. sahiraaa i miss u also. tapi peperiksaan memisahkan kita. huhu, sedihnya tak terkata. tapi relax dulu lepas trial habis insyaAllah boleh borak lama dengan dia. disebabkan dah lama tak update blog ni, jadi cerita yang mahu distory pon banyak lah gamaknya. korang nak dengar cerita daripada mana dulu. nak dengar pasal itu ke ini ke atau benda tu ke./. cepat buat keputusan. haha, -sis memang suka bermonolog sendirian ye. mohon ngerti- sebenarnya sis pon tak tahu nak start macam mana. seperti terasa tidak mempunyai cerita yang best je nak share. tapi jangan risau tangan sis tetap akan terus menaip.

kita mulakan dengan cerita sedih dulu. hari ni genap 2 bulan dia meninggalkan kita di dunia. 2 bulan juga kita tak dengar suaranya juga gelak ketawanya. Tuhan, mohon agar Engkau tetap berikan ingatan yang kuat kepada ku untuk tidak melupakannya seperti aku baru mengenalinya semalam. mohon juga agar Engkau menjaganya di sana juga menjaga ahli keluargaku yang turut bersama denganMu. tak dapat dinafikan hidup ni sepi tanpa perangainya yang cukup mencuit hati. tapi, qada' dan qadar harus diterima dengan hati dan juga jiwa yang terbuka. dirinya tetap dihargai hingga ke hari ini kerana dia tidak pernah melukakan sesiapa pun termasuk diriku.

next story, setelah 2 minggu menggadaikan masa untuk belajar akhirnya masa yang ditunggu-tunggu oleh semua bakal SPM rasanya bakal tiba. mungkin kurang sikit beban di dada ini apabila trial bakal berakhir tak lama lagi. bagi sis pulak, tinggal satu lagi paper yang menunggu sis iaitu paper ICT. dah penat rasanya memerah otak untuk jawab soalan. ni belum lagi peperiksaan SPM yang sebenar. kalau SPM betul-betul punya entah apa jadi dengan diriku ini tidak ku duga. sekarang tinggal bersedia untuk mohon ke IPTA pulak. kita hanya bertawakkal je lah ye kawan-kawan supaya cikgu-cikgu kita yang menanda kertas akan menerima jawapan daripada kita. insyaAllah. ok lah, nanti sis sambung kalau terasa nak bercerita lagi. *_*


PROFILE
http://love-or-friends.blogspot.com/
Hazirah Halim Yatim | Female | Malaysian | Seventeen/2012 | 14/11/199? | SPM candidate | Be thankful for who you are because there is someone out there who wishes to be someone like you...Peace no war :D

ARCHIVES
June 2011 July 2011 August 2011 September 2011 October 2011 November 2011 December 2011 January 2012 February 2012 March 2012 April 2012 May 2012 June 2012 July 2012 August 2012 September 2012 October 2012 November 2012 December 2012 January 2013

CREDITS
©2009 ElinaLyana. All rights reserved.