Between LOVE+FRIENDS... Who will be chosen first!
Everything starts from here...
Wednesday, 24 October 2012
Last blogged @ 23:03

tetiba rindu sangat-sangat dengan dia. tak tahu nak gambarkan perasaan tu tapi perasaanya macam kita impikan sesuatu tapi kita tak dapat. hek, your brain head lah -,- ...malam semalam tetiba nangis teresak-esak bila teringat senyuman dia. then bukak phone tengok gambar dia. kita rindu sangat dengan dia. orang selalu cakap kalau kita rindu kat dia kita sedekahkan al-fatihah untuk dia. tapi lepas sedekahkan al-fatihah untuk dia sis menangis lagi kuat. adakah sis masih tak dapat terima kenyataan yang dia dah pergi tinggalkan sis? kehidupan ni terlalu singkat untuk kita imbas balik apa yang kita dah buat. sis nak kumpul lagi kenangan dengan dia. 

kadang-kadang sis terfikir masa dia hidup sis pernah tak pinggirkan dia. sebab sis tak nak jadi seorang yang lupa erti persahabatan walaupun dia dah pergi. isnin lepas 22/10/2012 sembang sekejap dengan sahira bergurau senda then masa nak masuk kelas masing-masing tu terasa sebak sangat bila kita lambaikan tangan erti mengucap selamat tinggal. -sahira, jangan tinggalkan aku-. aida muziyana yusoff kita nak jadi orang yang paling gembira bila memikirkan aida macam mana kita paling gembira dapat kawan macam aida. #sis mesti kuatkan semangat untuk spm walaupun aida tiada di sisi. al-fatihah to her dan semoga dia ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. amin. u're always in my heart princess. *_*



Last blogged @ 22:47

lirik aku yang tersakiti by Judika...

pernahkah kau merasa jarak antara kita
kini semakin terasa setelah kau kenal dia
aku tiada percaya teganya kau putuskan
indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
kau pergi tinggalkanku
tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
oh Tuhan tolong lah aku hapuskan rasa cintaku
aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

memang tak kan mudah bagiku tuk lupakan segalanya
aku pergi untuk dia
tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
oh Tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
[walau tak bersama dia]
oh Tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia... *_*



Last blogged @ 22:35

dah laptop rosak memang salah kita lah kan. ok, fine memang sis mengaku sis yang hari-hari guna tapi dah namanya gadget mana ada yang tak akan rosak sampai 100 tahun pon. itu boleh diterima lagi then hari tu phone rosak mama salahkan sis sebab bagi adik main. bila budak sorang tu dah bersuara memang sis rasa nak sepak je. mulalah dia cerita lain kat mama. aduhai, tension nye hidup ni. setiap kali kakak balik sis rasa sis mesti jadi bahan mengumpat. why me, ingat kakak tu baik sangat lah. haha. 

rasanya hari ni memang sis jadi bahan ngumpat. tak kisah lah janji sis dapat balun laptop kakak sudah cukup baik. daripada dengar mama berleter baik sis online... ok pekakkan telinga. bla bla bla. mungkin tu lebih baik daripada kita melawan. dah lah hari ni kena marah dengan cikgu haniza. eh, bukan kena marah but kena perli. tu pon memang terasa sikit tapi tak apa lah. cikgu tu tak kan kita nak melawan. huhu, apakah malang sungguh tidah berbau nasib ku hari ni. 

back to tumblr... dah lama tak post apa-apa kat situt. then tadi saja menggatal tangan nak tengok tumblr orang. ups, terbukak pulak tumblr seorang jangtang ni all bout porn. bangang ke bangsat sis tak tahu lah tapi yang pasti nilai keagamaan sudah kurang di situ. please lah jangan gatal sangat. bila dah post gambar porn tu of course lah perempuan jadi mangsa. langsuir betul lah, geram dengan sikap certain orang yang suka sangat benda-benda macam tu. eh, asal tetiba sis pulak yang menyibuk dengan apa yang diorang nak buat. lantak hangpa lah, janji hangpa bahagia kan. itu yang hangpa nak sangat pi lah. #tak pernah rasanya guna perkataan bangsat... geram gamaknya. *_*



