Friday, 30 November 2012
Last blogged @ 17:25
disebabkan rajin sangat kan nak share so many story dengan semua orang jadi sis double kan usaha untuk menulis. ada something dalam kepala otak ni yang buatkan sis tak tenang. sebab asyik nak muncul je dalam benak kepala sis. tak lama lagi sis dah nak tinggalkan alam persekolahan. dan bagi pendapat sesetengah orang ni lah saat yang diorang semua nanti-nantikan. sis pulak? argh, tak tahu lah sama ada sis suka ataupun pilu. pergh, pilu tu hebat ow aku. nanti mesti dah tak jumpa lagi kawan-kawan sekolah. dah tak dengar gelak ketawa mereka semua. dan paling tak akan dengar mesti tangisan sedih insyira. hahaha. #sebab insyira ni orangnya macam tacing sikit hal remeh pon dia boleh nangis.
nanti kan... mesti tak bergaduh lagi dengan insyira gara-gara berebut lelaki. agak lah perangai kitorang tak senonoh kan? tapi apa yang akan kitorang cakap mesti... 'pakwe kau pakwe aku jugak'. tu ayat yang paling tak boleh bla. lagi-lagi masa berebutkan abang form 6 sorang tu ha. ada ke kitorang boleh bet satu sama lain... 'siapa yang berani -hai- dengan abang form 6 tu, abang tu dia punya'. geli pulak sis bila memikirkan semua tentang itu. hahaha. perangai kami memang macam budak-budak kan. actually we're absolutely budak-budak lagi lah. mana puberty lagi. kan insyira? #tuih
tapi kan can i say that 'I dun want to see all of u lagi. our relationship will only last longer till this year je. starting from 1/1/2013 I won't admit all of u as my bff's lagi lah'... mahu sis kena kejar daripada seksyen 9 kota damansara tu sampai seksyen 5. pusing satu kota damansara semata-mata 'haziraaaahhhh, berani kau cakap macam tu'. memang lah hidup ini tidak akan aman gamaknya. tak ada lah mana boleh kami berpecah kan. kan kita ni semuanya kelab 'hazirah's and the geng'. terimalah hakikat ye sahabat ku yang memang pastilah nama kelab kena ada nama aku. hahaha. the end. #konon. tarara. *_*
Last blogged @ 16:59
tajuk entry hari ni pon sis rasa macam entah apa-apa je. tapi dah tak ada idea nak bagi tajuk so letak je lah janji sis tak kosongkan ruangan penting itu. hahaha. dah lama sis tak menulis. rindu nak taip banyak-banyak sampai orang malas nak baca. itu lah motif sebenar sis tulis banyak-banyak. sebab kan sis tak suka letak gambar segala sebagai hiasan jadi bila orang tengok ucapan kreatif yang panjang berjela ni tak jadilah orang nak baca apa yang buatkan sis bercerita itu. tak ke begitu rupanya? orang pon cuma usha lawa ke tak blog sis ni kan? memang lah saya dah agak sangat sebab tu saya touch up lawa-lawa. nampak tak itu...
ok... faktor yang membuatkan sis kempunan nak menulis ni pon berpunca daripada SPM lah. jadual yang padat dengan nak baca buku lagi tup tup blog dibiarkan selama beberapa minggu tanpa nukilan karya yang kononnya macam bagush tu. tapi bukan ke SPM pon aku dapat menulis? memang lah begitu tapi tulis masa peperiksaan SPM tu pakai pensil dengan pen. tak best kan kan kan. kalau menulis dalam blog ni pakai keyboard so tak payah nak bezakan tulisan kau lawa ke buruk sebab semuanya pakai tulisan komputer. hahaha. pandai nye sis berkata-kata. tak sangka dilahirkan dengan idea yang begitu gramatis untuk menulis. membebel je sis ni kan. ok... next
disebabkan dah lama sangat sis tak ganggu hidup orang jadi hari tu pon kemain ngada-ngada lah tangan ni pergi cakap 'hai' kat dia pakai facebook. #gila ke apa aku ni. dah lama sis add dia ada ke dia tak approve. kalau kau, kau tension tak dapat orang macam ni. hahaha #macam tak biasa buat tapi bila kena batang hidung sendiri baru nak membebel. semalam sis check facebook then tengok dia dah pon baca 'hai' sis tu tapi dia tak reply. apa lagi sis 'poke' pulak. tapi mungkin dia akan diam je kot sebab mesti dalam hati dia 'gila apa minah sorang ni'...