Last blogged @ 15:02

mungkin ni lah yang dia harapkan dan sekarang dah pon jadi kenyataan. tak ada apa yang perlu dikatakan lagi sebab semua dah terjadi. lantak kau lah perempuan. janji hidup kau aman dan harmoni ye. hahaha. kau pikir dapat? eh wait, tetiba terasa kelakar macam mana dia boleh tulis macam tu kat facebook. lawak giler antie ni. antie superb sangat, boleh dijadikan idol lah katakan. konon..! kalau sis dah menyampah sampai bila-bila sis ingat. maklum lah otak masih fresh. ada orang kata tak baik membenci orang sebab tak semestinya orang tu suka kat kita. #tapi kisah pulak aku. stop mengutuk sampai sini...

tadi kat sekolah memang kelakar. gelak tak kering gusi lah. tapi tapi tapi, terasa demam sikit. hahaha, tetiba cikgu bm soal rasa nak muntah lah demam lah. tak tahu alasan atau apa tapi yang pasti memang sis takut dengan cikgu bm. huhu. tadi cikgu bm memang perli sis dengan insyira... and I terasa sangat U. entah macam mana pulak tadi masa cikgu tengah soal tak dapat pulak jawab. my goodness, apakah yang terjadi... then tetiba cikgu perli "semalam gelak hu ha hu ha sampai peribahasa yang saya cakap pon tak ingat"... what, ok terdiam sekejap sebab tahu cikgu memang perli kita lah tu. tak apalah memang salah kitorang... :]

dan apa yang terpenting sangat semalam ialah #back to yesterday... sis nampak si tuut depan koperasi. and I know she's waiting someone dekat situ. memang time tu tengah tengok perubahan drastik dia. nak cakap tak sangka sangat tu tak adalah sebab memang dah duga perangai dia akan jadi macam tu. sebab tu lah awal-awal kitorang dah break as bff #konon lah. hahaha, nak cakap sis menyesal..? no way man... ever. ok back kepada hari ni... ustazah wan zainab masuk mengajar time agama... sis teringat lagi masa form 3 dulu sis dengan arwah aida always main-main masa agama. kita rindu sangat kat aida. harap dia tenang di sana. *_*


Monday, 15 October 2012
Last blogged @ 21:09

lahai, apakah nasib badan? dah lah saat-saat genting baru dipelawa masuk pertandingan multimedia kreatif anjuran MAMPU dengan KPM. lepas tu hantar pon mesti lah saat-saat genting. dah lah time nak hantar tu hasil kerja pulak hilang. dah lah spend masa 2 days untuk siapkan semua. nak bagi hasil kerja yang terbaik lagi. tetiba hasil kerja tu hilang. dah lah sis kena buat balik sorang-sorang sebab memang plan nak hantar malam tu. sekali malam tu pulak cari punya cari folder tu dah hilang. lesap macam tu je. then nak hantar through e-mel, video pulak tak boleh send sebab file jadi berat. tak ke mampus sis sorang-sorang kena fikir cari jalan penyelesaian. 

nak hantar melalui post, mestilah lambat sampai. so, nak tak nak memang terpaksa buang video tu. dah lah video tu aset terpenting kot bagi group sis. lahai, apakah nasib badan? lepas dah hantar 7 hari bulan Oktober tu, then ingat everyday nak check e-mel sebab takut pihak dari sana hantar e-mel mintak apa-apa document ke. sebab masa baca syarat-syarat kat web site dia,  pertandingan slide tu tak payah hantar akujanji dengan borang penyertaan. lahai, apakah nasib badan? sekarang dah 15 hari bulan dah lambat nak send segala document tu. sis rasa kalau hari-hari macma ni sis boleh kurus kot. sedih sangat rasanya. huhu. *_*



Last blogged @ 20:52

2 hari lepas, saya dan kawan-kawan telah menyertai satu majlis sekolah yang berbayar iaitu majlis graduasi. ececet, konon lepas ni dah tak payah datang sekolah lah. overall memang sis tak tahan sangat nak gelak. ni semua gara-gara kamarul dengan si hasbul tu pergi joget-joget masa dikir barat. nak kata sis yang malu tak lah. tapi sekolah lah terpaksa face dengan orang ramai yang datang semua tu. acah-acah macam ramai je yang datang. graduasi sekolah je baru, mana nak ramai. even tak penting. yeah sis memang tahu tak penting tapi sis nak juga pergi. saja nak buat kenangan dengan kawan-kawan sekolah. nanti dah universiti dah lain pulak kawan sis. sebab tu walaupun mahal, sis pergi je. entah nanti sis dah graduate untuk diploma kawan sekolah sis datang ke tak kan?  :] sebab tu awal-awal dah buat kenangan. habis je sekolah sis, fitrah, syafiqah naza, hamizah dengan mariah...

kitorang semua main bodoh-bodoh. time tu hujan then dah puas bersnapping segala haram jadah punya gaya mariah pergi show kat kitorang dia punya make up. mija pula show dia punya stick bibir. haha. sis dah nampak 2 benda yang serasi kat situ sis pon nak try make upkan fitrah. dia tak nak. #apakan daya masa tu. pikah lah jadi mangsa sis. tak ada paksaan dari mana-mana pihak. pikah memang sukarela sambil-sambil dia bertwitter. first time kot sis melukis kat muka orang buat lah shadow atas mata. eh lawa lah kita suka kita suka. then try pulak buat shadow bawah mata. hampeh jadinya mata syafiqah macam black metal punya olang. tak pernah dibuat orang buat shadow bawah mata ow. selalu orang just bertepek eyeliner je. maklum lah orang first time, belasah je lah. memang gelak tak kering gusi. fitrah lagi lah... dia guna eye shadow warna pink buat konon-konon blusher lah kat pipi syafiqah. sumpah sis cakap macam ni lah gaya orang mula-mula jumpa make up kot. ke kitorang je yang kemain ber-excited jumpa make up macam orang baru kenal dunia. haha. ok lah, sis tak nak cerita banyak tangan sis pon dah lenguh. #segala gambar yang ditangkap memang hak privacy kami semua. bye... *_*


Tuesday, 9 October 2012
Last blogged @ 01:20

kalau nak tidur awal pon jangan lah lupa sebelum tu sembahyang dulu. okay, bagi yang selalu sangat jadi burung hantu malam-malam ni janganlah terlalu praktikkan sebab akan mendatangkan kemudaratan pada diri. jadi, di bawah ni nanti sis akan tulis macam mana caranya kita nak tidur awal tanpa makan ubat tidur.

pertama: jangan tidur waktu pagi, tengah hari, petang dan sebagainya. buat lah apa-apa aktiviti yang boleh menghalang diri tu daripada tidur seperti berjalan-jalan, shopping, online dan sama waktu dengannya. kalau tak boleh juga tahan ngantuk tu tidur sekejap je lah masa petang. jangan pulak daripada pukul 2 sampai pukul 6 terbongkang. nak nak mimpi tengah seronok kan. nanti hilang pulak petua sis ni. hahaha :] ... kedua: pergi buat aktiviti yang boleh meletihkan badan. contohnya : main kejar-kejar, main lari-lari, pergi gym 3 jam. hahaha. sah mesti dapat tidur awal punya. ni tips ke seksaan ni kan. hahaa, lagi sekali sis cakap 'siapa nak ikut, ikutlah. siapa tak nak ikut, baca je pun tak apa. eh ni semua gurauan tau. tapi bagi yang rasa 'eh, bermanfaat jugak lah'. tu lagi bagus sebenarnya. masuk bakul angkat sendiri. tak habis-habis promote diri sendiri. 

ok lah, tak ada benda dah nak tulis. dah bosan rasanya menghadap benda alah ni. jemunya rasa macam nak muntah hijau. erk, eeuuu. geli gila kau hazirah. stop dow kau nak cerita benda yang menjijikkan ni. ok lah. nak tidur dulu, maklum lah petang tadi tak praktikkan tips-tips ni semua. jadi kalau korang rasa tips ni bagus dan nak puji lebih-lebih bolehlah. nanti sis belanja makan tau. hewhew. bye *_*