budak baru masuk sekolah itu kan memang lah cakap sis ni gila tapi cuba tanya dengan senior-senior yang dah pon keluar daripada sekolah tu. mesti diorang akan cakap 'aku memang dah biasa dengan budak nama hazirah ni'. hahaha. memang hidup sis ni tak lengkap kalau sehari tak kacau orang. ok lah. wa nak out so apa-apa hal yang jadi kat blog wa lu tolong inform wa ok. bye... *_*
Sunday, 4 November 2012
Last blogged @ 20:19
sekarang ni memang dah penuh kot kat kedai-kedai komputer seluruh negara pasal si windows 8 ni. masa promotion kat lowyat tadi everyone macam promote benda alah ni kat sis. but i think diorang memang dah silap orang sebab "memang aku tak suka benda petak-petak ni". hahaha... :] lagi satu sebab kita memang dah biasa pakai windows 7 sebelum ni lepas tu kalau ada pembaharuan baru mestilah kita macam !@#$%... lantak kau lah dei. so bagi yang macam tertarik or menarik... whatever pasal windows 8 ni tengok site ni... meet ur new windows.. aiceh, tetiba promotekan windows 8 kat sini. #tak terlintas pon nak promote cuma nak kasi tahu je.
semalam kena perli dengan mama 'cepat off laptop tu nanti rosak'. haha. dan sis macam dah erk... herm... ye ye tahu lah kesalahan orang sebelum ni tak payah lah nak perli lagi. then tadi adikku sorang tu cakap 'best ke laptop baru tu'. hahaha. sebenarnya sis pon bukan nak gelak terasa nak huhuhu sebenarnya tapi terpaksa jugak hahaha sebab memang dah trend masing-masing nak perli sis. I redha je. ok lah, already tired dan rasa macam nak tidur tapi terpaksa tahan sebab tak elok tidur masa maghrib. kan kan kan... :] so, wish me luck guys. hehe... *_* Last blogged @ 20:06
tak tahu nak start daripada mana dan macam mana tapi sebelum tu apa-apa pon laptop baharu dah dapat. haha #tak payah baharu sangat lah dei. masih dalam dilema nak pakai laptop sebenarnya sebab takut rosak lagi. eh, mulut tu jaga sikit. rosak rosak belakang cerita sekarang dah ada yang baru jangan lupakan yang lama. mama still nak repair laptop lama. so, takkan lah sis pulak nak bangkang. duit mama, mama punya suka lah nak buat apa. lagipun laptop lama tu banyak maklumat-maklumat kitorang dalam tu. ups, maklumat sis sebenarnya.
spm punya cerita tak tahulah apa nasib. but, as long kita berdoa kepada-Nya insyaAllah Dia akan permudahkan segala urusan kita. walaupun kita tak baca buku tapi mana tahu tetiba pulak dapat hidayah idea semua datang kan. haha, itu semua mungkin berlaku tapi apa-apa pun kita kena berusaha jugak. buku pon kena jugak baca.
Alhamdulillah, khamis hari tu sesi bermaaf-maafan membuatkan kami semua sedar untuk buang ego ke tepi dan start memaafkan antara satu sama lain dengan mangsa-mangsa kutukan segala. akhirnya sis dah berdamai dengan amira atas persetujuan damai. ececeh, sis sedar ksilapan sis yang memutuskan ikatan persahabatan dengan dia. memang sis mengaku sis tak nak lepaskan dia dan susah sebenarnya nak lupakan dia sebab banyak sangat kenangan pahit manis yang kitorang dah lalui bersama. terima kasih Allah... ;D #terharu sangat.
cikgu pon dah bagi tips saat-saat akhir masa hari khamis tu dan insyaAlah akan dimanfaatkan oleh kami semua. tapi rasa macam sikit menyesal lah sebab tak berpeluang mintak maaf kat cikgu Adila. arghhh, bukan tak nak tapi dah ikhtiar untuk cari tak jumpa. at last, nampak cikgu Adila dalam kereta dah balik. huhu... semua salah insyira. #dia dipersalahkan. ye lah kalau dia tak mintak maaf lama sangat sis dah dapat mintak maaf kat teacher ku jantung hatiku... tu. haha. sampai sini je kot post untuk hari ni. segala gambar kenang-kenangan boleh diusha dalam blog insyira... good uck to all spm candidates. lots of love :D
|
PROFILE
http://love-or-friends.blogspot.com/Hazirah Halim Yatim | Female | Malaysian | Seventeen/2012 | 14/11/199? | SPM candidate | Be thankful for who you are because there is someone out there who wishes to be someone like you...Peace no war :D ARCHIVES
June 2011
July 2011
August 2011
September 2011
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
March 2012
April 2012
May 2012
June 2012
July 2012
August 2012
September 2012
October 2012
November 2012
December 2012
January 2013 CREDITS
©2009 ElinaLyana. All rights reserved. |