Last blogged @ 01:03

orang buat tips kau pon nak buat tips hazirah. tak pe lah janji kau bahagia. haha. kita bukan nak meniru tapi kita cuma nak share je dengan orang lain tips kita ni. boleh kan..? kat bawah ni lima tips yang mungkin tak dikehendaki oleh certain orang. okay bagi yang susah sangat nak study tu terutama peperiksaan dah hampir kan jadi beginilah cara-cara nye... are you ready guys, let's go

first: sorokkan broadband atau cabut segala wayar internet ... ni bagi orang yang susah sangat nak lepaskan facebook atau twitter walaupun dah tahu exam lagi sebulan je. #note tu myself. ececeh, tapi kalau nak sorokkan broadband atau wayar internet tu jangan sendiri yang sorokkan. suruh mak sorok. mesti korang tak dapat jumpa punya. bila tak jumpa facebook dengan twitter jadi kita pon akan menghadap buku je lah. hahaha. betul tak..? praktikkan ye. 

second: buat nota ringkas #kalau ringkas sangat pon tak apa ... macam mana nak buat bota ringkas..? ini kalau tak tahu sis tak boleh kata apa. dah nama nota ringkas korang buat je lah seringkas mana korang nak. nak buat tajuk dengan sub tajuk pon tak pe. lantak korang lah. lagi satu, ni nak habaq sat kita kan nak buat nota ringkas kan. jadi hang jangan lah pulak tulis panjang-panjang dalam kertas macam buku teks. tak guna lah buat nota ringkas dik oii. baik baca je satu buku teks tu.

third: banyakkan buat soalan tahun-tahun lepas ... yeah, ni bagi yang malas sangat nak baca dah. ops, sebenarnya cara ni paling berkesan sebenarnya kalau kita dah tak ada banyak masa nak ulang kaji. sebab selalunya soalan peperiksaan akan keluar sama juga macam tahun-tahun sebelumnya. tapi tak ada lah sama sangat. kalau macam tu tak surprise lah kan. haha. bila kita dah buat, cuba relate kan balik soalan tu. contoh, catat sikit kat tepi apa lagi cabang-cabang dalam soalan tu. eh faham tak ni. kalau tak faham jumpa sis terang-terangan ye. hahaha

fourth: jangan lupa berdoa kepada Allah ... kalau kita berjaya sekali pon, berdoa kepada Allah tak pernah apa gunanya kan. sia-sia je keputusan kita yang cemerlang tu. sekarang ramai orang yang lebih pentingkan keputusan dunia daripada akhirat. ni lah yang terjadinya pelajar lulusan ijazah tinggi-tinggi tapi tak ada kerja. menganggur. korang nak macam tu..? jadi, Allah jangan sesekali dilupakan ye. banyakkan memohon kepadaNya agar kita semua berjaya di dunia dan akhirat. insyaAllah. #note to myself.

fifth: kurangkan minuman bergas dan keropok ringan ... masa peperiksaan ni lah kita wajib jaga pemakanan kita kerana otak yang cergas datang daripada pemakanan yang baik dan sihat. kalau kita tak jaga pemakanan dari sekarang, nanti time exam kita sakit macam mana. nak macam tu..? jadi agak-agak kalau peperiksaan tu dah hampir datang janganlah makan keropok ringan dan minum air gas. tak baik untuk kesihatan tu adik-adik. #eh, macam dah besar je sis ni sebut adik-adik. ish...

jadi, bersama-samalah kita bersedia menghadapi peperiksaan yang mendatang. segala tips kat atas tu kalau nak ikut, ikut lah. kalau tak nak, tak dipaksa. siapalah sis ni sampai roang orang nak ikut segala tips dia kan. nak cakap pelajar cemerlang tak juga. belajar pon apa ado. hahaha. mulalah tu nak berduka lara segala. kalau sis tak pandai pon sis tetap bersyukur sebab sekurang-kurangnya ada juga pengetahuan dalam diri sis ni walaupun tak banyak. buat apa nak bezakan kepandaian orang lain kalau bagi Allah pon manusia tu semuanya sama. *_*



Last blogged @ 00:35

sis mulakan dengan lafaz bismillah dahulu dan disertakan dengan ucapan assamualaikum. pertama sekali sis nak tumpang menulis ni. boleh ke tak..? haha. ahh, mengada lah kau hazirah. apa salahnya kan kalau malam-malam macam ni kita bergurau senda. justeru dapat mengeratkan hubungan silaturahim. okay, kita rujuk petikan tajuk kat atas tu. berdasarkan petikan tajuk terdapat... eh, apa benda lah sis ni. ow ok, serious sikit. now segmen kita brtajuk 'serious time'. jap jap adui dah lah tu. ok, start baca karangan sis ye. jeng jeng jeng...

macam ni, maklum lah kan kita ni kan manusia biasa. macam tu jugak sis. kan kan kan. jadi mesti kita ada orang yang kita tak suka atau kata lainnya orang yang kita benci. macam mana wujudnya perasaan ni..? mungkin daripada perangai..? atau juga daripada perwatakan dia yang sedia kala buatkan kita benci..? sedia maklum kalau kita jumpa dengan orang yang kita benci contoh perbuatan yang kita akan buat ialah...

1- tolak bahu ke bahu. [perempuan biasa buat benda ni]
2- jeling. #mata ke atas tangan ke bahu. haha
ataupun
3- hilangkan pandangan kita daripada tengok dia.

itu antara contohnya lah kan. masalahnya patut ke kita sesama manusia buat benda macam tu..? masing-masing mesti tertanya-tanya kan. sis nak cakap banyak pon tak boleh sebab ss pon ada juga orang yang sis tak suka. tapi bila tengok balik apa yang sis buat kat orang-orang tu sis rasa macam 'aku ni cukup baik ke sampai nak benci orang'. so, apa yang patut sis buat..? moral to myself, sis nak jadi seorang hamba Allah yang baik, berbudi pekerti. jadi mulai sekarang, sis nak buang perasaan sis ni. walaupun bukan sis dulu yang cari pasal, tapi sis harap orang tu pon berhenti cari pasal dengan sis. kita mulakan balik hubungan kita walaupun tak berapa mesra tapi biarlah perasaan benci kita ni dapat dihakis. I hope I can do that. bye... *_*


Tuesday, 2 October 2012
Last blogged @ 00:28

mungkin post ni akan mengingatkan diri sis sendiri yang SPM tinggal beberapa hari je lagi. dan tahu tak apa yang sis tengah buat sekarang. online, lepak, makan, tidur erk apa benda semua ni. :\ kadang-kadang sis rasa sis dah cukup tension untuk berhadapan semua ni. hari-hari buat benda yang sama. tak ada kelainan langsung macam belajar ke. kan... haha bila agaknya sis akan belajar tanpa disuruh. bileee... :]
mungkin sis dalam tekanan sekarang ni tu yang tak pasti apa yang sis tengah tulis. tapi sis tahu maksud mendalam ayat sis ni. haa, jujur daripada hati yang ikhlas ni sis ngantuk sebenarnya hahaha tapi... look bilanya nak study kalau macam ni.

asal malam je ngantuk asal pagi je nak cakap asal petang je tidur. nampak tak keserasian perbuatan sis di sini. haha. rasanya kena buat countdown lah kat sini berapa hari lagi nak exam besar. atau ada lagi ke cari lain supaya sis ni insaf akan perbuatan yang sangat keterlaluan malasnya. huhu, tak nak tak nak. sis tak nak jadi seperti nasi susah menjadi bubur. mungkin ni post terakhir sebab rasanya sis akan mula study esok. kenapa esok, kenapa tak hari ni... /sebab sis penat sangat letih dah badan ni rasanya nak tidur dulu. ni last sis tidur lama-lama. lepas ni tak dah. ok. dah kot membebel. 
#dah ngantuk sangat sampai tak tahu jenis apa ayat sis atas tuh. but dun worry tak berminat jangan baca buat habis masa je :D ... *_*


PROFILE
http://love-or-friends.blogspot.com/
Hazirah Halim Yatim | Female | Malaysian | Seventeen/2012 | 14/11/199? | SPM candidate | Be thankful for who you are because there is someone out there who wishes to be someone like you...Peace no war :D

ARCHIVES
June 2011 July 2011 August 2011 September 2011 October 2011 November 2011 December 2011 January 2012 February 2012 March 2012 April 2012 May 2012 June 2012 July 2012 August 2012 September 2012 October 2012 November 2012 December 2012 January 2013

CREDITS
©2009 ElinaLyana. All rights reserved.